Labels

Wednesday 17 August 2011

PRESIDEN MPM DIPANGGIL BERBINCANG DENGAN PIHAK PENTADBIRAN KUIN

Assalamualaikum warahmatullah,
Dan Selamat  Sejahtera,
Mahasiswa/wi Kuin sekalian.

Susulan daripada kenyataan Timbalan Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah beberapa hari yang lepas, dengan tajuk ulasannya “ KPT Memandang Serius Penggangtungan Presiden MPMKUIN” yang dipetik dalam akhbar sinar harian pada jumaat lalu (12/08/2011), Saudara Mohd Faiz Arshad semalam dipanggil pihak pentadbiran yang diketuai Prof. Zakaria Bin Man, Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, diiringi empat kakitangan yang lain iaitu Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, Prof. Dr Wan Sulaiman Wan Yusoff, Dr. Fauzi, Mohd Firdaus Salleh, untuk mengadakan perbincangan tertutup mengenai hukuman yang dikenakan keatas beliau iaitu gantung pengajian selama 2 semester, dilucut jawatan sebagai presiden MPM serta-merta, dilarang memasuki dan menggunakan premis kuin, tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana organisasi persatuan dan kelab di Kuin.

Dalam perjumpaan tersebut pihak pentadbiran mencadangkan supaya hukuman gantung dua semester dikurangkan kepada satu semester sekiranya dipersetujui oleh beliau (Mohd Faiz Arshad) dan hukuman tersebut akan menyamai hukuman yang dikenakan kepada 4 okt yang lain. Menurut sumber yang diporelehi, pengurangan hukuman tersebut bertujuan untuk tidak memperbesarkan isu. Namun beliau meminta tempoh masa selama dua hari untuk mempertimbangkan cadangan pihak pentadbiran tersebut.

Apa yang ingin dipersoalkan disini adalah kenapa dalam perjumpaan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), Skuad Mahasiswa Prihatin (PRIHATIN), bersama pihak pentadbiran yang lepas bagi membincangkan 4 tuntutan PRIHATIN iaitu (menuntut hukuman keatas 6 mahasiswa digugurkan, menuntut hak bersuara mahasiswa, prihatin dan menyelesaikan kebajikan pelajar, kembalikan diploma tahfiz kepada pengurusan Kuin), pihak pentadbiran terlalu mengiakan untuk mengekalkan hukuman keatas 6 mahasiswa tersebut walaupun dituntut untuk hukuman tersebut digugurkan. Hukuman tersebut dikekalkan atas alasan sebagai pengajaran kepada mahasiswa terbabit atas tindakan mereka yang seolah-olah memfitnah pihak pengurusan kolej. Ini jelas menunjukkan bahawa pihak pentadbiran sedar dan mengakui tindakan mereka sebenarnya salah. Sekiranya mereka (pentadbiran) dipihak yang benar, mengapakah perlu dikurangkan hukuman tersebut sekarang? Dimanakah pendirian mereka untuk mengekalkan hukuman tersebut sebelum ini?. Mengapa hukuman ini tidak dikurangkan selepas melalui proses rayuan? Dan kenapa sekarang baru mahu dikurangkan? Kita sudah buka ruang untuk berbincang sebelum ini, hakikatnya kita amat kecewa dengan keputusan mengekalkan hukuman keatas 6 mahasiswa terbabit.

Apa yang kita mahu dan menuntut sebenarnya bukan dikurangkan hukuman, tetapi kita menuntut supaya hukuman tersebut digugurkan, bukan untuk saudara Mohd Faiz Arshad sahaja, bahkan kepada semua 6 mahasiswa termasuk beliau yang dikenakan hukuman tatatertib tersebut. InsyaAllah MPM bersama Skuad PRIHATIN akan terus mendesak pihak pentadbiran supaya hukuman keatas 6 mahasiswa digugurkan bukannya dikurangkan, kita akan bersama-sama 6 mahasiswa tersebut dalam menuntut hak dan pembelaan keatas diri mereka sekiranya hukuman tersebut masih tidak digugurkan. Kita menyarankan kepada 6 mahasiswa supaya jangan mudah termakan dengan cadangan pihak pentadbiran untuk mengurangkan hukuman, kita akan bersetuju sekiranya pihak pentadbiran menggugurkan hukuman tersebut. Ingatlah sahabat-sahabat seperjuangan, yakinlah bahawa kebenaran itu akan tertegak, dan kebenaran itu sekarang semakin menghampiri kita.
Wallahua’lam.

Mohd Firdaus Bin Bakar,
Timbalan Presiden 2,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Unviersiti Insaniah.

Monday 15 August 2011

RESPON PENTADBIRAN TERHADAP 4 TUNTUTAN PRIHATIN

Asslamualaikum Warahmatullah,

Dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT, diatas kurniaan nikmat iman dan islam yang masih lagi dikecapi sehingga hari ini dan kesempatan yang Allah SWT berikan kepada kita untuk berada dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.
Sedikit ulasan mengenai kesan dari pada himpunan aman mahasiswa PRIHATIN tempoh hari yang dianjurkan oleh Skuad PRIHATIN dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM). Walaupun himpunan aman tersebut tidak mendapat kelulusan dan kebenaran daripada pihak Hal Ehwah Pelajar (HEP), namun himpunan tersebut tetap berlangsung dalam keadaan aman seperti yang dijanjikan pihak penganjur. Ini membuktikan bahawa mahasiswa Kuin hari ini cakna dengan isu yang ada di sekitar kampus dan menunjukkan kematangan politik mahasiswa Kuin dalam menuntut hak dan pembelaan terhadap apa yang berlaku dalam suasana kehidupan di Kuin.



Memorandum yang mengandungi empat tuntutan iaitu (menuntut hukuman kepada 6 mahasiswa digugurkan, menuntut hak kebebasan bersuara mahasiswa, prihatin dan menyelesaikan kebajikan mahasiswa, kembalikan diploma tahfiz kepada pengurusan Kuin) Berjaya diserahkan kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Zakarian Bin Man yang mewakili pihak rektor.
Susulan dari pada himpunan aman PRIHATIN tersebut, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) telah dipanggil dalam satu perjumpaan bersama pihak pentadbiran yang diketuai oleh Prof. Zakaria Bin Man. Hasil perjumpaan tersebut mendapati beberapan jawapan yang diberikan oleh pihak pentadbiran, antaranya ialah :

             I.            Hukuman keatas 6 mahasiswa dikekalkan dan tidak ada sebarang pengurangan atas alasan kesalahan yang dilakukan oleh mereka berunsur fitnah dan bertujuan member pengajaran terhadap tindakan yang mereka lakukan.
           II.            Larangan penggunaan bahasa melayu dalam ‘sudut pidato’ dikekalkan dan berpidato mestilah dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
         III.            Isu ujian bahasa Arabic Placement Test (APT), dan English Placement Test (EPT), mahasiswa yang gagal dalam ujian tersebut perlu mengikuti kursus bahasa selama satu semester, kemudian menduduki semula ujian bahasa pada akhir semester kursus,  dansekiranya lulus, mahasiswa terbabit tidak perlu lagi menduduki kursus bahasa tersebut dalam semester berbaki.
         IV.            Isu pengecualian kredit, yuran yang dikenakan kepada pelajar transfer RM100 untuk satu mata pelajaran atas alasan cas bayaran kepada panel yang dilantik untuk menyemak dan menilai mata pelajaran yang akan dikecualikan tersebut.
           V.            Diploma tahfiz akan kekal dibawah pengurusan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK).


Walaupun persoalan telah pun terjawab, namun masih ada keraguan terhadapa jawapan yang diberikan, sebagai badan yang mewakili mahasiswa dan pentadbiran, MPM merasakan jawapan yang diberikan masih belum memuaskan, khususnya isu 6 mahasiswa yang dikenakan hukuman tatatertib, dalam perjumpaan tersebut dimaklumkan bahawa mereka yang telibat dicas kerana memfitnah pengurusan kolej, tetapi apa yang kita maklum bahawa dalam surat dakwaan keatas mereka tidak ada yang menyatakan bahawa kesalaha yang dilakukan mereka berunsur fitnah.
Berucap disudut pidato mesti dalam dua bahasa, Arab dan English atas sebab sebagai medan latihan kepada mahasiswa untuk mempraktikkan bahasa tersebut yang diputuskan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar kolej. Persoalan yang ditimbulkan kenapa penggunaan bahasa tersebut hanya dikuatkuasakan untuk sudut pidato semata-mata?, kalau benar pihak pentadbiran kolej mahu menjadikan dua bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi kolej. Apakah mahasiswa Kuin sudah berada ditahap yang memuaskan untuk menerima keputusan ini?.

Selain itu, isu pengecualian kredit, apakah terlalu tinggi bayaran kepada panel sehingga yuran tersebut dikenakan RM100 kepada setiap satu mata pelajaran?, apakah benar adanya panel ini?, dan siapakah barisan panel yang dilantik untuk menguruskan urusan ini?. Inilah persoalan yang masih meragukan pihak MPM.


Mohd Firdaus Bin Bakar,
Timbalan Presiden 2,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti INSANIAH.

Sunday 14 August 2011

PENTADBIRAN...BOHONG

super market mana ni?


15 ramadhan sudah pun tiba. Kampus Star Gate masih kemurungan. Apa nak jadi pentadbiran Insaniah. Pejabat HEP, bilik pensyarah, dan pejabat-pejabat lain masih tidak kelihatan. Mahasiswa mengalami kesukaran dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan pentadbiran. Di kala mahasiswa kalut dengan tugasan, ko-k, program dan sebagainya yang berkaitan rupanya dalam senyap perasan atau tak, pentadbiran Insaniah LEMAH!. HAH! tau takpe, masih ramai yang merungut dengan statement "INI TAK WAJAR". Yuran yang dibayar kepada KUIN tak relevan dengan perkhidmatan yang diberikan kepada mahasiswa. Walaupun ini isu lapuk, tetapi hingga kini masih berlaku. Keras kepala atau sebaliknya, mahasiswa tetap menuntut penjelasan. Mahasiswa Star Gate juga menuntut penjelasan berkenaan yuran pengangkutan yang ghaib. Mahasiswa tahun satu sem pertama tetap membayar yuran pengangkutan, biarpun pengangkutan bagi pelajar di kampus Star Gate tidak diperlukan kerana menghuni di asrama. 

Selain itu menjadi persoalan bagi pihak mahasiswa, pelbagai kes kecurian barangan Insaniah yang berharga ribuan ringgit di kampus ini. *Teringat kes enjin jet negara yang boleh hilang. Konspirasi apakah ini wahai pentadbiran? masih dalam pemerhatian, tapi kes ini memang wujud. So,  jangan suka menabur janji palsu dan cakap besar. Mahasiswa sangat pantang.

Sedar...KUIN yang mega ini telah hilang kepercayaan mahasiswa terhadap pentadbiran. Di sebalik wajah kampus pada laman webnya, majalahnya, dan iklanya kini tertera kepalsuan. Mahasiswa terujah dengan Islam yang hendak dipamerkan oleh KUIN, tetapi pentadbiran gagal dalam pelaksanaannya. Mohon ketulusan pentadbiran dalam menyelesaikan isu ini. No respect without justice. Kami sayangkan Insaniah.

Tuesday 2 August 2011

Kami doakan MB cepat sembuh - MPM KUIN



2 Ogos 2011 – Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (MPM KUIN) mewakili seluruh mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mendoakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan supaya segera sembuh dan dapat menjalankan tanggungjawab seperti biasa.

Mengulas perkara tersebut, Timbalan Presiden 2 Kolej Universiti Insaniah, Mohd Firdaus bin Bakar berkata, “Ustaz Azizan dilaporkan stabil setelah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur Jumaat lalu. Rakyat Kedah sangat beruntung kerana mempunyai pemimpin yang begitu tinggi komitmen kerjanya. Semoga segala keikhlasan Ustaz Azizan dalam pekerjaan menjalankan amanahnya dibalas Allah dengan ganjaran yang berlipat ganda.”

Kami MPM KUIN sekali lagi mewakili seluruh mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mendoakan agar Ustaz Azizan terus kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan Allah Taala. Mustahil bagi Allah untuk menganiaya hambaNya melainkan apa yang Dia caturkan ini hanyalah untuk mengangkat martabat hamba-Nya disisi-Nya. Wallahu ‘alam.

"Mahasiswa Sejahtera Keutamaan Kami"

Mohd Firdaus Bin Bakar,
Timbalan Presiden 2,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti INSANIAH.

Thursday 28 July 2011

Isu KUIN : Wacana Khas Bersama Prof. Dr. Abdul Aziz Bari


Dari Meja Timbalan Presiden II


Assalmualaikum Warahmatullah,

Dan Selamat Sejahtera,

Mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah mengizinkan Himpunan Aman Mahasiswa PRIHATIN  berjalan lancar dan jayanya. Allah menghimpunkan kita dibawah satu rahmat, himpunan yang penuh hikmah dan beradab, tidak ada sebarang provokasi dan ntindakan-tindakan yang mengganggu ketenteraman awam.

Jutaan tahniah diucapkan kepada semua sahabat-sahabat mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah kerana Berjaya hadir ke Himpunan Aman Mahasiswa PRIHATIN, ini membuktikan bahawa mahasiswa Kuin hari ini celik dengan permasalahan yang berlaku dan membuktikan kepadapihak pentadbiran kolej bahawa mahasiswa Kuin hari ini adalah mahasiswa yang prihatin dan inginkan penyelesaian terhadap apa yang dituntut.

Himpunan semalam membuktikan kepada pihak pentadbiran kolej, bahawa mahasiswa Kuin hari ini matang dalam menyuarakan hasrat mereka. Walaupun himpunan aman semalam tidak mendapat kelulusan,  tetapi bagi kita mahasiswa, ini adalah hak kita, kita perlu menyatakan hasrat kita, apa bezanya himpunan Kuin dengan himpunan BERSIH dan sebagainya, BERSIH juga tidak mendapat kelulusan pihak polis, tetapi kenapa rakyat tetap bangkit menuntut hak mereka walaupun bakal berhadapan dengan gari dan penjara. Himpunan Aman Mahasiswa PRIHATIN juga begitu, tidak mendapat kelulusan bukan bermakna mahasiswa tidak boleh bersuara.Walaupun hukuman menanti dihadapan.Kita bukan mahasiswa yang pengecut dan mudah mengalah.

Paling mengecewakan semalam adalah sikap pentadbiran kolej yang tidak profesional dalam menangani isu pelajar. Kenapa perlu menjemput dan melibatkan ibunda saya dan waris untuk berhadapan dengan isu ini. Dengan keadaan usia yang sudah mencapai umur  63 tahun, keadaan kesihatan yang tidak menentu, hidup sendirian tanpa orang yang disayangi disisi, boleh kita bayangkan apa yang ada dikotak fikiran ibu waktu itu. Bagi saya suatu tindakan kotor dan menjijikkan, kalau betul pentadbiran di pihak yang benar kenapa tidak tampil memberi penjelasan kepada pelajar.

Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian, di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), setiap bulan naib canselor USIM turun padang berhadapan dengan pelajar-pelajar, dan mendengar permasalahan yang berlaku, inilah yang kita harapkan supaya wujud situasi seumpama ini di Kuin. Apa yang kita pasti pentadbiran Kuin takut untuk berhadapan dengan pelajar, kenapa jadi begini? Sahabat-sahabat lebih bijak untuk menilai situasi ini.

Apa pun saya mengucapkan syabas kepada pihak penganjur Himpunan Aman Mahasiswa Prihatin (Skuad Mahasiswa PRIHATIN) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa 2010/2011 (MPM), serta seluruh mahasiswa yang tampil memberanikan diri hadir kehimpunan semalam. Saya berharap agar kita mengekalkan momentum ini dan terus bersama kami MPM untuk terus menuntut pembelaan terhadap 6 mahasiswa dan menuntut hak bersuara dan kebajikan kita. Kita sudah melangkah jauh kehadapan, jangan kita undur walau selangkah.

Mohd Firdaus bin Bakar.
Timb.Presiden II,
Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah 2010/2011,
Kolej Universiti Insaniah.

Sumber : klik

Isu KUIN : Wacana Khas Bersama Prof. Dr. Abdul Aziz Bari

Assalmualaikum Warahmatullah,

Dan Selamat Sejahtera,

Mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah mengizinkan Himpunan Aman Mahasiswa PRIHATIN  berjalan lancer dan jayanya. Allah menghimpunkan kita dibawah satu rahmat, himpunan yang penuh hikmah danberadab, tidak ada sebarang provokasi da ntindakan-tindakan yang mengganggu ketenteraman awam.


Jutaan tahniah diucapkan kepada semua sahabat-sahabat mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah kerana Berjaya hadir ke Himpunan Aman Mahasiswa PRIHANTIN, ini membuktikan bahawa mahasiswa Kuin hari ini celik dengan permasalahan yang berlaku dan membuktikan kepadapihak pentadbiran kolej bahawa mahasiswa Kuin hari ini adalah mahasiswa yang prihatin dan inginkan penyelesaian terhadap apa yang dituntut.
Himpunan semalammembuktikan kepada pihak pentadbiran kolej, bahawa mahasiswa Kuin hari ini matang dalam menyuarakan hasrat mereka. Walaupun himpunan aman semalam tidak mendapat kelulusan,  tetapi bagi kita mahasiswa, ini adalah hak kita, kita perlu menyatakan hasrat kita, apa bezanya himpunan Kuin dengan himpunan BERSIH dan sebagainya, BERSIH juga tidak mendapat kelulusan pihak polis, tetapi kenapa rakyat tetap bangkit menuntut hak mereka walaupun bakal berhadapan dengan gari dan penjara. Himpunan Aman Mahasiswa PRIHATIN juga begitu, tidak mendapat kelulusan bukan bermakna mahasiswa tidak boleh bersuara.Walaupun hukuman menanti dihadapan.Kita bukan mahasiswa yang pengecut dan mudah mengalah.

Paling mengecewakan semalam adalah sikap pentadbiran kolej yang tidak professional dalam menangani isu pelajar. Kenapa perlu menjemput dan melibatkan waris untuk berhadapan dengan isu ini. Dengan keadaan usia yang sudah mencapai umur  63 tahun, keadaan kesihatan yang tidak menentu, hidup sendirian tanpa orang yang disayangi disisi, boleh kita bayangkan apa yang ada dikotak fikiran ibu waktu itu. Bagi saya suatu tindakan kotor dan menjijikkan, kalau betul pentadbiran di pihak yang benar kenapa tidak tampil memberi penjelasan kepada pelajar.

Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian, di UniversitiSain Islam Malaysia (USIM), setiap bulan naib canselor USIM turun padang berhadapan denganpelajar-pelajar, dan mendengar permasalahan yang berlaku, inilah yang kita harapkan supaya wujud situasi seumpama ini di Kuin. Apa yang kita pasti pentadbiran Kuin takut untuk berhadapan dengan pelajar, kenapajadibegini? Sahabat-sahabat lebih bijak untuk menilai situasi ini.

Apa pun sayamengucapkan syabas kepada pihak penganjur Himpunan Aman Mahasiswa Prihatin (PRIHATIN,) dan MajlisPerwakilan Mahasiswa (MPM), serta seluruh mahasiswa yang tampil memberanikan diri hadir kehimpunan semalam. Saya berharap agar kita mengekalkan momentum ini dan terus bersama kami MPM untuk terus menuntut pembelaan terhadap 6 mahasiswa dan menuntut hak bersuara dan kebajikan kita.Kita sudah melangkah jauh kehadapan, jangan kita undur walau selangkah.
Timb.Presiden 2,
Assalmualaikum Warahmatullah,

Dan Selamat Sejahtera,

Mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah mengizinkan Himpunan Aman Mahasiswa PRIHATIN  berjalan lancer dan jayanya. Allah menghimpunkan kita dibawah satu rahmat, himpunan yang penuh hikmah danberadab, tidak ada sebarang provokasi da ntindakan-tindakan yang mengganggu ketenteraman awam.


Jutaan tahniah diucapkan kepada semua sahabat-sahabat mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah kerana Berjaya hadir ke Himpunan Aman Mahasiswa PRIHANTIN, ini membuktikan bahawa mahasiswa Kuin hari ini celik dengan permasalahan yang berlaku dan membuktikan kepadapihak pentadbiran kolej bahawa mahasiswa Kuin hari ini adalah mahasiswa yang prihatin dan inginkan penyelesaian terhadap apa yang dituntut.
Himpunan semalammembuktikan kepada pihak pentadbiran kolej, bahawa mahasiswa Kuin hari ini matang dalam menyuarakan hasrat mereka. Walaupun himpunan aman semalam tidak mendapat kelulusan,  tetapi bagi kita mahasiswa, ini adalah hak kita, kita perlu menyatakan hasrat kita, apa bezanya himpunan Kuin dengan himpunan BERSIH dan sebagainya, BERSIH juga tidak mendapat kelulusan pihak polis, tetapi kenapa rakyat tetap bangkit menuntut hak mereka walaupun bakal berhadapan dengan gari dan penjara. Himpunan Aman Mahasiswa PRIHATIN juga begitu, tidak mendapat kelulusan bukan bermakna mahasiswa tidak boleh bersuara.Walaupun hukuman menanti dihadapan.Kita bukan mahasiswa yang pengecut dan mudah mengalah.

Paling mengecewakan semalam adalah sikap pentadbiran kolej yang tidak professional dalam menangani isu pelajar. Kenapa perlu menjemput dan melibatkan waris untuk berhadapan dengan isu ini. Dengan keadaan usia yang sudah mencapai umur  63 tahun, keadaan kesihatan yang tidak menentu, hidup sendirian tanpa orang yang disayangi disisi, boleh kita bayangkan apa yang ada dikotak fikiran ibu waktu itu. Bagi saya suatu tindakan kotor dan menjijikkan, kalau betul pentadbiran di pihak yang benar kenapa tidak tampil memberi penjelasan kepada pelajar.

Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian, di UniversitiSain Islam Malaysia (USIM), setiap bulan naib canselor USIM turun padang berhadapan denganpelajar-pelajar, dan mendengar permasalahan yang berlaku, inilah yang kita harapkan supaya wujud situasi seumpama ini di Kuin. Apa yang kita pasti pentadbiran Kuin takut untuk berhadapan dengan pelajar, kenapajadibegini? Sahabat-sahabat lebih bijak untuk menilai situasi ini.

Apa pun sayamengucapkan syabas kepada pihak penganjur Himpunan Aman Mahasiswa Prihatin (PRIHATIN,) dan MajlisPerwakilan Mahasiswa (MPM), serta seluruh mahasiswa yang tampil memberanikan diri hadir kehimpunan semalam. Saya berharap agar kita mengekalkan momentum ini dan terus bersama kami MPM untuk terus menuntut pembelaan terhadap 6 mahasiswa dan menuntut hak bersuara dan kebajikan kita.Kita sudah melangkah jauh kehadapan, jangan kita undur walau selangkah.
Timb.Presiden 2,
Assalmualaikum Warahmatullah,

Dan Selamat Sejahtera,

Mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah mengizinkan Himpunan Aman Mahasiswa PRIHATIN  berjalan lancer dan jayanya. Allah menghimpunkan kita dibawah satu rahmat, himpunan yang penuh hikmah danberadab, tidak ada sebarang provokasi da ntindakan-tindakan yang mengganggu ketenteraman awam.


Jutaan tahniah diucapkan kepada semua sahabat-sahabat mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah kerana Berjaya hadir ke Himpunan Aman Mahasiswa PRIHANTIN, ini membuktikan bahawa mahasiswa Kuin hari ini celik dengan permasalahan yang berlaku dan membuktikan kepadapihak pentadbiran kolej bahawa mahasiswa Kuin hari ini adalah mahasiswa yang prihatin dan inginkan penyelesaian terhadap apa yang dituntut.
Himpunan semalammembuktikan kepada pihak pentadbiran kolej, bahawa mahasiswa Kuin hari ini matang dalam menyuarakan hasrat mereka. Walaupun himpunan aman semalam tidak mendapat kelulusan,  tetapi bagi kita mahasiswa, ini adalah hak kita, kita perlu menyatakan hasrat kita, apa bezanya himpunan Kuin dengan himpunan BERSIH dan sebagainya, BERSIH juga tidak mendapat kelulusan pihak polis, tetapi kenapa rakyat tetap bangkit menuntut hak mereka walaupun bakal berhadapan dengan gari dan penjara. Himpunan Aman Mahasiswa PRIHATIN juga begitu, tidak mendapat kelulusan bukan bermakna mahasiswa tidak boleh bersuara.Walaupun hukuman menanti dihadapan.Kita bukan mahasiswa yang pengecut dan mudah mengalah.

Paling mengecewakan semalam adalah sikap pentadbiran kolej yang tidak professional dalam menangani isu pelajar. Kenapa perlu menjemput dan melibatkan waris untuk berhadapan dengan isu ini. Dengan keadaan usia yang sudah mencapai umur  63 tahun, keadaan kesihatan yang tidak menentu, hidup sendirian tanpa orang yang disayangi disisi, boleh kita bayangkan apa yang ada dikotak fikiran ibu waktu itu. Bagi saya suatu tindakan kotor dan menjijikkan, kalau betul pentadbiran di pihak yang benar kenapa tidak tampil memberi penjelasan kepada pelajar.

Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian, di UniversitiSain Islam Malaysia (USIM), setiap bulan naib canselor USIM turun padang berhadapan denganpelajar-pelajar, dan mendengar permasalahan yang berlaku, inilah yang kita harapkan supaya wujud situasi seumpama ini di Kuin. Apa yang kita pasti pentadbiran Kuin takut untuk berhadapan dengan pelajar, kenapajadibegini? Sahabat-sahabat lebih bijak untuk menilai situasi ini.

Apa pun sayamengucapkan syabas kepada pihak penganjur Himpunan Aman Mahasiswa Prihatin (PRIHATIN,) dan MajlisPerwakilan Mahasiswa (MPM), serta seluruh mahasiswa yang tampil memberanikan diri hadir kehimpunan semalam. Saya berharap agar kita mengekalkan momentum ini dan terus bersama kami MPM untuk terus menuntut pembelaan terhadap 6 mahasiswa dan menuntut hak bersuara dan kebajikan kita.Kita sudah melangkah jauh kehadapan, jangan kita undur walau selangkah.
Timb.Presiden 2,

Isu Kuin: Sokongan dari Mahasiswa Nasional

Wednesday 27 July 2011

MPM dan Skuad PRIHATIN kesal Dengan Tindakan Pentadbiran



Penyertaan mahasiswa terhadap himpunan aman Mahasiswa PRIHATIN kali ini sekali lagi membuka mata pentadbiran kolej universiti Insaniah agar lebih peka dan prihatin dengan  isu kebajikan mahasiswa Insaniah.  Himpunan ini diadakan bagi mengangkat semula hak kebajikan mahasiswa yang dipandang sepi oleh pihak pentadbiran. Walaupun sebelum ini Himpunan Mega 11.1.11 telah diadakan, tetapi pihak pentadbiran masih bersikap sambil lewa dalam menangani kebajikan Mahasiswa malahan mahasiswa makin di bebankan dengan masalah kenaikan yuran berganda khususnya bagi pelajar yang ingin transfer subjek. Jika kita lihat dahulunya transfer 10 subjek hanya RM50 untuk satu borang tapi kini 1 subjek dicas RM100. Cuba kita bayangkan jika 10 subjek yang di ambil maka jumlahnya RM1000 terpaksa di bayar. Apakah ini dikatakan pentadbiran peka dengan kebajikan mahasiswa?





Semalam, sebelum bermulanya Himpunan Aman Mahasiswa Skuad PRIHATIN serta barisan MPM Insaniah mendapat tekanan dari pihak pentadbiran. Bermula dengan surat pekeliling yang berbaur ancaman untuk mengenakan tidakan tatatertib ke atas mahasiswa yang hadir himpunan aman,dan tidakan yang paling tidak professional pihak pentadbiran adalah dengan meminta ibu kepada Timbalan Presiden, Saudara Firdaus bin Bakar ke kampus sebagai umpan untuk melemahkan beliau selaku pemidato utama pada himpunan aman kali ini. 






Tetapi, setelah bertemu dengan ibu beliau sendiri, ibu beliau kelihatan cukup yakin bahawa anaknya berada dipihak yang benar dan menyokong pendirian anaknya walaupun telah digula-gulakan oleh pentadbiran. Begitu kagum sekali saya lihat, pendirian dan keyakinan seorang ibu yang cukup mengenali anaknya. 

Berkenan dengan kenyataan Ust Ghani Shamsuddin selepas Solat Zohor kelmarin, berkenan himpunan yang akan membahayakan kerajaan negeri, apabila himpunan ini di manipulasi oleh media untuk unsur-unsur politik. Skuad mahasiswa PRIHATIN dan Pihak MPM Insaniah  amat menghormati dan meraikan pandangan beliau sebagai ulama, namun dengan rendah hati pihak kami tetap dengan pendirian untuk mengadakan himpunan ini kerana pihak pentadbiran telah memekakkan telinga untuk mendengar suara mahasiswa. 


Malah himpunan ini tidak sedikit pun memberikan kesan kepada kerajaan negeri sekiranya kerajaan negeri bijak dan berhemah untuk berhadapan dengan suara-suara mahasiswa, malahan ini juga merupakan satu peluang untuk menunjukkan pada masyarakat luar kampus akan keadilan dan sikap berhemah Pakatan Rakyat dalam pemerintahan mereka. Kami berdiri di atas stand non partisan tanpa dipengaruhi mana-mana parti, hanya menyatakan suara mahasiswa kepada pentadbiran KUIN.

Berkenan dengan kenyataan media malaysiakini.com/news/171237 pula pada dua perenggan terakhir yang menyatakan


“Seorang jurucakap universiti tersebut, yang tidak mahu namanya disebut berkata, rektor telah menjemput wakil pelajar untuk membincangkan isu tersebut semalam, tetapi tiada seorang pun yang hadir.


Katanya, tiada tindakan yang akan diambil terhadap pelajar yang mengadakan bantahan hari ini, sambil menambah mereka mungkin telah dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang tidak puas hati dengan cara kerajaan Kedah untuk mentadbir negeri itu.’’  -Malaysiakini

Kenyataan ini sama sekali tidak benar. Mengapa? Kerana sebelum himpunan ini berlangsung, Prof Dato’ Wira Dr Jamil tidak berada di dalam kampus bahkan juga  tidak ada jemputan dari dato' untuk berbincang mengenai isu yang berlaku. 


Disini Skuad PRIHATIN bersama-sama barisan MPM Insaniah menegaskan setegas-tegasnya bahawa himpunan aman ini adalah perihal Pentadbiran Kuin dan Mahasiswa dan TIDAK ADA KAITAN  dengan unsur politik, kerajaan pentadbiran negeri Kedah mahupun pengaruh pihak tertentu seperti mana yang didakwa oleh pihak media.

Siswa kuin tuntut gugur hukuman

NONE


27 Julai 2011 : Kira-kira 300 siswa mengadakan perhimpunan aman Mahasiswa PRIHATIN di perkarangan speaker corner berhadapan pejabat Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah kerana membantah penggantungan lima siswa sekaligus menuntut pihak pentadbiran menggugurkan hukaman tatatertib yang dikenakan keatas mhasiswa tersebut. 






Himpunan yang berjalan secara aman ini  di kendalikan oleh Skuad Prihatin mengemukankan 4 tuntutan utama kepada pihak pentadbiran Kolej antaranya ialah menuntut hukuman 6 mahasiswa digugurkan,menuntut hak kebebasan bersuara,menuntut agar pihak pentadbiran lebih prihatin dalam menyelesaikan masalah kebajikan dan menuntut agar Diploma Tahfiz dikembalikan kepada pentadbiran KUIN. Peserta perhimpunan hari ini - yang memakai ikatan merah di kepala dan membawa plakad yang menuntut pihak pengurusan KUIN menimbang semula hukuman penggantungan dan denda itu.




Menurut Timbalan Presiden Saudara Firdaus Bakar, Himpunan ini tidak mendapat keizinan diperingkat HEP walaupun pihak MPM telah menghantar surat memohon izin.Namun begitu, himpunan ini tetap diteruskan setelah perbincangan di buat diperingkat pimpinan MPM kerana melihat kepentingan utama dalam memperjuangan nasib mahasiswa yang tertindas tidak diberi perhatian oleh pihak pentadbiran.

Pekeliling Ancaman

Tindakan pihak HEP yang  mengeluarkan surat pekeliling mengharamkan himpunan dan memberi ancaman untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada mahasiswa yang berhimpun adalah satu tindakan yang menunjukkan sikap autokratik dan tidak professional dalam menghadapi mahasiswa yang ingin bersuara secara aman,menggunakan kuasa untuk menyekat hak-hak dan kebebasan bersuara.Apatah lagi,bila Timbalan Rektor Prof.Zakaria Bin Man bertindak memanggil ibu Timbalan Presiden saudara Firdaus  Bakar tanpa pengetahuan beliau sebagai langkah untuk menghalang Saudara Firdaus Bakar  menjadi Leader dalam menjayakan himpunan aman ini,menggunakan ibu sebagai umpan untuk menjatuhkan moral beliau.


Tindakan Prof Zakaria Man mendapat kecaman daripada barisan pimpinan MPM dan seluruh mahasiswa yang hadir.

 Penyerahan Memorandom kepada wakil Rektor

Himpunan ini bermula dengan laungan asma’ul husna dan lagu Negaraku,seterusnya ucapan alu-aluan oleh pengerusi dan ucapan muqaddimah oleh Dr.Ali Sayyid Ash-Shimiy yang menasihati mahasiswa agar tenang dan bersabar,kemudian disusuli dengan pidato berantai oleh barisan pimpinan MPM dan persatuan kuliah iaitu Saudari Khairunnisa’ Mohammed,Saudari Mariyam Sa’ari, Saudara Rozaili Baharudin dan Saudara Firdaus Bin Bakar seterusnya ditutup dengan doa oleh pensyarah dari kuliah Usuluddin dan kemudiaan berarak ke hadapan pejabat Rektor untuk menyerahkan memorandom 4 tuntutan prihatin kepada wakil Rektor yang ada.Himpunan berjalan dengan aman dan berdisiplin tanpa  sebarang kerosakan dan provokasi seperti yang di anggap oleh pihak pentadbiran.

Himpunan Mahasiswa Prihatin




Ayuh kita jayakan 
HIMPUNAN AMAN MAHASISWA PRIHATIN.


Slogan kita hanya 1
"Mahasiswa sejahtera, Bebas bersuara"

Monday 25 July 2011

Kepimpinan Intelektual Mahasiswa : Satu Gagasan

KEPIMPINAN INTELEKTUAL MAHASISWA: SATU GAGASAN


Oleh MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS
tokawang_sufi@yahoo

Kepimpinan dan komuniti mahasiswa merupakan satu ikatan yang tidak dapat dirungkai. Dalam sejarah mahasiswa sendiri, kemunculan pemimpin mahasiswa tertentu begitu kuat mencorak perjuangan para mahasiswa di kampus. Menurut Mohamad Abu Bakar dalam artikelnya Kepimpinan dan Komuniti Mahasiswa, pemimpin adalah individu yang berprinsip, berinisiatif dan berfikiran tentang keperluan hidup berorganisasi sama ada dalam keadaan mencabar atau tidak mencabar. 

Sebenarnya, kekuatan gerakan mahasiswa bergantung kepada kekuatan pimpinan yang berkarisma dalam mengembleng tenaga-idea mahasiswa untuk memperjuangkan sesuatu isu. Perjuangan seseorang pemimpin dilatari dengan pengalaman dan pendidikan yang diperolehi oleh pemimpin tersebut. Universiti sendiri adalah gudang untuk melahirkan pemimpin-pemimpin pada masa depan.

Di universiti, bakat dan potensi diri diasuh agar diri mahasiswa tersebut lebih berprestatif dalam kepimpinan organisasi.Kepimpinan mahasiswa dikatakan lesu sejak kewujudan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada tahun 1971. Sebenarnya, kita tidak boleh menafikan AUKU telah memberikan impak negatif ke atas gerakan mahasiswa termasuk ke atas proses kepimpinan mahasiswa. AUKU telah menumpulkan sifat keberanian pimpinan mahasiswa dan menelurkan kesan psikologi yang negatif seperti pengantungan kepada pihak atasan dan bermentaliti subsidi. Keadaan bertambah teruk apabila pemimpin mahasiswa yang aktif selalu dilabelkan sebagai anti establishment. Oleh sebab itu, kebanyakan mahasiswa lebih selesa menjadi ulat buku atau menceburi aktiviti berfoya-foya di luar kampus.Kepimpinan mahasiswa sewajarnya tidak melihat AUKU sebagai alasan kelesuan gerakan mahasiswa pada masa kini. 

AUKU sendiri memberi ruang untuk mahasiswa aktif dalam aktiviti berpersatuan dan bermasyarakat. Mahasiswa perlu rasional bahawa suasana pada hari berbeda dengan suasana pada tahun 1970an dimana pada masa itu isu kemiskinan, kedaulatan Bahasa Melayu dan isu antarabangsa berada pada suhu yang hangat. Kini, interprestasi gerakan mahasiswa memerlukan satu anjakan paradigma. Mohamad Abu Bakar dalam artikelnya Kepimpinan dan Komuniti Mahasiswa memberi contoh yang amat menarik dimana para pemimpin mahasiswa Universiti Oxford melakukan satu demonstrasi bersifat intelektual dan rekreasi dengan mengadakan debat dan perlumbaan perahu secara tradisi dengan pemimpin mahasiswa Universiti Cambridge. Disinilah para pemimpin mahasiswa diuji dengan kemahiran berhujah, ketahanan mental, fizikal dan ketinggian ilmu pengetahuan.Dalam konteks Malaysia, penganjuran seminar atau program lawatan sambil belajar boleh dikatakan menguji potensi diri pimpinan mahasiswa. Para pimpinan mahasiswa perlu mengetahui kos kewangan, pemilihan tempat, publisiti dan sebagainya. Tanpa persediaan yang cukup dari segi mental, emosi dan fizikal, perjalanan program mungkin akan gagal. Dalam program seumpama ini, pembahagian tugas, kemahiran berkomunikasi dan kerjasama berkumpulan merupakan nadi kejayaan program. Untuk menguruskannya, para pemimpin mahasiswa perlu mempunyai ilmu-ilmu bantu yang bukan subjek pelajarannya di universiti dan pemimpin mahasiswa perlu merancang dengan teliti untuk menambahkan keberkesanan program.Dalam konteks masyarakat kampus pada hari, isu politik menjadi dominan padahal isu politik ada pasang surutnya bergantung pada sesuatu isu. Kita harus sedar, budaya intelektual lebih kekal dan serasi dengan suasana di kampus yang dianggap lembah keilmuan bahkan budaya intelektual boleh mempengaruhi suasana politik kampus dan nasional. 

Para pimpinan mahasiswa seharusnya mengambil peluang membangun dan memupuk sebuah aliran pemikiran atau School of Thought yang tersendiri. Menurut Mohamad Abu Bakar, para pemimpin mahasiswa boleh menjalankan aktiviti keilmuan yang membabitkan sebahagian mahasiswa dalam rancangan berfikir, berdiskusi, berdialog dan berseminar secara berkumpulan, kemudian mereka membentang dan menyebarkan fahaman mereka.Aliran pemikiran mahasiswa ini membolehkan mahasiswa berinteraksi dalam kerangka tersendiri walaupun membahaskan isu-isu luar kampus. Kekuatan aliran pemikiran yang tersendiri begitu terserlah semasa kewujudan Kelab Sosialis Universiti Malaya [KSUM]. KSUM mempunyai ideologi yang tersendiri begitu aktif memdiskusikan persoalan masyarakat, kampus, nasional dan internasional dalam ruang pemikiran sosialisme. Keberkesanan aliran pemikiran KSUM cukup mengkagumkan apabila kader-kadernya berjaya menguasai Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dengan penerapan idea sosialisme bahkan KSUM merupakan pembekal utama pimpinan untuk Parti Rakyat Sosialis Malaya (PRSM) dengan kehadiran Syed Hamid Ali dan Dr. Sanusi Osman.Sebenarnya, secara sedar atau tidak golongan mahasiswa Islamis juga mempunyai kumpulan pemikir tertentu semasa awal tahun 1980an. Kumpulan Islamis tersebut dikenali Kumpulan Republik Islam [RI] yang berpengaruh di Universiti Malaya. Pada peringkat awal, kumpulan ini dikenali kumpulan Enam Kerinchi yang terdiri daripada Mohamad Hussein, Mohd Taib Ahmad, Syed Putra Syed Ahmad, Mohd Fuad Zakarshi, Takiyuddin Hasan dan Azmi Ali telah mengagaskan idea kepimpinan ulama. Kumpulan RI berjaya menumpaskan proksi ABIM-PKPIM untuk memenangi kerusi kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya [PMIUM] pada tahun 1983. Kumpulan RI atau Kumpulan Universiti Malaya merupakan pembekal pemimpin-pemikir kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan menguasai kepimpinan PAS dengan kehadiran Husam Musa, Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan dan Mohd Taib Ahmad.Kekuatan pemikiran kumpulan Republik Islam begitu mantap dilakarkan dalam artikel Aliran Modenisme Dalam Islam oleh Azmi Ali, mahasiswa Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya. Kumpulan Republik Islam mengagaskan aliran pemikiran Islam yang syumul dan murni yang mengkritik keras pemikiran modernisme yang begitu berbahaya dan mengancam akidah Islam. Azmi Ali mengarahkan aliran pemikiran Islam Kumpulan RI iaitu ‘kembali kepada prinsip-prinsip asali Islam’ yang murni.Kini, trend pemikiran Islam menjadi dominan di kampus-kampus nasional selaras proses kebangkitan semula Islam pada awal tahun 1970an. Jika dulu, trend pemikiran di kampus dihayati oleh organisasi luar tetapi sekarang idealis organisasi luar menjadi ikutan para pemimpin mahasiswa. Oleh sebab itu, masyarakat, media massa dan kerajaan seringkali melabel pemimpin mahasiswa sebagai agen parti oposisi. Dari trend pemikiran berubah kepada ikutan penghayatan ideal politik parti oposisi menyebabkan para pemimpin mahasiswa diikat dan dibelenggu dengan isu-isu perjuangan parti oposisi. Kondisi ini menyebabkan gerakan mahasiswa sukar menjalankan aktiviti-aktiviti keilmuan di kampus.Para pemimpin mahasiswa kini seharusnya menghayati gagasan kepimpinan intelektual dan mempraktikkan dalam kehidupan amali di kampus dan luar kampus. Gagasan kepimpinan intelektual adalah gagasan berterusan dalam kehidupan kampus bukannya protes politik. Walau bagaimanapun, tuntutan-tuntutan sosial dan politik yang lain perlu juga diambil perhatian dan diterjemahkan gagasan kepimpinan intelektual dalam persoalan tersebut. Contoh, dalam isu kemiskinan, para pemimpin mahasiswa bergayakan gagasan kepimpinan intelektual menyediakan penyelesaian melalui kertas cadangan, debat, khidmat masyarakat dan memorandum kepada pihak berkenaan. Penyelesaian perlu dicari dengan suasana kondusif dimana kaedah demonstrasi jalanan dilihat kurang berkesan kerana mahasiswa dan masyarakat Malaysia sekarang berada dalam keadaan selesa sehingga sukar untuk kebanyakan mahasiswa dan rakyat turun ke jalanan untuk memprotes pihak berkenaan. Kepimpinan intelektual mahasiswa perlu mengarap fahaman dan ideologi, mengolahnya dan kemudiannya berusaha melaksanakan objektif yang terkandung dalam ideologi tersebut. Peringkat pencambahan minda ini boleh dimulakan dengan pendiskusian buku Risalah Untuk Kaum Muslimin, karangan Syed Naquib al Attas yang cukup bernas membicarakan persoalan aliran pemikiran moden pada hari ini. Sebagai cadangan, buku ini perlu dijadikan bahan bacaan wajib bagi pemimpin mahasiswa. Asahan minda cukup bermaya jika disuntik dengan perdebatan ilmiah yang mencetuskan idea baru atau menyelesaikan polemik yang sedia ada. Gagasan kepimpinan intelektual mahasiswa yang dihangatkan oleh Mohamad Abu Bakar ini perlu diambil cakna oleh para pemimpin mahasiswa pada hari ini. Mandat besar yang diperolehi oleh parti pemerintah membuktikan rakyat Malaysia belum berkeyakinan melakukan perubahan dan masih berkeinginan berada dalam zon selesa. Oleh sebab itu, kaedah demonstrasi bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan isu-isu kampus, nasional atau internasional. Para pemimpin mahasiswa perlu menterjemahkan suara intelektual dalam seminar, forum atau penulisan dalam akhbar dan majalah. Penulisan dalam media massa sendiri merupakan kaedah alternatif yang paling murah dan berkesan untuk mengerakkan pemikiran mahasiswa dan masyarakat massa. Keberkesanan ini terbukti apabila kaum muda yang dipelopori oleh Syed Sheikh al Hadi berjaya menyebar-luaskan idea Islah kaum muda melalui akhbar al Iman.Sebagai konklusi, penulis memetik pendapat Mohamad Abu Bakar dalam artikelnya Falsafah Perjuangan Mahasiswa menyatakan pergerakan mahasiswa seumpama air dari gunung yang mengalir, kadangkala mengalir deras kadangkala perlahan. Air yang mengalir diserap masuk ke dalam tanah dan pada satu masa nanti ia akan keluar dari tanah. Perumpamaan ini mengambarkan perjuangan gerakan mahasiswa terutamanya dalam isu politik ada pasang-surutnya. Suasana dan isu semasa banyak mempengaruhi hala tuju gerakan mahasiswa tetapi pembudayaan intelektual merupakan hala tuju hakiki dan berterusan bagi gerakan mahasiswa di kampus selaras dengan peranan universiti sebagai taman keilmuan.

Sumber : klik

Sunday 24 July 2011

Dua lagi Mahasiswa KUIN di gantung??


GEMPAR..!!  Dataran PRIHATIN,  24 Julai 2011,sesi  second speaker corner bergema lagi menyaksikan Kolej Universiti Insaniah bergegar lagi dengan  laungan keramat berbunyi “hidup - hidup mahasiswa !” dilaungkan oleh lebih sekitar 50 mahasiswa dari kumpulan Mahasiswa Prihatin.

















Sejurus tiba d, kumpulan tersebut berkumpul dan berarak ke medan rapat umum sambil melaungkan “hidup-hidup mahasiswa” dan laungan itu memberi kejutan besar kepada seluruh warga KHAR dan KUO serta disambut oleh kumpulan Pimpinan Bitara.
Menurut sumber yang dilaporkan, kira-kira lebih 100 penyokongPimpinan Bitara berbaju biru berada di tempat rapat umum tersebut bertembung dengan lebih 300 mahasiswa terdiri dari penyokong MP dan LMP yang membawa 'gelombang kuning.'
Dalam pada itu, beberapa insiden kecil telah berlaku dan hampir mencetuskan pergaduhan antara kumpulan Pimpinan Bitara sebaik sahaja kumpulan MP dan LMP tiba di medan rapat umum tersebut.
Menurut saudara Zahar “ kita telah melihat sifat dan perilaku buruk kumpulan mereka (PB) yang dikatakan berpegang dengan nilai bitara, semua mahasiswa boleh menilai mereka yang mengaku kononnya membawa nilai bitara berbanding kumpulan MP dan LMP. Kita yakin dan percaya, mahasiswa UPSI tidak buta untuk menilai kumpulan ini.”