Labels

Showing posts with label Isu KUIN. Show all posts
Showing posts with label Isu KUIN. Show all posts

Thursday, 28 July 2011

Isu KUIN : Wacana Khas Bersama Prof. Dr. Abdul Aziz Bari


Dari Meja Timbalan Presiden II


Assalmualaikum Warahmatullah,

Dan Selamat Sejahtera,

Mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah mengizinkan Himpunan Aman Mahasiswa PRIHATIN  berjalan lancar dan jayanya. Allah menghimpunkan kita dibawah satu rahmat, himpunan yang penuh hikmah dan beradab, tidak ada sebarang provokasi dan ntindakan-tindakan yang mengganggu ketenteraman awam.

Jutaan tahniah diucapkan kepada semua sahabat-sahabat mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah kerana Berjaya hadir ke Himpunan Aman Mahasiswa PRIHATIN, ini membuktikan bahawa mahasiswa Kuin hari ini celik dengan permasalahan yang berlaku dan membuktikan kepadapihak pentadbiran kolej bahawa mahasiswa Kuin hari ini adalah mahasiswa yang prihatin dan inginkan penyelesaian terhadap apa yang dituntut.

Himpunan semalam membuktikan kepada pihak pentadbiran kolej, bahawa mahasiswa Kuin hari ini matang dalam menyuarakan hasrat mereka. Walaupun himpunan aman semalam tidak mendapat kelulusan,  tetapi bagi kita mahasiswa, ini adalah hak kita, kita perlu menyatakan hasrat kita, apa bezanya himpunan Kuin dengan himpunan BERSIH dan sebagainya, BERSIH juga tidak mendapat kelulusan pihak polis, tetapi kenapa rakyat tetap bangkit menuntut hak mereka walaupun bakal berhadapan dengan gari dan penjara. Himpunan Aman Mahasiswa PRIHATIN juga begitu, tidak mendapat kelulusan bukan bermakna mahasiswa tidak boleh bersuara.Walaupun hukuman menanti dihadapan.Kita bukan mahasiswa yang pengecut dan mudah mengalah.

Paling mengecewakan semalam adalah sikap pentadbiran kolej yang tidak profesional dalam menangani isu pelajar. Kenapa perlu menjemput dan melibatkan ibunda saya dan waris untuk berhadapan dengan isu ini. Dengan keadaan usia yang sudah mencapai umur  63 tahun, keadaan kesihatan yang tidak menentu, hidup sendirian tanpa orang yang disayangi disisi, boleh kita bayangkan apa yang ada dikotak fikiran ibu waktu itu. Bagi saya suatu tindakan kotor dan menjijikkan, kalau betul pentadbiran di pihak yang benar kenapa tidak tampil memberi penjelasan kepada pelajar.

Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian, di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), setiap bulan naib canselor USIM turun padang berhadapan dengan pelajar-pelajar, dan mendengar permasalahan yang berlaku, inilah yang kita harapkan supaya wujud situasi seumpama ini di Kuin. Apa yang kita pasti pentadbiran Kuin takut untuk berhadapan dengan pelajar, kenapa jadi begini? Sahabat-sahabat lebih bijak untuk menilai situasi ini.

Apa pun saya mengucapkan syabas kepada pihak penganjur Himpunan Aman Mahasiswa Prihatin (Skuad Mahasiswa PRIHATIN) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa 2010/2011 (MPM), serta seluruh mahasiswa yang tampil memberanikan diri hadir kehimpunan semalam. Saya berharap agar kita mengekalkan momentum ini dan terus bersama kami MPM untuk terus menuntut pembelaan terhadap 6 mahasiswa dan menuntut hak bersuara dan kebajikan kita. Kita sudah melangkah jauh kehadapan, jangan kita undur walau selangkah.

Mohd Firdaus bin Bakar.
Timb.Presiden II,
Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah 2010/2011,
Kolej Universiti Insaniah.

Sumber : klik

Wednesday, 27 July 2011

MPM dan Skuad PRIHATIN kesal Dengan Tindakan Pentadbiran



Penyertaan mahasiswa terhadap himpunan aman Mahasiswa PRIHATIN kali ini sekali lagi membuka mata pentadbiran kolej universiti Insaniah agar lebih peka dan prihatin dengan  isu kebajikan mahasiswa Insaniah.  Himpunan ini diadakan bagi mengangkat semula hak kebajikan mahasiswa yang dipandang sepi oleh pihak pentadbiran. Walaupun sebelum ini Himpunan Mega 11.1.11 telah diadakan, tetapi pihak pentadbiran masih bersikap sambil lewa dalam menangani kebajikan Mahasiswa malahan mahasiswa makin di bebankan dengan masalah kenaikan yuran berganda khususnya bagi pelajar yang ingin transfer subjek. Jika kita lihat dahulunya transfer 10 subjek hanya RM50 untuk satu borang tapi kini 1 subjek dicas RM100. Cuba kita bayangkan jika 10 subjek yang di ambil maka jumlahnya RM1000 terpaksa di bayar. Apakah ini dikatakan pentadbiran peka dengan kebajikan mahasiswa?





Semalam, sebelum bermulanya Himpunan Aman Mahasiswa Skuad PRIHATIN serta barisan MPM Insaniah mendapat tekanan dari pihak pentadbiran. Bermula dengan surat pekeliling yang berbaur ancaman untuk mengenakan tidakan tatatertib ke atas mahasiswa yang hadir himpunan aman,dan tidakan yang paling tidak professional pihak pentadbiran adalah dengan meminta ibu kepada Timbalan Presiden, Saudara Firdaus bin Bakar ke kampus sebagai umpan untuk melemahkan beliau selaku pemidato utama pada himpunan aman kali ini. 






Tetapi, setelah bertemu dengan ibu beliau sendiri, ibu beliau kelihatan cukup yakin bahawa anaknya berada dipihak yang benar dan menyokong pendirian anaknya walaupun telah digula-gulakan oleh pentadbiran. Begitu kagum sekali saya lihat, pendirian dan keyakinan seorang ibu yang cukup mengenali anaknya. 

Berkenan dengan kenyataan Ust Ghani Shamsuddin selepas Solat Zohor kelmarin, berkenan himpunan yang akan membahayakan kerajaan negeri, apabila himpunan ini di manipulasi oleh media untuk unsur-unsur politik. Skuad mahasiswa PRIHATIN dan Pihak MPM Insaniah  amat menghormati dan meraikan pandangan beliau sebagai ulama, namun dengan rendah hati pihak kami tetap dengan pendirian untuk mengadakan himpunan ini kerana pihak pentadbiran telah memekakkan telinga untuk mendengar suara mahasiswa. 


Malah himpunan ini tidak sedikit pun memberikan kesan kepada kerajaan negeri sekiranya kerajaan negeri bijak dan berhemah untuk berhadapan dengan suara-suara mahasiswa, malahan ini juga merupakan satu peluang untuk menunjukkan pada masyarakat luar kampus akan keadilan dan sikap berhemah Pakatan Rakyat dalam pemerintahan mereka. Kami berdiri di atas stand non partisan tanpa dipengaruhi mana-mana parti, hanya menyatakan suara mahasiswa kepada pentadbiran KUIN.

Berkenan dengan kenyataan media malaysiakini.com/news/171237 pula pada dua perenggan terakhir yang menyatakan


“Seorang jurucakap universiti tersebut, yang tidak mahu namanya disebut berkata, rektor telah menjemput wakil pelajar untuk membincangkan isu tersebut semalam, tetapi tiada seorang pun yang hadir.


Katanya, tiada tindakan yang akan diambil terhadap pelajar yang mengadakan bantahan hari ini, sambil menambah mereka mungkin telah dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang tidak puas hati dengan cara kerajaan Kedah untuk mentadbir negeri itu.’’  -Malaysiakini

Kenyataan ini sama sekali tidak benar. Mengapa? Kerana sebelum himpunan ini berlangsung, Prof Dato’ Wira Dr Jamil tidak berada di dalam kampus bahkan juga  tidak ada jemputan dari dato' untuk berbincang mengenai isu yang berlaku. 


Disini Skuad PRIHATIN bersama-sama barisan MPM Insaniah menegaskan setegas-tegasnya bahawa himpunan aman ini adalah perihal Pentadbiran Kuin dan Mahasiswa dan TIDAK ADA KAITAN  dengan unsur politik, kerajaan pentadbiran negeri Kedah mahupun pengaruh pihak tertentu seperti mana yang didakwa oleh pihak media.

Siswa kuin tuntut gugur hukuman

NONE


27 Julai 2011 : Kira-kira 300 siswa mengadakan perhimpunan aman Mahasiswa PRIHATIN di perkarangan speaker corner berhadapan pejabat Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah kerana membantah penggantungan lima siswa sekaligus menuntut pihak pentadbiran menggugurkan hukaman tatatertib yang dikenakan keatas mhasiswa tersebut. 






Himpunan yang berjalan secara aman ini  di kendalikan oleh Skuad Prihatin mengemukankan 4 tuntutan utama kepada pihak pentadbiran Kolej antaranya ialah menuntut hukuman 6 mahasiswa digugurkan,menuntut hak kebebasan bersuara,menuntut agar pihak pentadbiran lebih prihatin dalam menyelesaikan masalah kebajikan dan menuntut agar Diploma Tahfiz dikembalikan kepada pentadbiran KUIN. Peserta perhimpunan hari ini - yang memakai ikatan merah di kepala dan membawa plakad yang menuntut pihak pengurusan KUIN menimbang semula hukuman penggantungan dan denda itu.




Menurut Timbalan Presiden Saudara Firdaus Bakar, Himpunan ini tidak mendapat keizinan diperingkat HEP walaupun pihak MPM telah menghantar surat memohon izin.Namun begitu, himpunan ini tetap diteruskan setelah perbincangan di buat diperingkat pimpinan MPM kerana melihat kepentingan utama dalam memperjuangan nasib mahasiswa yang tertindas tidak diberi perhatian oleh pihak pentadbiran.

Pekeliling Ancaman

Tindakan pihak HEP yang  mengeluarkan surat pekeliling mengharamkan himpunan dan memberi ancaman untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada mahasiswa yang berhimpun adalah satu tindakan yang menunjukkan sikap autokratik dan tidak professional dalam menghadapi mahasiswa yang ingin bersuara secara aman,menggunakan kuasa untuk menyekat hak-hak dan kebebasan bersuara.Apatah lagi,bila Timbalan Rektor Prof.Zakaria Bin Man bertindak memanggil ibu Timbalan Presiden saudara Firdaus  Bakar tanpa pengetahuan beliau sebagai langkah untuk menghalang Saudara Firdaus Bakar  menjadi Leader dalam menjayakan himpunan aman ini,menggunakan ibu sebagai umpan untuk menjatuhkan moral beliau.


Tindakan Prof Zakaria Man mendapat kecaman daripada barisan pimpinan MPM dan seluruh mahasiswa yang hadir.

 Penyerahan Memorandom kepada wakil Rektor

Himpunan ini bermula dengan laungan asma’ul husna dan lagu Negaraku,seterusnya ucapan alu-aluan oleh pengerusi dan ucapan muqaddimah oleh Dr.Ali Sayyid Ash-Shimiy yang menasihati mahasiswa agar tenang dan bersabar,kemudian disusuli dengan pidato berantai oleh barisan pimpinan MPM dan persatuan kuliah iaitu Saudari Khairunnisa’ Mohammed,Saudari Mariyam Sa’ari, Saudara Rozaili Baharudin dan Saudara Firdaus Bin Bakar seterusnya ditutup dengan doa oleh pensyarah dari kuliah Usuluddin dan kemudiaan berarak ke hadapan pejabat Rektor untuk menyerahkan memorandom 4 tuntutan prihatin kepada wakil Rektor yang ada.Himpunan berjalan dengan aman dan berdisiplin tanpa  sebarang kerosakan dan provokasi seperti yang di anggap oleh pihak pentadbiran.

Himpunan Mahasiswa Prihatin




Ayuh kita jayakan 
HIMPUNAN AMAN MAHASISWA PRIHATIN.


Slogan kita hanya 1
"Mahasiswa sejahtera, Bebas bersuara"

Sunday, 24 July 2011

Dua lagi Mahasiswa KUIN di gantung??


GEMPAR..!!  Dataran PRIHATIN,  24 Julai 2011,sesi  second speaker corner bergema lagi menyaksikan Kolej Universiti Insaniah bergegar lagi dengan  laungan keramat berbunyi “hidup - hidup mahasiswa !” dilaungkan oleh lebih sekitar 50 mahasiswa dari kumpulan Mahasiswa Prihatin.

















Sejurus tiba d, kumpulan tersebut berkumpul dan berarak ke medan rapat umum sambil melaungkan “hidup-hidup mahasiswa” dan laungan itu memberi kejutan besar kepada seluruh warga KHAR dan KUO serta disambut oleh kumpulan Pimpinan Bitara.
Menurut sumber yang dilaporkan, kira-kira lebih 100 penyokongPimpinan Bitara berbaju biru berada di tempat rapat umum tersebut bertembung dengan lebih 300 mahasiswa terdiri dari penyokong MP dan LMP yang membawa 'gelombang kuning.'
Dalam pada itu, beberapa insiden kecil telah berlaku dan hampir mencetuskan pergaduhan antara kumpulan Pimpinan Bitara sebaik sahaja kumpulan MP dan LMP tiba di medan rapat umum tersebut.
Menurut saudara Zahar “ kita telah melihat sifat dan perilaku buruk kumpulan mereka (PB) yang dikatakan berpegang dengan nilai bitara, semua mahasiswa boleh menilai mereka yang mengaku kononnya membawa nilai bitara berbanding kumpulan MP dan LMP. Kita yakin dan percaya, mahasiswa UPSI tidak buta untuk menilai kumpulan ini.”


















Friday, 22 July 2011

Siswa Buat Petisyen, Konvoi Jumpa MB


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan petisyen bagi mengutip sokongan mahasiswa, tokoh akademik, NGO dan ahli politik sebagai tanda bantahan terhadap hukuman gantung pengajian dan denda yang dijatuhkan ke atas enam mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah.

NONEMenurut Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab (kanan) tindakan itu diambil kerana setelah hampir dua bulan, rayuan dikemukakan, namun isu berkenaan belum selesai.

“Solidariti Mahasiswa Malaysia amat kesal dengan apa yang berlaku terhadap enam sahabat mahasiswa KUIN yang dikekalkan hukuman tatatertib ke atas mereka. Hanya kerana mempraktikkan ruang-ruang demokrasi, mereka dikenakan hukuman tanpa budibicara.

“Walhal rata-rata mahasiswa yang terlibat adalah pemimpin pelajar dan tidak pernah memiliki rekod kesalahan tatatertib. Lebih menarik, jika diteliti mahasiswa yang dihukum tersebut memiliki rekod kepimpinan dan akademik yang cemerlang,” kata Ahmad Syukri.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang dari mereka dikehendaki membayar denda.

Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.
Petisyen bersama
Menurut Ahmad Syukri, SMM membantah hukuman dan pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka kerana berpendapat sebarang tindakan tatatertib itu menyekat kebebasan mahasiswa untuk berpatisipasi dalam lapangan demokrasi.

“Oleh itu sebuah petisyen bersama akan dilancarkan bermula 21 Julai ini bagi mengutip sokongan mahasiswa, tokoh akademik, NGO dan ahli politik sebagai tanda bantahan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas enam mahasiswa terbabit.

“Petisyen ini akan digerakkan oleh gabungan pertubuhan mahasiswa yang bersatu di bawah nama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) seperti Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Pro Mahasiswa (Pro M), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), dan Malaysia Youth And Student Democratic Movement (DEMA).

“SMM mensasarkan untuk mengutip 1000 tandatangan sebagai jumlah minimum melalui petisyen tersebut,” katanya.

Selain itu, katanya, SMM juga akan mengadakan konvoi ke KUIN dalam masa terdekat yang akan disertai oleh pimpinan barisan mahasiswa daripada Lembah Klang.

Konvoi tersebut antara lain meletakkan objektif ingin mengadakan pertemuan dengan pihak Rektor KUIN sekaligus menyerahkan petisyen yang telah dikumpulkan.
Terus ke MB
penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02“SMM juga akan menyerahkan petisyen tersebut terus kepada Menteri Besar Kedah selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN. Seperti tuntutan yang diutarakan sebelum ini, SMM memohon campur tangan Menteri Besar Kedah untuk memberi konsultasi kepada Rektor KUIN mengenai prinsip menghormati demokrasi yang menjadi teras pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah,” katanya.

Ahmad Syukri berkata mahkamah perlu dijadikan pilihan terakhir oleh enam mahasiswa terbabit kerana proses itu akan menyebabkan keadaan menjadi lebih rumit dan melibatkan kos yang besar.

“Isu ini yang sepatutnya boleh diselesaikan secara mudah melalui kuasa budibicara akan menjadi sukar apabila diheret ke mahkamah... (Bagaimanapun) SMM bersedia menyediakan konsultasi guaman sekiranya enam mahasiswa terbabit nekad untuk mencabar isu ini di mahkamah,” katanya.

Pelajar yang dikenakan tindakan itu adalah Mohd Faiz Mohd Arshad yang digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Mimpi Ngeri Mahasiswa

 Bismillahirrahmanirrahim...
Sekilas pandang kelihatan cantik rupanya busuk mengecewakan. Inilah tamadun Insaniah yang hendak disumbangkan kepada mahasiswa antarabangsa. Hasil pantauan oleh skuad mistik kami memaparkan bagaimana keadaan asrama kampus Star Gate yang begitu mengecewakan mahasiswa di sana. Tong sampah atau plastik sampah tidak disediakan di bilik asrama. Pelajar dah mai jauh, makan tanggung sendiri, bayar yuran, akhirnya terpaksa menebus kepercayaan pada Insaniah dengan longgokan sampah yang tidak terurus.

 Mungkin sahaja kematangan mahasiswa itu perlu untuk menyusun selipar dan kasut seperti ini, tetapi sekurang-kurangnya rak kasut perlulah disediakan agar kelihatan lebih selesa. Malangnya, hampir sebulan asrama kampus ini beroperasi sedikit perhatian mengenai kemudahan asas asrama tidak diperhatikan. Ada pula pelajar muslimat mengadu air paip kotor dan menyebabkan penyakit kulit seperti gatal-gatal dan sebagainya. Ini sudah melampau. Tahap keselamatan pelajar asrama tidak terjamin. Ini bukan universiti! kata seorang pelajar antarabangsa dari Bangladesh.
Malang, andai ada mangsa terjatuh ke dalam longkang yang rosak ini. Pembangunan yang tidak memuaskan. Cuba anda wahai mahasiswa hitung yuran semester dan ukur sejauh mana rasionalnya yuran anda pada Insaniah. Adakah anda sedang berada di universiti? atau anda hanya dipergunakan untuk keuntungan sesetengah pihak. Iaitu pihak yang menggunakan wang anda. Kemudian hidup anda sebagai pelajar di kampus tertekan kerana kebajikan yang tidak memuaskan. So, adakah anda hanya melihat dan memendam? jangan risau, anda bukan keseorangan. Cuma sertai suara-suara mahasiswa yang bertanggungjawab terhadap isu ini.

Thursday, 21 July 2011

Penuntut Gesa Letak Jawatan

Alor Setar - Enam penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dikekalkan hukuman gantung pengajian antara satu hingga dua semester oleh Jawatankuasa Tatatertib institusi itu pada 6 Jun lalu menggesa rektor Kuin, Prof. Dato' Wira Dr. Jamil Bin Osman meletak jawatan kerana gagal menangani dan memberi ruang kebebasan bersuara kepada aktiviti mahasiswa.


 Bekas Pengerusi Biro Penerangan dan Informasi Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kuin Mohd Aiman Abd Razab berkata, gesaan itu dibuat susulan Dr. Jamil dilihat menggunakan pendekatan pentadbiran diktator dalam menguruskan Kuin dan cuba mengongkong hak mahasiswa untuk memberi teguran kepada pentabiran institusi itu.


Menurutnya, Dr. Jamil dan pengurusan Kuin seharusnya mencontohi pendekatan Kementerian Pengajian Tinggi yang tidak terburu-buru mengambil tindakan tatertib terhadap sembilan mahasiswa yang tertangkap di kompleks membeli belah Sogo, Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.


Saya kagum dengan sikap kementerian yang terbuka mendengar penjelasan mahasiswa terbabit sebelum melaksanakan tindakan tatertib dan perkara ini tidak pernah berlaku di Kuin.


"Saya bimbang tindakan mengongkong kebebasan bersuara mahasiswa Kuin akan menyebabkan institusi itu melahirkan graduan pengecut dan hanya bersikap 'Yess Boss' yang sudah pasti  tidak memberi sebarang kebaikan kepada negara," katanya pada sidang media disini kelmarin.


Turut hadir bekas Presiden,  MPM Kuin, Mohd Faiz Bin Mohd Arshad dan bekas Naib Presiden, Mohd Azlan Bin Mat Zain yang turut dikekalkan tindakan gantung pengajian dua semester oleh Jawatankuasa Tatatertib institusi itu.


Sementara itu, Mohd Faiz menegaskan penuntut kuin tiada masalah dengan peraturan sekatan hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Acara Tatatertib Universiti 2007, bagaimanapun sekatan itu tidak boleh terlalu ketat sehingga teguran terhadap tindak tanduk pengurusan institusi tidak dibenarkan.


Menurutnya, peraturan dan undang-undang yang diamalkan Kuin  di bawah Dr Jamil tiada bezanya dengan akta undang-undang Kolej dan Universiti (AUKU) yang dikritik banyak pihak kerana terlalu mengonkong kebebasan mahasiswa berpolitik.


Saya juga menggesa pengurusan kuin mengkaji semula pelaksanaan undang-undang dalam buku Acara Tatatertib Universiti 2007 kerana tidak jelas dan terlalu umum", katanya.


Ditanya sama ada kesemua penuntut terbababit tidak bimbang mengkritik pengurusan Kuin secara terbuka akan mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua pihak, Mohd Faiz menegaskan pihaknya bersedia apa jua tindakan susulan daripada pengurusan universiti.


Sebelum ini kami berdiam diri dan menhormati arahan Jawatankuasa Tatatertib untuk tidak melakukan kenyataan media bagi membolehkan rayuan kami diberi pertimbangan sewajarnya.


Namun, setelah keputusan rayuan kami ditolak, kami anggap pengurusan Kuin sengaja memulakan perang dan tindakan undang-undang akan diambil segera demi keadilan semua pihak, katanya


Sumber : Sinar Harian, 21 Julai 2011

Wednesday, 20 July 2011

First VOICE First ATTACK



Dataran MPM, 20 Julai. Gegak gempita sang mahasiwa menabur idealisme kini berulang semula. Pemangku presiden MPM menyuarakan kepentingan bersatu padu di kalangan umat Islam yang harus diperkukuhkan berikutan serangan musuh yang tidak henti menghancurkan umat Islam. Perasaan kecewa timbul kerana sikap mahasiswa yang tidak cakna dengan perkembangan Insaniah, isu-isu yang berbangkit, dan program yang dianjur tidak diambil peduli.



Kejadian yang mengejutkan dan pertama dalam sejarah Insaniah apabila Pak Guard meminta pihak MPM menghentikan hak bersuara mereka. Kejadian yang sungguh mengecewakan apabila unsur diktator mula dipraktikkan di kampus Islam seperti ini. ARAHAN SIAPA? kami mahasiswa tidak akan berdiam diperlekeh dan dinafihkan hak kebebasan yang ada.

Pada tarikh yang sama juga, 6orang mahasiswa Insaniah yang dikenakan tindakan gantung pengajian dan denda memberi keterangan media sinar bahawa tidak berpuas hati dengan tindakan Rektor yang menolak rayuan mereka setelah permohonan rayuan dilakukan.

Sikap keras hati Rektor terhadap 6orang mahasiswa sangat mengecewakan seluruh mahasiswa Insaniah. Meskipun tindakan itu dibuat atas peraturan kolej, tetapi sebab tindakannya sangat tidak wajar dan tidak profesional.

Kezaliman dan ketidakadilan yang dihadapi 6orang mahasiswa turut dirasai mahasiswa lain. Manakan tidak, tindakan seperti ini seolah bermotifkan untuk menakut-nakutkan mahasiswa dalam memberikan pandangan secara bebas di universiti. Akibatnya tindakan seperti ini akan membantutkan perkembangan intelektual dan idea di kalangan mahasiswa. Proses melahirkan generasi kepimpinan disekat! INILAH DIA UNIVERSITI YANG KOTOR DENGAN TANGAN-TANGAN PENYELUK HAK!

6 penuntut KUIN Kesal


ALOR SETAR - Enam penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang digantung pengajian setelah terbabit dalam penganjuran demonstrasi di institusi itu pada 1 April lalu kesal dengan Jawatankuasa Tatatertib universiti yang menolak permohonan rayuan mereka dan mengekalkan keputusan asal berkuat kuasa serta-merta melalui satu surat rasmi bertarikh 6 Julai.



Bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPM) Kuin, Mohd Faiz Mohd Arshad berkata, pihaknya kecewa dengan sikap Jawatankuasa Tatatertib Kuin diketuai Rektornya, Profesor Datuk Dr Jamil Osman menolak rayuan keenam-enam pelajar terbabit termasuknya walaupun institusi itu baru pertama kali berhadapan dengan kes demonstrasi dianjurkan penuntutnya.


Menurutnya, keputusan Kuin mengekalkan hukuman gantung dua semester pengajian terhadap lima mahasiswa terlibat dan denda RM100 terhadap Mohamad Farhan Mohamad Baharin yang baru menamatkan pengajian tidak wajar dan seolah-olah menunjukkan kesalahan dilakukan mereka amat berat.

“Saya hairan dengan keputusan Kuin seolah-olah menghukum kami dan bukannya memberi pengajaran, sedangkan tindakan demonstrasi yang dilakukan hanya untuk menyuarakan pandangan mahasiswa.

“Di Universiti Malaya, pihak pengurusan institusi itu hanya memberikan amaran kepada pelajar yang menyertai demonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus sebelum ini dan ianya dibuat walaupun bukan pertama kali berlaku di sana.

“Ini menunjukkan pengurusan Kuin bersikap diktator dan tidak menghargai jasa kami sebagai wakil pelajar institusi itu selama ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir ialah bekas Pengerusi Biro Penerangan dan Informasi MPM Kuin, Mohd Aiman Abdul Razak dan bekas Naib Presiden MPM Kuin, Mohd Azlan Mat Zain yang turut dikekalkan tindakan digantung pengajian dua semester oleh Jawatankuasa Tatatertib institusi itu.

Mohd Faiz berkata, susulan permohonan rayuan ditolak pihaknya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Kuin sekiranya usaha mendesak pengurusan institusi itu menggugurkan tindakan tatatertib secara terbuka selepas ini tidak mendatangkan hasil.

Menurutnya, pengurusan Kuin gagal melaksanakan tindakan tatatertib mengikut prosedur sebenar apabila tiada saksi pembelaan dan pendakwaan yang dipanggil di peringkat Jawatankuasa Tatatertib untuk memberi keterangan.

“Tindakan itu bertentangan dengan Kaedah 48 dan Kaedah 49 Acara Tatatertib Universiti 2007 apabila Jawatankuasa Tatatertib dikehendaki memanggil semua tertuduh untuk dihadapkan ke jawatankuasa itu terlebih dahulu sebelum meminta surat tunjuk sebab daripada mereka selain memastikan saksi pembelaan dan pendakwaan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Ini menunjukkan satu proses tatatertib yang bercelaru telah dilaksanakan dan tidak mengikut budi bicara sewajarnya,” katanya.

Susulan keputusan penolakan rayuan, Mohd Faiz menegaskan kebenaran keenam-enam mahasiswa terlibat untuk memasuki kawasan Kuin, kebenaran bertanding dalam pilihan raya kampus, kebenaran menjadi ahli dan persatuan berkaitan institusi, penerimaan sebarang anugerah akademik dan bukan akademik dari Kuin serta jawatan MPM ditarik balik secara automatik.

“Empat alasan penghakiman yang diberikan iaitu kesalahan dilakukan disedari pelaku, tindakan pelaku bukan didesak, pelaku gagal menunjukkan kekesalan sewaktu tempoh permohonan rayuan dibuat dan hukuman merupakan satu taklik untuk memberi pengajaran kepada pelaku tidak masuk akal dan menutup isu sebenar ditimbulkan kami.

“Kami juga mendapatkan sokongan padu beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan mahasiswa yang bersimpati dengan nasib kami dan berjanji mempertahankan hak kami sehingga keadilan dicapai,” katanya.

Sebelum ini, :Sinar Harian :melaporkan enam penuntut Kuin yang digantung pada 26 Mei lalu oleh Jawatankuasa Tatatertib institusi diminta menyambung pelajaran ke universiti lain sekiranya enggan menerima keputusan tindakan tatatertib.

Azizan berkata, tindakan itu berlandaskan perlembagaan universiti memandangkan semua penuntut terlibat terbukti melakukan perkara bercanggah undang-undang setelah siasatan dilakukan pentadbiran universiti.

Sumber : Sinar Harian, 20 Julai 2011