Labels

Wednesday 17 August 2011

PRESIDEN MPM DIPANGGIL BERBINCANG DENGAN PIHAK PENTADBIRAN KUIN

Assalamualaikum warahmatullah,
Dan Selamat  Sejahtera,
Mahasiswa/wi Kuin sekalian.

Susulan daripada kenyataan Timbalan Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah beberapa hari yang lepas, dengan tajuk ulasannya “ KPT Memandang Serius Penggangtungan Presiden MPMKUIN” yang dipetik dalam akhbar sinar harian pada jumaat lalu (12/08/2011), Saudara Mohd Faiz Arshad semalam dipanggil pihak pentadbiran yang diketuai Prof. Zakaria Bin Man, Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, diiringi empat kakitangan yang lain iaitu Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, Prof. Dr Wan Sulaiman Wan Yusoff, Dr. Fauzi, Mohd Firdaus Salleh, untuk mengadakan perbincangan tertutup mengenai hukuman yang dikenakan keatas beliau iaitu gantung pengajian selama 2 semester, dilucut jawatan sebagai presiden MPM serta-merta, dilarang memasuki dan menggunakan premis kuin, tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana organisasi persatuan dan kelab di Kuin.

Dalam perjumpaan tersebut pihak pentadbiran mencadangkan supaya hukuman gantung dua semester dikurangkan kepada satu semester sekiranya dipersetujui oleh beliau (Mohd Faiz Arshad) dan hukuman tersebut akan menyamai hukuman yang dikenakan kepada 4 okt yang lain. Menurut sumber yang diporelehi, pengurangan hukuman tersebut bertujuan untuk tidak memperbesarkan isu. Namun beliau meminta tempoh masa selama dua hari untuk mempertimbangkan cadangan pihak pentadbiran tersebut.

Apa yang ingin dipersoalkan disini adalah kenapa dalam perjumpaan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), Skuad Mahasiswa Prihatin (PRIHATIN), bersama pihak pentadbiran yang lepas bagi membincangkan 4 tuntutan PRIHATIN iaitu (menuntut hukuman keatas 6 mahasiswa digugurkan, menuntut hak bersuara mahasiswa, prihatin dan menyelesaikan kebajikan pelajar, kembalikan diploma tahfiz kepada pengurusan Kuin), pihak pentadbiran terlalu mengiakan untuk mengekalkan hukuman keatas 6 mahasiswa tersebut walaupun dituntut untuk hukuman tersebut digugurkan. Hukuman tersebut dikekalkan atas alasan sebagai pengajaran kepada mahasiswa terbabit atas tindakan mereka yang seolah-olah memfitnah pihak pengurusan kolej. Ini jelas menunjukkan bahawa pihak pentadbiran sedar dan mengakui tindakan mereka sebenarnya salah. Sekiranya mereka (pentadbiran) dipihak yang benar, mengapakah perlu dikurangkan hukuman tersebut sekarang? Dimanakah pendirian mereka untuk mengekalkan hukuman tersebut sebelum ini?. Mengapa hukuman ini tidak dikurangkan selepas melalui proses rayuan? Dan kenapa sekarang baru mahu dikurangkan? Kita sudah buka ruang untuk berbincang sebelum ini, hakikatnya kita amat kecewa dengan keputusan mengekalkan hukuman keatas 6 mahasiswa terbabit.

Apa yang kita mahu dan menuntut sebenarnya bukan dikurangkan hukuman, tetapi kita menuntut supaya hukuman tersebut digugurkan, bukan untuk saudara Mohd Faiz Arshad sahaja, bahkan kepada semua 6 mahasiswa termasuk beliau yang dikenakan hukuman tatatertib tersebut. InsyaAllah MPM bersama Skuad PRIHATIN akan terus mendesak pihak pentadbiran supaya hukuman keatas 6 mahasiswa digugurkan bukannya dikurangkan, kita akan bersama-sama 6 mahasiswa tersebut dalam menuntut hak dan pembelaan keatas diri mereka sekiranya hukuman tersebut masih tidak digugurkan. Kita menyarankan kepada 6 mahasiswa supaya jangan mudah termakan dengan cadangan pihak pentadbiran untuk mengurangkan hukuman, kita akan bersetuju sekiranya pihak pentadbiran menggugurkan hukuman tersebut. Ingatlah sahabat-sahabat seperjuangan, yakinlah bahawa kebenaran itu akan tertegak, dan kebenaran itu sekarang semakin menghampiri kita.
Wallahua’lam.

Mohd Firdaus Bin Bakar,
Timbalan Presiden 2,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Unviersiti Insaniah.

Monday 15 August 2011

RESPON PENTADBIRAN TERHADAP 4 TUNTUTAN PRIHATIN

Asslamualaikum Warahmatullah,

Dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT, diatas kurniaan nikmat iman dan islam yang masih lagi dikecapi sehingga hari ini dan kesempatan yang Allah SWT berikan kepada kita untuk berada dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.
Sedikit ulasan mengenai kesan dari pada himpunan aman mahasiswa PRIHATIN tempoh hari yang dianjurkan oleh Skuad PRIHATIN dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM). Walaupun himpunan aman tersebut tidak mendapat kelulusan dan kebenaran daripada pihak Hal Ehwah Pelajar (HEP), namun himpunan tersebut tetap berlangsung dalam keadaan aman seperti yang dijanjikan pihak penganjur. Ini membuktikan bahawa mahasiswa Kuin hari ini cakna dengan isu yang ada di sekitar kampus dan menunjukkan kematangan politik mahasiswa Kuin dalam menuntut hak dan pembelaan terhadap apa yang berlaku dalam suasana kehidupan di Kuin.



Memorandum yang mengandungi empat tuntutan iaitu (menuntut hukuman kepada 6 mahasiswa digugurkan, menuntut hak kebebasan bersuara mahasiswa, prihatin dan menyelesaikan kebajikan mahasiswa, kembalikan diploma tahfiz kepada pengurusan Kuin) Berjaya diserahkan kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Zakarian Bin Man yang mewakili pihak rektor.
Susulan dari pada himpunan aman PRIHATIN tersebut, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) telah dipanggil dalam satu perjumpaan bersama pihak pentadbiran yang diketuai oleh Prof. Zakaria Bin Man. Hasil perjumpaan tersebut mendapati beberapan jawapan yang diberikan oleh pihak pentadbiran, antaranya ialah :

             I.            Hukuman keatas 6 mahasiswa dikekalkan dan tidak ada sebarang pengurangan atas alasan kesalahan yang dilakukan oleh mereka berunsur fitnah dan bertujuan member pengajaran terhadap tindakan yang mereka lakukan.
           II.            Larangan penggunaan bahasa melayu dalam ‘sudut pidato’ dikekalkan dan berpidato mestilah dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
         III.            Isu ujian bahasa Arabic Placement Test (APT), dan English Placement Test (EPT), mahasiswa yang gagal dalam ujian tersebut perlu mengikuti kursus bahasa selama satu semester, kemudian menduduki semula ujian bahasa pada akhir semester kursus,  dansekiranya lulus, mahasiswa terbabit tidak perlu lagi menduduki kursus bahasa tersebut dalam semester berbaki.
         IV.            Isu pengecualian kredit, yuran yang dikenakan kepada pelajar transfer RM100 untuk satu mata pelajaran atas alasan cas bayaran kepada panel yang dilantik untuk menyemak dan menilai mata pelajaran yang akan dikecualikan tersebut.
           V.            Diploma tahfiz akan kekal dibawah pengurusan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK).


Walaupun persoalan telah pun terjawab, namun masih ada keraguan terhadapa jawapan yang diberikan, sebagai badan yang mewakili mahasiswa dan pentadbiran, MPM merasakan jawapan yang diberikan masih belum memuaskan, khususnya isu 6 mahasiswa yang dikenakan hukuman tatatertib, dalam perjumpaan tersebut dimaklumkan bahawa mereka yang telibat dicas kerana memfitnah pengurusan kolej, tetapi apa yang kita maklum bahawa dalam surat dakwaan keatas mereka tidak ada yang menyatakan bahawa kesalaha yang dilakukan mereka berunsur fitnah.
Berucap disudut pidato mesti dalam dua bahasa, Arab dan English atas sebab sebagai medan latihan kepada mahasiswa untuk mempraktikkan bahasa tersebut yang diputuskan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar kolej. Persoalan yang ditimbulkan kenapa penggunaan bahasa tersebut hanya dikuatkuasakan untuk sudut pidato semata-mata?, kalau benar pihak pentadbiran kolej mahu menjadikan dua bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi kolej. Apakah mahasiswa Kuin sudah berada ditahap yang memuaskan untuk menerima keputusan ini?.

Selain itu, isu pengecualian kredit, apakah terlalu tinggi bayaran kepada panel sehingga yuran tersebut dikenakan RM100 kepada setiap satu mata pelajaran?, apakah benar adanya panel ini?, dan siapakah barisan panel yang dilantik untuk menguruskan urusan ini?. Inilah persoalan yang masih meragukan pihak MPM.


Mohd Firdaus Bin Bakar,
Timbalan Presiden 2,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti INSANIAH.

Sunday 14 August 2011

PENTADBIRAN...BOHONG

super market mana ni?


15 ramadhan sudah pun tiba. Kampus Star Gate masih kemurungan. Apa nak jadi pentadbiran Insaniah. Pejabat HEP, bilik pensyarah, dan pejabat-pejabat lain masih tidak kelihatan. Mahasiswa mengalami kesukaran dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan pentadbiran. Di kala mahasiswa kalut dengan tugasan, ko-k, program dan sebagainya yang berkaitan rupanya dalam senyap perasan atau tak, pentadbiran Insaniah LEMAH!. HAH! tau takpe, masih ramai yang merungut dengan statement "INI TAK WAJAR". Yuran yang dibayar kepada KUIN tak relevan dengan perkhidmatan yang diberikan kepada mahasiswa. Walaupun ini isu lapuk, tetapi hingga kini masih berlaku. Keras kepala atau sebaliknya, mahasiswa tetap menuntut penjelasan. Mahasiswa Star Gate juga menuntut penjelasan berkenaan yuran pengangkutan yang ghaib. Mahasiswa tahun satu sem pertama tetap membayar yuran pengangkutan, biarpun pengangkutan bagi pelajar di kampus Star Gate tidak diperlukan kerana menghuni di asrama. 

Selain itu menjadi persoalan bagi pihak mahasiswa, pelbagai kes kecurian barangan Insaniah yang berharga ribuan ringgit di kampus ini. *Teringat kes enjin jet negara yang boleh hilang. Konspirasi apakah ini wahai pentadbiran? masih dalam pemerhatian, tapi kes ini memang wujud. So,  jangan suka menabur janji palsu dan cakap besar. Mahasiswa sangat pantang.

Sedar...KUIN yang mega ini telah hilang kepercayaan mahasiswa terhadap pentadbiran. Di sebalik wajah kampus pada laman webnya, majalahnya, dan iklanya kini tertera kepalsuan. Mahasiswa terujah dengan Islam yang hendak dipamerkan oleh KUIN, tetapi pentadbiran gagal dalam pelaksanaannya. Mohon ketulusan pentadbiran dalam menyelesaikan isu ini. No respect without justice. Kami sayangkan Insaniah.

Tuesday 2 August 2011

Kami doakan MB cepat sembuh - MPM KUIN



2 Ogos 2011 – Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (MPM KUIN) mewakili seluruh mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mendoakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan supaya segera sembuh dan dapat menjalankan tanggungjawab seperti biasa.

Mengulas perkara tersebut, Timbalan Presiden 2 Kolej Universiti Insaniah, Mohd Firdaus bin Bakar berkata, “Ustaz Azizan dilaporkan stabil setelah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur Jumaat lalu. Rakyat Kedah sangat beruntung kerana mempunyai pemimpin yang begitu tinggi komitmen kerjanya. Semoga segala keikhlasan Ustaz Azizan dalam pekerjaan menjalankan amanahnya dibalas Allah dengan ganjaran yang berlipat ganda.”

Kami MPM KUIN sekali lagi mewakili seluruh mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mendoakan agar Ustaz Azizan terus kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan Allah Taala. Mustahil bagi Allah untuk menganiaya hambaNya melainkan apa yang Dia caturkan ini hanyalah untuk mengangkat martabat hamba-Nya disisi-Nya. Wallahu ‘alam.

"Mahasiswa Sejahtera Keutamaan Kami"

Mohd Firdaus Bin Bakar,
Timbalan Presiden 2,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti INSANIAH.