Labels

Saturday 13 October 2012

HANYA 19 % MAHASISWA TURUN MENGUNDI PRK :HEP TENTU BANGGA DAPAT MANDOMKAN MAHASISWA



HEP pasti antara yang paling berbangga apabila mereka telah berjaya mengawal mahasiswa KUIN agar menjadi lembab dan tak ada proaktif dalam menentukan halatuju kepimpinan pelajar sekarang. Ini terbukti pada keputusan pilihanraya PRK KUIN yang mencatatkan peratusan keluar mengundi paling teruk.

Menjadi rekod dan catatan sejarah semenjak KUIN ditubuhkan peratus mahasiswa KUIN yang keluar mengundi semasa PRK baru-baru ini hanya 19 % sahaja

Inilah hadiah dan sumbangan Dekan dan timbalan-timbalan Dekan yang baru menerajui  Jabatan Pelajar KUIN. Walaupun mereka dikatakan ada pengalaman yang banyak di Al Azhar dan UIAM namun ia hanyalah kisah sejarah sahaja.

Bagi HEP mungkin sebagai suatu yang mencapai matlamat namun bagi mahasiswa ia adalah suatu musibah yang sedang melanda mahasiswa KUIN. Dengan cengkaman seperti mahasiswa kebudak budakkan pasti akan memberikan kelebihan kepada HEP untuk menyekat suara mahasiswa.

HEP mungkin takut dengan speaker corner dan demonstrasi di kalangan pelajar kerana HEP sedar bahawa banyak kebajikan mahasiswa digadaikan hanya kerana keperntingan periuk nasi dan jawatan . Mereka akan berusaha menaikkan secara terancang pelajar yang dapat memberikan kerjasama penuh kepada HEP.

Sunday 7 October 2012

MARI VOTE "STUDENT UNTUK STUDENT" BUKAN "STUDENT UNTUK PENTADBIRAN KUIN"

MOHD NAIM : BENARKAH BELIAU CALON PENTADBIRAN ?
8 Oktober - STUDENT POWER... STUDENT SAKTI.... laungan keramat ini hampir hilang dalam dunia pelajar KUIN. Mari beramai-ramai semua mahasiswa KUIN turun vote calon yang tidak menyebelahi pihak HEP dan Pentadbiran 

Sangat pelik dan terancang Pilihanraya KUIN tahun ni.Cuba intai  apa yang berlaku di dalam KUIN. Adakah proses penamaan calon dan pembuangan undi PRK tahun 2012 ini adalah satu perancangan dari Pentadbiran KUIN ;
- Tiada promosi dibuat untuk menggalakkan pelajar KUIN berlumba-lumba untuk menjana karisma kepimpinan mereka. Yang ada hanyalah iklan yang ditampal pada papan iklan yang langsung tidak efektif.
- Jika aktiviti lain seperti majlis raya , berbuka puasa , pesta konvo ,pentadbiran boleh buat iklan banner besar digantung sana sini, kenapa kempen PRK KUIN tidak dibuat banner sedemikian.
-Pemakluman tentang PRK kepada pelajar lambat dan terhad seolah-olah macam sengaja tak mahu PRK dijadikan medium mahasiswa menentukan idealisme mahasiswa seperti di IPTA.

CALON PENTADBIRAN DALAM MPM 2013

Mahasiswa Prihatin setelah intipan dibuat mendapati calon Mohd Naim sengaja dinaikkan oleh HEP dengan terancang supaya beliau dilantik sebagai Presiden MPM yang baru bagi memudahkan kerja HEP mengawal kebangkitan pelajar . Ceritanya begini :
- Naim pada asalnya disuruh oleh rakan seperjuangannya untuk masuk bertanding , namun naim acuh tak acuk, sekejap menolak dan sekejap mahu dan akhirnya naim tidak masuk bertanding pada pencalonan  kali pertama.
- Tiba-tiba HEP membuka pula pencalonan kali kedua pada tahun ini apabila terdapat kerusi yang tak penuh. Kenapa pada tahun lalu terdapat kerusi kuliah yang masih ada kekosongan namun tak ada pun pencalonan kali kedua ? kenapa tahun ini tiba-tiba ada pula pencalonan kali kedua ?
- Inilah yang dikatakan perancangan dan strategi. Apabila dibuka kali kedua 'orang-orang' tertentu di dalam HEP telah mencaturkan untuk menaikkan naim sebagai presiden MPM bagi memudahkan tugasan mengawal gerakan pelajar KUIN. Orang-orang tertentu mencadangkan nama naim untuk bertanding sedangkan  sebelum ini naim pernah menolak permintaan rakannya yang meminta untuk naim bertanding.
- Persoalannya kenapa apabila rakan meminta untuk bertanding ditolak naim, namun bila HEP berikan dorongan dan sokongan untuk naim bertanding, terus naim mengisi borang dan menjadi calon PRK KUIN. 
- Kenapa naim dipillih HEP ? Kerana bermula episod isu 5 OKT , naim adalah pemberi maklumat dan banyak bekerjasama untuk menyekat gerakan dan kebangkitan mahasiswa yang ketika itu dipimpin oleh faiz , mantan presiden MPM yang pernah dihukum gantung semester pengajian.
- Jika pembaca tidak percaya , tunggulah keputusan pilihanraya ini. Jika namin menang , sudah barang pasti naim akan diangkat oleh HEP sebagai Presiden MPM yang baru. Inilah yang dikatakan perancangan yang terancang.


HAMBARNYA PRK MENGUNTUNGKAN HEP
Suasana PRK tahun ini amat hambar seolah-olah tiada PRK 2012/2013:
- hari penamaan calon tiada sambuutan hingga kerusi yang dipertandingkan banyak kosong dan calon diiystiharkan menang tanpa bertanding.
-Malam rapat umum , amat lengang seperti tiada apa-apa berlaku di KUIN
- Hari pengundian bilangan pelajar keluar mengundi merosot dan mereka terpaksa dipanggil untuk turun mengundi.

Pentadbiran perlu ingat , jika dahulu skuada prihatin turun berdemo dan membantah hal kebajikan pelajar yang di abaikan. 

Kini apa  yang berlaku adalah SILENT PROTEST tanda mahasiswa sudah muak dengan cara pentadbiran melayan pelajar. cengkaman pentadbiran kepada pelajar tidak membangunnkan pelajar bahkan hanya demi keuntungan pentadbiran sahaja. 

"BIAR PELAJAR MANDOM TIDAK MENGAPA ASAL JANGAN LAWAN DAN KRITIK PENTADBIRAN"

Saturday 6 October 2012

HEP BUKA PENCALONAN KALI KEDUA HANYA UNTUK NAIKKAN CALON MEREKA "CALON PENTADBIRAN"

BENARKAH INI CALON PENTADBIRAN YANG DIHEBOHKAN DI KALANGAN MAHASISWA. JIKA BENAR JANGAN BIARKAN MAHASISWA DIKONGKONG OLEH PENTADBIRAN DAN HEP

Pilihanraya Kampus KUIN tahun lalu menyaksikan mainan kotor Timbalan Rektor Dr Wan Sulaiman yang mencampuri urusan pemilihan presiden MPM. Dr Wan seolah-olah takut lahirnya orang seperti Faiz dan Aiman, lantas terus memasuki mesyuarat kali pertama MPM tahun lalu bagi memastikan calon pentadbirann menang dan dipilih sebagai Presiden.

Tahun ini taktik yangsama digunakan namun caranya sahaja berbeza. Mellihat kepada sambutan yang hambar terhadap PRK tahun ini bahkan ada pelajar yang langsung tak tahu bahawa ada pencalonan bagi PRK kerana kurangnya publisiiti daripada HEP.

Pada tahun ini, pencalonan dibuka sebanyak dua kali kerana pada pencalonan kali kedua wakil ini 'orang HEP' diarahkan oleh orang-orang akademik dalam HEP untuk bertanding dan memastikan bahawa 'orang pentadbiran' akan terus menerajui kepimpinan pelajar. Oleh itu amat mudahlah HEP untuk menyusun atur dan membuatkan aktiviti mahasiswa seperti kebudak-budakan.

CENGKAMAN HEP JADIKAN MAHASISWA BEKU DAN JUMUD


Kerusi yang tidak hangat dalam Pilihanraya Kampus INSANIAH pada tahun ini menandakan mahasiswa sudah muak untuk meletakkan diri mereka sebagai calon dalam PRK. Menjadi exco MPM ibarat menjadi orang suruhan HEP. Inilah luahan kebanyakan mahasiswa INSANIAH yang rata-rata tidak berminat untuk menyertai PRK juga isyarat tidak berminat menjadi lembu yang dicucuk hidungnya.

Pihak HEP perlu menyedari hal dan keadaan ini bahawa mahasiswa tidak mahu diperkotak katikkan oleh HEP hanya kerana kehendak HEP idelisme mahasiswa dibunuh. Kepimpinan mahasiswa ibarat sekolah rendah

Mungkin Dekan HEP tidak pernah terlibat dengan gerakan mahasiswa semasa belajar dahulu atau pengalaman hidup dahulu dan kini perlu dinilai semula.

Kembalikan kegemilangan mahasisaw yang berani dan innovatif bukan jumud dan beku

Wednesday 12 September 2012

KENAIKAN YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA: ANTARA KETAKUTAN MAHASISWA KUIN DAN KEBERANIAN MPM KUIS

Kami terbaca artikel hari ini di mahasiswa.net mengenai mem sebuah gerakan diberi nama Demi Mahasiswa KUIS (DMK) akan mengadakan sidang media mengenai penyerahan referendum mahasiswa kepada Redha Resources Sdn. Bhd (RRSB) di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) bagi menyerahkan referendum kepada YB Sulaiman Abdul Razak (gambar bawah) di pejabat pentadbiran RRSB di Shah Alam.

Referendum ini berkaitan bantahan mahasiswa terhadap harga yuran asrama Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang telah membebankan mahasiswa sebelum ini.

Pada Khamis ini DMK juga akan mengadakan sudut pidato yang bertajuk "Hentikan Kezaliman Kepada Mahasiswa" bagi memberi penerangan kepada mahasiswa terhadap skandal yuran asrama dikenakan cas yang mahal.

Sudut pidato ini akan dihadiri beberapa aktivis mahasiswa iaitu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)  Muhd Safwan Anang, Ketua Koordinator DMK Azrul Tahir, Ketua Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli dan mantan Pengerusi SMM Syazni Munir Ithnin.  
Redha Resources Sdn. Bhd. dimiliki oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Selongor YB Sulaiman Abdul Razak. Beliau memiliki 50% saham syarikat RRSB dan isterinya pula 6%.

DMK sebelum ini pernah mengadakan dialog bersama mantan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor Rafizi Ramli yang mendedahkan terdapat penyelewengan dalam konsesi pembinaan dan penyewaan asrama KUIS oleh RRSB pada tahun 200
orandum BANTAH yang bakal

Jika begitu kebangkitan mahasiswa di KUIN ,. amat malanglah jika dibandingkan dengan mahasiswa KUIN yang sentiasa dibayangi oleh ketakutan HEP dan pengawal-pengawal yang tak nampak di KUIN.

Ayuh bangkitlah mahasiswa KUIN dari ketakutan. Kenaikan yuran dan pelbagai isu kebajikan yang tidak diselesaikan dek kerana kepimpinan pelajar yang diikat daya kepimpinan oleh HEP. Pedulikan MPM atau kita akan hantar calon yang lebih matang dan berani di dalam PRK yang bakal berlangsung dalammasa yang terdekat ini.

Tuesday 4 September 2012

KESEDIHAN UKHUWWAH APABILA SAHABAT SEPERJUANGAN TAHFIZ DISISIH

Menyentuh mengenai cerita sahabat-sahabat tahfiz yang telah ditahan reman selama beberapa hari kerana mempertahankan maqosid syari'ah iaitu pencerobohan harta, lantas dengan takdir apabila si pencuri yang juga adalah penagih dadah tegar dibelasah lalu meninggal dunia di hospital. Kisah ini boleh layari akhbar tempatan seperti SINAR HARIAN (KLIK DI SINI)

Namun apa yang sedihnya mahasaiswa prihatin melihat seolah-olah Majlis Perwakilan Pelajar langsung tak memikirkan hal sahabat-sahabat yang masih bernaung di bawah KUIN walaupun mereka belajar di Maahad Tahfiz Yayasan.

Bukankah di dalam MPM pun ada perwakilan dari kerusi tahfiz yang membuktikan kuatnya hubungan dengan pelajar tahfiz. 

sebahagian mereka memberi sokongan padu kepada 5 OKT
Kalau iya pun MPM tahun ini tak suka berdemo kerana mereka banyak memberi sokongan kepada 5 OKT, tetapi ingat !!!! mereka adalah saudara kita yang teraniya.
 

Mana janji MPM nak bela mahasiswa

Mana janji MPM nak jaga kebajikan mahasiswa

Mana janji MPM nak membantu mahasiswa

Semua janji ini kita aakan dapat lihat dalam kempen pilihanraya kampus , namun selepas pilihanraya , masing-masing menjaga glamourity dan kepentingan sendiri.

malang sungguh kepimpinan yang dilahirkan KUIN ini. Hanya tunduk pada satu kuasa tanpa gagal mengukur bakat dan nilai kepimpinan yang Allah berikan.

Keluarlah dari belenggu ikatan taklid, ikutan, ditarik hidung. Bina prinsip teguh, berani bangun demi mahasiswa. Punya karisma dan nilai kepimpinan terulung.

Turunlah padang. Exco Kebajikan terus hilang. 

Kita nilai sendiri

Wednesday 18 July 2012

APA PENDIRIAN MAHASISWA DENGAN ISU KELAB MALAM DI KEDAH

Tumbuh bagai cendawan kelab-kelab malam di dalam negeri Kedah. Semasa pemerintahan kerajaan dahulu kita dengan lantang mengkritik kemungkaran yang di relakan Kerajaan Barisan Nasional. Namun apabila pemerintahan Kedah bertukar tangan , nampak gayanya tiada beza, lesen hiburan diberikan tanpa ada sekatan. Anak muda kelihatan menggunakan kesempatan bagi berhibur tanpa Iman.

MPM dansemua pimpinan persatuan perlu buktikan kepimpinan mahasiswa KUIN. Jom kita hantar nota bantahan tanda sayangkan Kerajaan Kedah . Jangan berdiam diri. Ubah minda, keluar dari keppompong ketakutan seorang pemimpin. Jangan kita hanya sibuk dengan urusan dalaman tanpa menjenguk keluar minda terhadap kemelut masyarakat sekitar.

Mahasiswa hebat ialah yang yang mampu menilai dan memberi bantuan dan teguran terhadap Kerajaan.

MPM DAN PERSATUAN PELAJAR PERLU BANGKIT

Pihak mahasiswa perlu bangkit dalam menelusuri kemelut dalaman KUIN. Apa yang telah diperjuangkan oleh Faiz Arsyad  dan 5 OKT pada tahun lalu ada kebenarannya kerana kini , giliran kakitangan KUIN bangkit menentang penindasan pentadbiran KUIN kepada warga KUIN.

Presiden dan exco MPM perlu melakukan anjakan paradigma keluar dari belenggu ketakutan. Ilmu bbukan hanya di dalam kuliah dan di helaian buku, namun ilmu juga adalah pengalaman dan perjuangan.

Setiap tinta ilmu yang kita perolehi akan disoalkan oleh Allah , kemanakah kita praktikkan. Oleh itu marilah semua pimpinan pelajar kita bergabung tenaga untuk menentang peindasan.

Ilmu tanpa amal ibarat jasad tanpa ruh. Hayati dan renungnilah

Wednesday 4 July 2012

TAHNIAH KAKITANGAN KUIN KERANA BERANI MELEBIHI MAHASISWA

Hidup, hidup.. hidup kebenaran     Undur,undur..undur Jamil. Wooow , saya amat kagum sungguh dengan keberanian yang ditunjukkan barisan kakitangan Insaniah yang sangat berani dengan lantang mendesak Rektor Insaniah meletak jawatan

Seingat saya keberanian ini melebihi mahasiswa dan MPM yang masih lagi dirundung ketakutan dan takut 'orang kata' . Kita mahasiswa haru keluar dari kepompong ini agar menjadi MAHASISWA PROFESIONAL'

Peristiwa demo staf yang lebih dikenali sebagai "HIMPUNAN AMAN BERSIH KUIN 2.0" pada 3.7.12 mengingatkan saya kepada HIMPUNAN MEGA MAHASISWA KUIN pada 11.1.11. Persamaanya kedua-dua himpunan ini berlaku pada hari yang sama (Selasa). Mahasiswa warna tema protes ialah Merah Hitam manakala kakitangan KUIN warna Putih.

Dalam himpunan mega siswa Dato Rektor berjanji akan selesaikan banyak masalah, tapi hanyalah gulu-gula kepada pelajar dan kebanyakan tuntutan hingga kini belum selesai.

Dato Rektor Prof Jamil hingga memberikan no telefonnya kepada semua pelajar di dalam dewan , jika tak puas hati telefon hensetnya. Mungkin kakitangan KUIN pun kalau demo tak berkesan , kena banyak hantar sms dan telefon dato Jamil rasanya, No Dato Rektor , kami masih simpan , kalau Dato tak tukar inilah nombornya 0162382340

Any way , cong.. to all KUIN staff. ,

LAWAN TETAP LAWAN

Monday 25 June 2012

JANGAN JADIKAN PELAJAR SEBAGAI MANGSA KRISIS DALAMAN KUIN


Gerakan Mahasiswa Prihatin amat kesal dengan tindakan Rektor KUIN yang terus menaikkan yuran dan langsung tidak mengendahkan pandangan dan pendapat orang lain. Kenaikan pelbagai yuran kepada pelajar adalah suatu penindasan kerana menjadikan pelajar sebagai mangsa kepada krisis kewangan dan dalaman KUIN.

Walaupun pelajar tidak boleh masuk campur dalam urusan pentadbiran namun pelajar juga perlu bersuara jika tempias krisis ini terpalit kepada pelajar. Krisis kewangan yang ada kaitannya dengan pengurusan kewangan anak – anak syarikat KUIN seperti Insan Holding dan Insan Medik adalah antara punca kemelut dalaman KUIN .

Berikutan krisis tersebut beberapa tindakan menjadikan pelajar sebagai mangsa seperti berikut :
1.       Menaikkan yuran dari RM60 hingga RM200 per/jam kredit
2.   Mengenakan caj RM25 kepada pemohon baru yang ingin menyemak status permohonan kemasukan ke KUIN, sedangkan IPT lain hanya mengenakan caj kepada permohonan masuk sahaja bukan semakan permohonan
3.    Mewajibkan pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pelajar baru di Insan Medic dan caj dikenakan sangat melampau dari RM150 sehingga RM250, sedangkan pelajar boleh melakukan di klinik luar dengan hanya caj RM 20 hingga RM 50 sahaja.
4.    Terbaru , ura-ura kemungkinan yuran penginapan pelajar pun akan dinaikkan kepada RM675 per/semester sedangkan sebelum ini hanya RM350. Selalunya kenaikan yuran tidak membawa perubahan yang banyak kepada kemudahan pelajar di asrama.

PRIHATIN membantah sekeras-kerasnya semua tindakan kenaikan yuran yang amat mendadak. Sebelum ini pun yuran pentadbiran dan asrama dinaikkan kepada pelajar lama , namun apabila kita membantah , pentadbiran memberi alasan kenaikan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengajian dan penginapan kepada pelajar. Itu hanyalah sekadar retorik, kemudahan yang ditunggu tidak seperti dijanjikan sehingga mencetuskan demonstrasi bantahan pelajar yang dianjurkan PRIHATIN sendiri.

Sehubungan itu PRIHATIN mendesak agar Dato’ Jamil Osman , Rektor KUIN lebih bertanggungjawab dengan semua krisis yang ada dan membuat semakan semula semua kenaikan yuran yang bakal dikenakan kepada pelajar baru dan lama. Jika Rektor KUIN terus memperlekeh suara PRIHATIN, maka tidak mustahil PRIHATIN  akan mencetuskan satu lagi siri demonstrasi yang lebih dasyat berikutan masalah kebajikan turut menular di kalangan staf KUIN.

Mahasiswa KUIN semakin matang dan berani, apatah lagi selepas 5 pelajar yang digantung KUIN tahun lalu menang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam mencabar keputusan jawatankuasa tatatertib KUIN.

Sehubungan itu Rektor perlu bertanggungjawab dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan krisis kewangan KUIN dengan bukan hanya melihat pelajar sebagai sasaran. Oleh itu jangan biarkan ‘jerung kenyang dan terlepas’ berlaku di dalam KUIN. Anak-anak syarikat KUIN sebenarnya yang perlu menjana kewangan bagi membantu KUIN , selain KUIN perlu meneroka bidang perniagaan yang lebih global di peringkat antarabangsa.

PRIHATIN adalah merupakan pertubuhan pelajar yang prihatin dalam membela  agar kebajikan pelajar KUIN diberikan keutamaan.

Mohd Mus'ab Bin Habib

Jurucakap GERAKAN MAHASISWA PRIHATIN KUIN

Thursday 31 May 2012

MAHASISWA PRIHATIN SANGKAL PEMBOHONGAN SETPOL MB KEDAH


KENYATAAN RASMI MENJAWAB PEMBOHONGAN DAN FITNAH
SANUSI MD NOR  SETPOL MB KEDAH

Di dalam Blog Sanusi Setpol MB Kedah, buat kali yang kesetrusnya Setpol MB terus membohongi rakyat Kedah di atas kepincangan Kerajaan Kedah mengawal pembangunan pelajar dan akademik di Insaniah.
Kami barisan mahasiswa prihatin yang bertanggungjawab dalam kezaliman yang dilakukan kepada 5 mahasiswa yang digantung sehingga kami membawa kes ke mahskamah apabila ditolak KUIN untuk kami cadangkan perdamaian di luar mahkamah. Alhamdulillah Allah bersama pihak yang benar, walaupun kami adalah orang kuat pakatan rakyat dan juga mendapat penganiyaan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat.

JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG PERTAMA

Beliau berkata  : “Tidak campurtangan dalam soal pentadbiran institusi/ jabatan yang mempunyai prosedur dan peraturan tetap yang selari dengan kehendak undang-undang yg sedang berkuatkuasa- termasuk dalam kes KUIN...ini juga sebahagian intisari Buku Jingga.”

Jawapannya:
-          Keputusan menjatuhkan hukuman kepada 6 orang mahasiswa ( 1orang didenda dan 5 orang digantung) dibuat keputusan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kedah  (Bukti – sila lihat lampiran 1)
Lampiran 1 : bukti MB campurtangan
-          Selepas berlaku demonstrasi , MB Kedah , juga dalam mesyuarat lembaga Pengarah yang dipengerusikannya  telah memutuskan supaya mengeluarkan Diploma Tahfiz Al Quran dari KUIN dan diletakkan di bawah Yayasan Islam Kedah.
-          Sanusi Setpol  MB sendiri memanggil kami dan wakil pelajar yang digantung ke wisma di Pejabat MB untuk menyelesaikan isu tindakan tatatertib KUIN. Tindakan memanggil oleh seorang yang berjawatan kanan dengan MB Kedah dan lokasi dilakukan di Pejabat MB Kedah membuktikan penglibatan kuasa MB Kedah
Ulasan
-          Ini hanya sebahagian penyataan yang membuktikan penglibatan MB Kedah dalam campurtangan dalam soal pentadbiran institusi/ jabatan yang mempunyai prosedur dan peraturan tetap yang selari dengan kehendak undang-undang yg sedang berkuatkuasa- termasuk dalam kes KUIN
-          Begitu juga apa yang sedang menjadi krisis kini masalah gaji dan kenaikan elaun staf KUIN  juga diputuskan oleh MB Kedah

JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG KEDUA

Beliau berkata  : “ Peraturan/ Akta yang terpakai di KUIN bukanlah AUKU yang dinyatakan dalam Bukun Jingga akan dihapuskan bila PR menjadi kerajaan, tetapi adalah undang-undang berikut
i.                    Private Higher Education Institutions Act 1996 (ammended 2009).
ii.                  Perlembagaan KUIN
iii.                Kaedah2 Tatatertib Pelajar 2007. Kesemua akta dan undang2 ini tidak tersenarai dalam undang2 yg akan di hapuskan bila PR menjadi kerajaan. Maka KUiN dan MB tidak menyalahi sebarang kehendak buku itu.”

JAWAPAN
-          Pakatan Rakyat melawan AUKU bukan kerana namanya  tetapi kerana intipatinya yang dapat menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara. Ini bercanggah dengan prinsip pakatan rakyat. Datanglah apa nama sekali pun walaupun bukan AUKU tetapi isinya sama dengan AUKU tetap menjadi suatu pertentangan dengan agenda pakatan rakyat.
-          Jika pun kalau dikatakan perkara (i), (ii) dan (iii) tidak boleh diubah dan ia diguna pakai di KUIN , semestinya budi bicara dalam menyelesaikan masalah boleh digunakan. Budi bicara ini bukan berti ikut sesuka hati tetapi  berdasarkan semangat dan ikatan janji pakatan rakyat memberikan peluang kepada anak muda menyuarakan pandangan .


JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG KETIGA

Beliau berkata :  Asas yang mencetuskan demontrasi pelajar di Masjid Sultanah dan asrama Al- Razi adalah satu tuduhan dan sangkaan yang tidak benar - Bathil- tidak ada sebarang arahan dan tindakan daripada pentadbiran KUIN supaya bangunan asama itu dikosongkan oleh pelajar tahiz untuk beri laluan kepada smart school. Sebaliknya bangunan itu dikosongkan oleh ITM kampus kota (city campus) yg berpindh ke lokasi lain.

JAWAPAN
-          Kenyataan Sanusi mengatakan tiada sebarang arahan dan tindakan daripada pentadbiran KUIN supaya bangunan asama itu dikosongkan oleh pelajar tahiz untuk beri laluan kepada smart school adalah suatu PEMBOHONGAN dan  PENDUSTAAN  secara terang oleh Sanusi dan ini hanya sebagai jarum politik untuk menutup kelemahan MB Kedah dalam mentadbir KUIN.
-          Buktinya Surat arahan  pentadbiran KUIN supaya bangunan asama itu dikosongkan oleh pelajar tahiz untuk beri laluan kepada smart school telah dikeluarkan pada 14 November 2010 , no rujukan surat 102/2006 (50) ditujukan kepada Pengetua Asrama dan ditandatangani oleh Abd Latif Bin Din, Bendahari KUIN. Tajuk surat tersebut ialah PENGOSONGAN BLOK A KOLEJ KEDIAMAN AL RAZIY. Isi kandungannya ialah pengosongan untuk digunakan oelh Sekolah Bersepadu Islam (Smart School).
(Sila lihat surat lamppiran 2)
Lampiran 2 : bukti KUIN usir pelajar untuk kegunaan Semart School
-          Tiada langsung bukti dan arahan pengosongan untuk tujuan kegunaan ITM Kampus Kota

JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG KEEMPAT

Beliau berkata  : Gangguan yang berterusan melalui beberapa siri demontrasi, penyalahgunaan spreaker corner, kenyataan media, dan memfitnah pihak pentadbiran dalam soal urusan urustadbir universiti tidak sewajrnya diangkat sebagai agenda perjuangn mahasiswa. Pelajar memohon masuk ke KUiN untuk menjadi pelajar, bukan sebagai pentadbir.

JAWAPAN
-          Kenyataan yang diberikan oelh Sanusi adalah kenyataan yang menggambarkan ketakutan sebuah Kerajaan berhadap denga suara mahasiswa , dan kenyataannya adalah persis kenyataan pimpinan BN yang takutkan mahasiswa.
-          Apa sahaja persoalan yang ditimbulkan mahasiswa walaupun sekecil mana pun , itulah suara rakyat dan tidak boleh dinafikan.
-          Pelajar KUIN masuk KUIN memanng untuk belajar , tetapi bukan hanya untuk mendapatkan segulung sijil. Ilmmu yang dipelajari perlu diterjemahkan dalam bentuk Islam yang hidup. Kebenaran tetap dinyatakan walaupun Sanusi dan KUIN merasa pedih.
-          Kenapa mahasiswa menolak BN dalam siri demonstrasi mendapat pujian pakatan rakyat , tetapi bila pakatan rakyat memerintah kenapa Bikin tak Serupa Cakap.

JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG KELIMA

Beliau berkata :Kes ini telah dibawa ke mahkamah, biar mahkamah memutuskan dalam semakan kehakiman yang dipohon dan di failkan oleh pelajar. Prosedur tindakan tatatertib telah dibuat selaras dengan kehendak akta dimulai dgn penubuhn jawatankuasa siasatan ( bg menentukan adanya prima facie kes) yg diketuai oleh Prof Dr Wan Sulaiman. Jawatankuasa Disiplin melaksanakan prosiding dengn betul di ketuai oleh Prof Dr Muslim dan Jawatankuasa rayuan (diketuai Prof Madya Dr Zakarian Man) telah mempertimbangkan rayuan. - hukuman kekal.
Tembalan Presien PAS menyokong KUIN 5, siapa Sanusi dengan Timb Presiden

JAWAPAN:
-          Prosiding yang dilakukan oleh Jawatan kuasa Disiplin yang diketuai oleh Dr Muslim dijalankan dengan tanpa menuruti garis panduan tatatertib yang sah:
o   Keputusan perbicaraan dibuat sejurus selepas perbicaraan dilakukan, tanpa membuat analisa dan kajian di atas perbicaraan. Mahkamah lain pun mengambil masa beberap hari untuk memastikan hukuman itu adil dan saksama, tetiba sahaja Mahkamah KUIN tak perlukan masa untuk mengambil keputusan.
o   Jawatankuasa tidak member peluang kepada 5 pelajar yang dituduh mendatang bukti dan saksi bagi tujuan pembelaan
o   Jawatankuasa disiplin bertindak mengelluarkan keputusan tanpa sebarang nota perbicaraan. Saudar Faiz telah menulis secara rasmi untuk mendapatkan nota perbicaraan namun gagal diberikan pihak KUIN kerana KUIN tak tulis pun . Setelah didesak oleh Faiz , hingga kini nota perbicaraan gagal diberikan oleh KUIN sedankan  di dalam Buku tatatertib KUINmembenarkan si yang dituduh atau waris mendapatkan salinan nota perbicaraan.

Sehubungan itu pihak Gerakan Mahasiswa Prihatin KUIN mengharapkan agar Sanusi tidak lagi membuat provokasi dan penipuan terhadap dakwaan yang berkaitan pelajar yang telah diberikankemenganan oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini. Ini adalah kerana berbohong itu berdosa , dan orang yang sentiasa melakukan dosa akan masuk neraka (Minta dijauhkan)

Yang benar,
Mahasiswa Prihatin

Wednesday 16 May 2012

DOA DAN DOKONGAN BUAT 5 OKT

Pesanan buat semua penyokong dan pendokong KUIN5.


 Belajar dari sirah.  
Syukur kita panjatkan ke hadrat illahi dengan limpah kurnia dan rahmatnya, telah bergema kembali gelombang perjuangan mahasiswa. Bermula dari Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, 10 Mei 2010, jam 5.05 petang, terus terbang laju ke utara semenanjung. Bertebaran ucapan pujian buat Rabbul Jalil atas kemenagan ini. Tetapi “jangan terlalu gembira dengan kemenangan yang kita kecapi hari ini, kemungkinan ada perancangan pihak musuh yang kita belum ketahui”.
Seperti mana yang telah berlaku pada bulan syawal tahun kelapan hijrah. Ketika pembukaan kota mekkah. Rombongan 10 000 orang Islam bersama Rasulullah berarak masuk ke kota makkah dengan laungan pujian kepada Allah.
Setelah itu ummat Islam hidup dengan gembira, aman, damai dan selesa di dalam kota mekkah. Sehingga ada di antara kaum quraish yang pernah memusuhi Baginda bertukar menjadi orang yang menyebelahi baginda, disebabkan keadaan tersebut maka marahlah para pembesar Huwazin dan Thaqif kepada Baginda dan orang Islam seluruhnya.

Para pembesar yang diketuai oleh Malek b. Aus, telah mengumpulkan tentera kafir quraish dengan tujuan untuk memerangi baginda Rasulullah dan orang islam di dalam Kota Makkah di suatu Daerah yang bernama Daerah Hunain.
Peperangan Hunain.
Rasulullah yang mengetahui perancangan itu telah keluar bersama 12 000 tentera Islam ke Daerah Hunain bagi mempertahankan Kota Makkah. Di dalam perjalanan ke daerah tersebut terpacul satu kata-kata dari salah seorang Islam dari kaum Ansar, “Pada ketika ini, Allah pasti memenangkan Islam, kerana bilangan kita telah ramai”. Tanpa dia sedar bahawa kemenangan itu adalah terletak kepada Allah, dan bukanlah terletak pada bilangan tentera Islam yang ramai itu. Rasulullah yang mendengar percakapan itu, menangis.
Sesampai di daerah tersebut pada waktu pagi, dengan secara tiba-tiba mereka diserang hendap oleh tentera musuh, dan telah menyebabkan mereka lari bertempiaran tanpa menghiraukan antara satu sama lain. Mereka di hujani dengan lembing, anak panah dan juga pedang dari segenap penjuru, sehingga mereka tidak boleh memikirkan apa-apa melainkan dengan melarikan diri. Ia seperti kafarah yang Allah lemparkan kepada mereka di atas ucapan mereka.
Ramai tentera yang mati. Di dalam kekalutan itu, Rasulullah yang sedang menitiskan air mata akibat kafarah yang diterima tentera muslimin itu, dan turunlah ayat alQuran yang bermaksud “mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah menolaknya, malah berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai”
Baginda lalu melutut, dan mengenggam pasir, lalu dibacakan doa yang diilhamkan Allah pada ketika itu, ditiup kepada pasir tersebut dan dileparkan ke muka tentera musuh. Dengan serta merta keluarlah tentera Allah dari langit dan bumi bagi membantu tentera Islam. Sebagaimana yang telah diceritakan oleh Allah di dalam surah at-Taubah.
Pesan2 


Ingatlah sahabatku, jangan kita ulangi perbuatan yang sama yang telah berlaku pada tahun ke 8 hijrah itu. Berapa ramai dalam kalangan kita yang menjadi penyokong dan pendokong melakukan sujud syukur selepas mendapat berita kemenangan ini??? Teruskanlah, dengan sujud syukur, teruskalah, dengan solat hajat dengan kejayaan yang telah Allah kurniakan kepada kita mahasiswa dalam melawan pentadbiran yang zalim ini. Bersatulah kita apabila kita sudah mengetahui dimana kebenarannya, jangan kita biarkan musuh mencelah di dalam perjuangan ini. Insyallah kemenangan sentiasa menjadi milik kita. – pesanan ini juga pesanan untuk diriku dan diminta sampaikan kepada semua.sebarkan kepada semua penyokong dan pendokong untuk laungan "Student Power" sehingga ke akhirnya bersama redha Allah. Wallahua’lam.

Tuesday 15 May 2012

KUIN 5 / 5 OKT : MAHASISWA MENANG KALI KEDUA LAWAN AUKU / AKTA 555


Muhammad Safwan Anang @ Talib,

Tanggal 10 Mei lalu telah menyaksikan bagaimana mahasiswa menang buat kali kedua bagi kes mahasiswa mencabar undang-undang drakonian iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mahkamah telah memutuskan kemenangan bagi pihak 5 orang mahasiswa daripada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) apabila mereka telah mencabar keputusan penggantungan 5 orang pelajar KUIN yang didakwa bersalah atas perbuatan melakukan demonstrasi di dalam kawasan kolej Mei 2011.

Kemenangan pertama mahasiswa adalah apabila mahkamah juga telah memutuskan kemenangan bagi pihak 4 orang mahasiswa daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah di dakwa melanggar AUKU kerana terlibat dengan kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Akhirnya mahkamah juga telah memutuskan kemenangan bagi pihak mahasiswa walaupun selepas itu kedengaran Perdana Menteri akan membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan pula.

Perkara ini sangat mendukacitakan kerana sebelum diputuskan kemenangan mahasiswa tersebut, kerajaan juga telah membuat pengumuman penting bahawa mahasiswa akan dibenarkan terlibat dengan politik setelah AUKU dipinda.  Mahasiswa masih ragu dengan perubahan yang bakal dilaksana oleh kerajaan melihat kepada senario yang melanda dalam kes 4 mahasiswa UKM ini.

Apa yang mahu saya tegaskan di sini, memandangkan kes 5 orang mahasiswa daripada KUIN ini adalah berbeza daripada apa yang berlaku di kampus-kampus IPT lain adalah berkenaan pentadbiran KUIN dibawah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah seharusnya menolak penggunaan sebarang undang-undang zalim seperti AUKU yang mencengkam kebebasan suara mahasiswa. Terbaru juga mengenai AUKU apabila saya dan 2 orang mahasiswa Universiti Malaya juga telah digantung pengajian dek kerana demonstrasi pemansuhan PTPTN. Inilah undang-undang yang membuatkan ramai kalangan mahasiswa tidak berani kehadapan sedangkan mereka adalah jurubicara rakyat!

Menjelang pilihanraya umum ke – 13 ini, amat besarlah hasrat mahasiswa untuk melihat perubahan dalam negara menuju Malaysia yang lebih sejahtera. Perubahan yang bakal terlaksana dalam negara terutama kami di peringkat mahasiswa mahu AUKU dimansuhkan dan bukan sekadar dipinda bagi kepentingan mana-mana parti politik sekalipun.

Universiti perlu dibebaskan sama sekali daripada pengaruh politik dan mahasiswa perlu diberikan kuasa autonomi seperti mana yang telah dituntut dalam Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik sebelum ini iaitu memansuhkan AUKU dan AKTA 174, membebaskan ilmuan berakademik, membebaskan mahasiswa bersuara, memberi hak mahasiswa mengurus pilihan raya kampus, membebaskan mahasiswa mengurus persatuan dan aktiviti dan memberi hak kepada mahasiswa berpartisipasi dalam politik sepenuhnya.

Kami merasakan pemansuhan AUKU ini akan memberikan banyak perubahan kepada mahasiswa di menara gading. Salah satu perkara yang ingin saya tegaskan juga kepada mahasiswa di luar sana, janganlah berfikiran tertutup dengan agenda pemansuhan AUKU ini. Kami sering dikaitkan dengan agenda pembangkang sekiranya tidak selari dengan kerajaan sedangkan agenda pemansuhan AUKU ini tiada kaitan langsung dalam memberi kepentingan kepada pembangkang mahupun kerajaan. Ianya adalah tuntutan hak mahasiswa dan ahli akademik supaya tidak dicengkam undang-undang zalim.

Kita tahu bahawa semua pihak ingin melihat mahasiswa maju tampil kehadapan dan bukan sekadar belajar di bilik kuliah tanpa mempedulikan keadaan sekeliling serta menyelesaikan permasalahan yang kian meruncing dalam negara termasuklah gejala-gejala negatif, membanteras rasuah, menolak politik tidak matang dan memimpin negara akan datang. Ayuh, bebaskan mahasiswa!

Muhammad Safwan ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia sesi 2012/2013

Thursday 10 May 2012

5 MAHASISWA KUIN MENANG : KEBANGKITAN MAHASISWA PRIHATIN 2.0

Ribuan mahasiswa menantikan GERAKAN PRIHATIN 2.0

Jom sem depan berdiri dan bantah kenaikan yuran bersama PRIHATIN 2.0
 
10 Mei 2012 memang tarikh penuh dramatik dan menempa sejaran gerakan mahasiswa khususnya di Utara. Setelah menanggung kesabaran di atas kezaliman yang dilakukan KUIN dan pihak Kerajaan Negeri yang menghukum dengan hukuman zalim menurut akta 555 yang selari dengan akta AUKU kini mereka telah berjaya membuktikan kepada mahasiswa bahawa :

MAHASISWA TIDAK BOLEH MENJADI PENGECUT DAN PENAKUT

MAHASISWA BERDIRI ATAS KEWARASAN PRINSIP BUKAN TAASUB MEMBUTA TULI

MAHASISWA AMAT PRIHATIN DENGAN SEMUA ISU PERSEKITARAN BUKAN HANYA ULAT BUKU

MAHASISWA BOLEH MENUMBANGKAN KERAJAAN JIKA BERLAKU ZALIM 

Hakim Mahkamah Tinggi, Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan keputusan KUIN menggantung 5 OKT adalah  melampaui kuasa dan pelajar terbabit boleh meneruskan pengajian mereka di KUIN.
"Perintah perisytiharan bahawa kaedah-kaedah Kojej Universiti Insaniah (Tatatertib Pelajar 2007) adalah ultra vires (BERCANGGAH DAN MELAMPAUI) di bawah Seksyen 46 (1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. "Perintah deklarasi/perisytiharan bahawa Kaedah-kaedah Kolej Universiti Insaniah (Tatatertib Pelajar) 2007 juga ultra vires," katanya.

Apa yang sangat menarik 5 OKT yang hanya diwakili peguam Azhana Mohd Khairudin  (peguam JUNIOR berumur 25 tahun) dapat MENGALAHKAN peguam  KUIN yang dikatakan sangat hebat iaitu Karpal Singh.Ini benar-benar memalukan KUIN dan Karpal yang sebelum dikatakan hero kebebasan rakyat namun dengan sebab menjadi wakil kepada KUIN yang menyekat kebebasan mahasiswa , kehebatannya tersungkkur ditangan mahasiswa dan peguam yang sangat junior.

5 OKT cabar Rektor letak jawatan gagal tangani krisis
Betapa profesionalnya 5 OKT iaitu  (Mohd Faiz Mohd Arshad, 29; Muhamad Aiman Che Ab Razab, 23;  Mohd Azlan Mat Zain, 32; Ahmad Remi Mohd Aras, 25 dan Zulkhilatif Marzukh.) langsung tidak menuntut ganti rugi masa dalam pergantungan kerana tanda sayangnya HERO MAHASISWA PRIHATIN kepada KUIN dan Kerajaan, namun ramai juga pengikut taasub politik dan 'kaki kaki bodek'  terutama di kalangan pak turut tuli pemuda menghentam 5 OKT dengan mengatakan 5 OKT nak malukan KUIN dan gilakan duit untuk menyaman KUIN. Tahniah 5 OKT kerana begitu profesional,

Persoalan pada hari ini dalam keadaan :
- Yuran KUIN yang diisytihar sendiri oleh MB akan naik
- Kebajikan pelajar yang diabaikan
- Isu PTPTN yang selalu tiada jalan penyelesaian
- Hak kebebasan mahasiswa yang sentiasa disekat.

Siapa pula yang mahu menjadi MOHD FAIZ 2.0. Adakah MPM tahun ini berani langtang memperjuangkan suara mahasiswa khususnya pimpinan tertinggi. Atau hanya sekadar mahu bincang..mahu bincang .. mahu bincang dengan HEP dan pentadbiran KUIN yang akhirnya tidak menyebelahi mahasiswa. Dalam laman sesawang dan Facebook pelbagai cemuhan kepada MPM 2012 yang terlampau menjadi pak turut pentadbiran KUIN , gagal bertindak melainkan..kita akan berbincang..kita akan berbincang... sehingga dah tak larat nak tunggu bila nak habis bincang.

KARPAL KALAH DENGAN MAHASISWA
Oleh itu SKUAD MAHASISWA PRIHATIN akan meneruskan kebangkitan pada semester hadapan. Walaupun yuran dikenakan dengan sangat mendadak kepada adik adik baru tetapi mereka tetap mahasiswa yang perlu dibela. 

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Telah terbukti suara mahasiswa KEBAL, ayuh kita semarakkan kebangkitan baru PRIHATIN 2.O pada semester hadapan.

Wednesday 9 May 2012

10 MEI TARIKH KERAMAT STUDENT POWER



Setelah berlalu hampir setahun kes perbicaraan 5 pejuang mahasiswa KUIN (5 OKT) , bermula daripada prosiding tatatertib KUIN hinggalah dijatuhkan hukuman dan rayuan hukuman ditolak oleh MB Kedah dan Rektor KUIN, kemudian dibawa kemuka pengadilan mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dalam proses di Mahkamah Tinggi pelbagai ujian dihadapi oleh 5 OKT dan penyokong dan pendokong mereka, walaupun beberapa kali perbicaraan ditunda, walaupun 5 OKT menewarkan penyelesaian di luar mahkamah agar dapat meredakan isu, namun ditolak dengan ego oleh KUIN dengan alasan KUIN boleh menang kerana bersandarkan kepada ketokohan peguam Karpal Sigh. Penantian yang lama sepatutnya akan berakhir pada 4 Mei yang lalu namun atas faktor-faktor ketelitian hakim memohon untuk menangguhkan keputusan perbicaraan pada 10 Mei 2012 (Khamis). 

Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kepada gerakan mahasiswa di sebuah IPT yang kononya mendokong kemuliaan agama dan perjuangan suci. 

Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kerana jawapan kepada kezaliman pihak pentadbiran KUIN ke atas mahasiswa akan didedahkan. Kebenaran pasti akan menyinar

Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kerana itulah bukti kepada "STUDENT POWER" . Yang lemah akan menewaskan yang berkuasa.

Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kerana Allah akan memberi jawapan kepada kebenaran yang dinafikan pentadbiran KUIN.

Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kerana perlu disambut setiap tahun memperingati perjuangan  5 OKT yang melakarkan sejarah memahat kebanggaan mahasiswa KUIN.

Thursday 19 April 2012

BENARKAH SEKOLAH INSAN BESTARI BEROPERASI SECARA HARAM ?

Semalam saya ada menerima email dan mesej di FB yang mengirim surat daripada Kementerian yang melarang Sekolah Bestary menjalankan operasi selagi tidak mendapat kelulusan dan keizinan daripada Kementerian Pelajaran Bahagian Swasta.

Surat tersebut yang bertarikh Mac 2012 menandakan masih baru , bukan surat lama. Persoalan di sini, adakah ini menunjukkan Sekolah yang di bina dengan mendapat bantahan pelajar bahkan mezalimi dan menidakkan hak mahasiswa tahfiz khususnya itu beroperasi selama ini secra haram ?

Skuad prihatin enggan mengulas lanjut kerana ingin menumpukan kepada peperiksaaan yang hanya seminggu atau dua minggu sahaja lagi akan tamat. Namun mesej dan email ini membuka mata masyarakat terhadap nilai kebenaran dan aspek penipuan yang sudah lama wujud.

Untuk rekod, mahasiswa KUIN mengadakan demonstrasi pada 1 April 2011 kerana membantah operasi Sekolah Insan Bestari yang mengambil tapak dan bangunan tahfiz hingga 5 orang mahasiswa KUIN telah di gantung pengajian.

    
Ini bukan soal parti Islam atau sekular.

Ini buka soal politik hijau atau politik biru

Ini bukan soal dekat dengan pilihanraya

Tetapi ini adalah prinsip mahasiswa .



Jika mahasiswa sanggup digantung kerana menegakkan kebenaran.....

Jika mahasiswa sanggup berkhemah di dataran merdeka tuntut PTPTN

Jika mahasiswa sanggup bermandikan water canon BERSIH 1, 2.0 dan 3.0......

Mahasiswa juga tidak gentar dengan slogan menakut-nakutkan mahasiswa di KUIN yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.


Tuesday 27 March 2012

TIMBALAN PRESIDEN PAS MAT SABU BERI SOKONGAN PADU KEPADA 5 OKT KUIN



27 MAC - Skuad mahasiswa prihatin terus mengorak langkah memberi sokongan material dan moral kepada 5 OKT yang telah dinafikan hak mereka oleh KUIN bahkan dikenakan tindakan yang tidak bertamadun dengan bersama – sama menghadirkan diri pada perbicaraan 5 OKT bertempat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur. Skuad mahasiswa prihatin menyediakan sebuah bas membawa pendokong suara mahasiswa selain orang perseorangan yang turut hadir pada perbicaraan tersebut.

Timbalan Presiden PAS sokong mahasiswa di Mahkamah
Beberapa peristiwa menarik berlaku sepanjang hari ketika perbicaraan yang memberikan semangat perjuangan tinggi kepada skuad prihatin dan 5 OKT ialah :
1. Kehadiran Timbalan Presiden PAS Pusat , Mohd Sabu yang juga memberikan semangat kepada kami dalam memperjuangkan hak mahasiswa. 
2.   Mohd Sabu juga memberikan sumbangan berbentuk wang kepada mahasiswa prihatin. 
3. Sokongan bukan sahaja daripada mahasiswa KUIN bahkan daripada Lembah Kelang seperti UKM (UKM Four), Presiden Suaram, 
4.  Seorang bangsa Cina dari USM yang datang memberikan semangat ‘good luck’ kepada 5 OKT dan skuad prihatin
Mohd Sabu bergambar diluar kamar mahkamah persidangan
bersama skuad mahasiswa prihatin KUIN
5. Kehadiran wartawan yang prihatin dengan isu KUIN 5 antaranya Sinar Harian  

Perbicaraan yang diadili oeh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim telah  mendengar hujahan pihak pembelaan, yang dibentangkan menerusi peguam Azhana Mohd Khairudin sementara Kuin diwakili oleh peguam Karpal Singh. Kalau Karpal kalah ,,….. malulah sangat Karpal yang tidak berpihak kepada mahasiswa bahkan akan tewas hanya dengan peguam junior (Azhana).
Setelah mendengar hujahan maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan akan mengumumkan keputusan kes lima penuntut Kolej Universiti Insaniah Malaysia (Kuin), yang digantung pengajian kerana berdemonstrasi tahun lalu, 4 Mei ini.
sebahagian pendokong KUIN 5
Pada Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati 3 orang daripadanya terlibat dalam demonstrasi untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari dan 2 orang hanya mengutara pandangan dalam akhabar agar MB Kedah turun padang selesai isu KUIN.

Mereka membantah atas alasan pembinaan itu tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah  Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Muhamad Aiman Che Abd Razak, Ahmad Remi Mohd Arof dan  Zukhilatif Marzuki.
3 dari 5 OKT dari kiri remy, zuki dan azlan bersama Bang Mat 


Mereka dikenakan tindakan itu di bawah Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa berkenaan mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan Kuin.

Skuad mahasiswa prihatin akan mengadakan SOLAT HAJAT sepanjang sebulan sehingga keputusan diumumkan bagi memastikan kebenaran ditegakkan dan kezaliman dihapuskan.

Tuesday 13 March 2012

KUIN EGO ENGGAN TUNDUK TUNTUTAN 5 OKT PUNCA KARPAL MOHON TANGGUH PERBICARAAN

12 Mac - Karpal Sigh (peguam KUIN) dilihat tersepit dalam menjalankan tugas sebagai peguam KUIN bagi hadapi saman 5 pelajar yang digantung  (5 OKT) ketika berhapan dengan peguam  5 OKT di Mahkamah Tinggi Jalan Duta baru-baru ini. Karpal jika menang dalam kes ini akan memberi tamparan hebat kepada beliau yang selalu memperjuangkan hak kebebasan rakyat tiba-tiba  dilihat sebaliknya menyekat hak kebebasan bersuara mahasiswa KUIN selain bercanggah dengan Buku Jingga .
Jika Karpal kalah , karpal akan tercalar krebiliti beliau sebagai peguam pakatan rakyat yang dikatakan hebat yang juga kalah kepada peguam 5 OKT yang juga daripada pimpinan pakatan rakyat (Hanipah Maiden, AJK PAS Pusat).
Karpal  menurut sumber telah ditegur oleh Anwar Ibrahim  dalam kes 5 OKT. Karpal dilihat sangat-sangat mengharapkan agar kes 5 OKT dapat di selesaikan di luar mahkamah supaya beliau tidak tersepit. Dalam perbicaraan baru-baru ini karpal menjangkakan kes akan selesai namun tidak seperti yang disangka kerana KUIN ego tidak mahu menghapuskan rekod kes, dalam erti kata lain tarik kes 5 OKT iktiraf tanda mererka tidak bersalah. Menurut sumber pihak KUIN memang telah menghantar surat untuk selesai diluar mahkamah tetapi masih tidak mahu tarik rekod 5 OKT. KUIN memang Ego.
Karpal ketika memulakan perbicaraan jam 2.30 petang dimahkamah Tinggi baru baru ini terkejut kerana KUIN masih tak nak tarik kes dan buang rekod kesalahan 5 OKT kerana memang mereka tidak bersalah. Karpal memberitahu hakim bahawa kes ini telah diselesaikan KUIN diluar mahkamah namun dinafikan peguam KUIN kerana KUIN enggan menarik balik rekod 5 OKT dalam fail rekod pelajar. Hakim mengatakan bagaimana penarikan kes sedangkan pihak peguam KUIN menafikannya? Hakim yang melihat percangghan pendapat ini memberi masa 30 minit agar peguam KUIN dan peguam 5 OKT berbincang. Setelah selesai perbincangan kedua-dua peguam dipanggil ke dalam kamar hakim dan karpal minta tangguh kes kesatu masa lain . Tarikh perbicaraan seterusnya ialah pada 27 Mac 2012.
Skuad Prihatin akan terus berjuang. Sebagaimana desakan mahasiswa prihatin kepada HEP yang mengenepikan dan meminggirkan tarbiah Usrah , desakan demi desakan yang akhirnya HEP terpaksa akur sungkur juga desakan mahasiswa prihatin dengan menjalankan usrah di hujung senja semester selepas hampir setahun tarbiah dipinggirkan HEP. Dahulunya HEP memberi alasan sistem usrah,   struktur jabatan Nuqaba’ dan lain-lain lagi sebagai alasan untuk hentikan usrah, tetapi nyata ia hanya alasan.
Kalau HEP pun boleh tunduk dengan desakan mahasiswa prihatin, kita juga akan pastikan KUIN akan tunduk kepada 5 OKT dan KUIN menarik balik kes dan dipadamkan rekod 5 OKT dalam fail mereka sebagai tanda KUIN terpaksa akur dengan desakan mahasiswa bahawa 5 OKT tidak bersalah. Selagi  tidak ditarik hukuman kita akan terus BERDOA dan SOLAT HAJAT pada Allah, itulah cara desakan yang paling mustajab, kerana mahasiswa dizalimi. Doa orang yang dizalimi pasti mustajab.
Untuk rekod 5 OKT yang dituduh bersalah kerana 3 orang daripadanya menyertai demo tuntut hak bangunan tahfiz daripada diberikan kepada sebuah sekolah swasta manakala 2 lagi hanya mengeluarkan kenyataan media agar MB Kedah turun padang selesai masalah KUIN , mereka digantung KUIN 1 hingg 2 semester . Setelah 5 OKT membuat rayuan, rayuan mereka ditolak mentah-mentah oleh KUIN tanpa pengurangan hukuman. Setelah Rektor KUIN dan MB Kedah enggan menerima rayuan maka 5 OKT memfailkan saman di Mahkamah Tinggi dan melantik Hanipa Maiden sebagai peguam mereka,
TUNGGULAH NATIJAH DESAKAN  MAHASISWA PRIHATIN,
SAMA ADA MENDAPAT PERTOLONGAN DARI ALLAH ATAU SYAHID DIJALANNYA.

13 Mac 2012