Labels

Friday 22 July 2011

Mimpi Ngeri Mahasiswa

 Bismillahirrahmanirrahim...
Sekilas pandang kelihatan cantik rupanya busuk mengecewakan. Inilah tamadun Insaniah yang hendak disumbangkan kepada mahasiswa antarabangsa. Hasil pantauan oleh skuad mistik kami memaparkan bagaimana keadaan asrama kampus Star Gate yang begitu mengecewakan mahasiswa di sana. Tong sampah atau plastik sampah tidak disediakan di bilik asrama. Pelajar dah mai jauh, makan tanggung sendiri, bayar yuran, akhirnya terpaksa menebus kepercayaan pada Insaniah dengan longgokan sampah yang tidak terurus.

 Mungkin sahaja kematangan mahasiswa itu perlu untuk menyusun selipar dan kasut seperti ini, tetapi sekurang-kurangnya rak kasut perlulah disediakan agar kelihatan lebih selesa. Malangnya, hampir sebulan asrama kampus ini beroperasi sedikit perhatian mengenai kemudahan asas asrama tidak diperhatikan. Ada pula pelajar muslimat mengadu air paip kotor dan menyebabkan penyakit kulit seperti gatal-gatal dan sebagainya. Ini sudah melampau. Tahap keselamatan pelajar asrama tidak terjamin. Ini bukan universiti! kata seorang pelajar antarabangsa dari Bangladesh.
Malang, andai ada mangsa terjatuh ke dalam longkang yang rosak ini. Pembangunan yang tidak memuaskan. Cuba anda wahai mahasiswa hitung yuran semester dan ukur sejauh mana rasionalnya yuran anda pada Insaniah. Adakah anda sedang berada di universiti? atau anda hanya dipergunakan untuk keuntungan sesetengah pihak. Iaitu pihak yang menggunakan wang anda. Kemudian hidup anda sebagai pelajar di kampus tertekan kerana kebajikan yang tidak memuaskan. So, adakah anda hanya melihat dan memendam? jangan risau, anda bukan keseorangan. Cuma sertai suara-suara mahasiswa yang bertanggungjawab terhadap isu ini.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam - mengenai sampah sarap - kat Sekolah Menengah Jenan (SMS Sultan Abdul Halim, jitra) - tiada tong sampah disediakan di asrama sejak bertahun2 lalu dan sekolah ini merupakan antara sekolah terbaik di Kedah !! Pelajar2 disana amat berdisiplin dan mereka dengan senang hati bawa sampah untuk dibuang di tong sampah yang dlietakkan diluar asrama mereka. Sekolah ini merupakan sekolah berprestasi tinggi.

    ReplyDelete
  3. Sedih membaca semua yang Mahasiswa Prihatin tulis. Bukan marahkan saudara, cuma terkilan dengan keadaan yg ada. Ingatkan sebuah uni dinniah akan melakukan yg terbaik dlm setiap hal. Tapi malang, seolah2 kelemahan umat Islam dari segi kebersihan, kebajikan terus menjajalar ke institusi spt KUIN.
    Ini semua memburukkan nama Islam saja. Kita seolah2 pandai berdalil sana-sini saja, tapi realiti takde.
    Saya menghantar anak masuk KUIN pada 25/6/2012 yg lepas. Alangkah terperanjatnya bila saya melihat keadaan di KUIN, longkang dipadang stadium yg tersumbat, rumput tak bermesin, pagar yang runtuh . Susah sangat ke nak mesin rumput tu, padahal ratusan ibubapa datang! Tak malu ke?
    Tapi camanapun saya doakan KUIN akan berubah, ada sedikit perasaan malu kat foreigner, kat ibubapa dan pelawat yg datang.
    Berubahlah, buang lah yg keruh ambil yg jernih.

    ReplyDelete