Labels

Wednesday 16 May 2012

DOA DAN DOKONGAN BUAT 5 OKT

Pesanan buat semua penyokong dan pendokong KUIN5.


 Belajar dari sirah.  
Syukur kita panjatkan ke hadrat illahi dengan limpah kurnia dan rahmatnya, telah bergema kembali gelombang perjuangan mahasiswa. Bermula dari Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, 10 Mei 2010, jam 5.05 petang, terus terbang laju ke utara semenanjung. Bertebaran ucapan pujian buat Rabbul Jalil atas kemenagan ini. Tetapi “jangan terlalu gembira dengan kemenangan yang kita kecapi hari ini, kemungkinan ada perancangan pihak musuh yang kita belum ketahui”.
Seperti mana yang telah berlaku pada bulan syawal tahun kelapan hijrah. Ketika pembukaan kota mekkah. Rombongan 10 000 orang Islam bersama Rasulullah berarak masuk ke kota makkah dengan laungan pujian kepada Allah.
Setelah itu ummat Islam hidup dengan gembira, aman, damai dan selesa di dalam kota mekkah. Sehingga ada di antara kaum quraish yang pernah memusuhi Baginda bertukar menjadi orang yang menyebelahi baginda, disebabkan keadaan tersebut maka marahlah para pembesar Huwazin dan Thaqif kepada Baginda dan orang Islam seluruhnya.

Para pembesar yang diketuai oleh Malek b. Aus, telah mengumpulkan tentera kafir quraish dengan tujuan untuk memerangi baginda Rasulullah dan orang islam di dalam Kota Makkah di suatu Daerah yang bernama Daerah Hunain.
Peperangan Hunain.
Rasulullah yang mengetahui perancangan itu telah keluar bersama 12 000 tentera Islam ke Daerah Hunain bagi mempertahankan Kota Makkah. Di dalam perjalanan ke daerah tersebut terpacul satu kata-kata dari salah seorang Islam dari kaum Ansar, “Pada ketika ini, Allah pasti memenangkan Islam, kerana bilangan kita telah ramai”. Tanpa dia sedar bahawa kemenangan itu adalah terletak kepada Allah, dan bukanlah terletak pada bilangan tentera Islam yang ramai itu. Rasulullah yang mendengar percakapan itu, menangis.
Sesampai di daerah tersebut pada waktu pagi, dengan secara tiba-tiba mereka diserang hendap oleh tentera musuh, dan telah menyebabkan mereka lari bertempiaran tanpa menghiraukan antara satu sama lain. Mereka di hujani dengan lembing, anak panah dan juga pedang dari segenap penjuru, sehingga mereka tidak boleh memikirkan apa-apa melainkan dengan melarikan diri. Ia seperti kafarah yang Allah lemparkan kepada mereka di atas ucapan mereka.
Ramai tentera yang mati. Di dalam kekalutan itu, Rasulullah yang sedang menitiskan air mata akibat kafarah yang diterima tentera muslimin itu, dan turunlah ayat alQuran yang bermaksud “mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah menolaknya, malah berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai”
Baginda lalu melutut, dan mengenggam pasir, lalu dibacakan doa yang diilhamkan Allah pada ketika itu, ditiup kepada pasir tersebut dan dileparkan ke muka tentera musuh. Dengan serta merta keluarlah tentera Allah dari langit dan bumi bagi membantu tentera Islam. Sebagaimana yang telah diceritakan oleh Allah di dalam surah at-Taubah.
Pesan2 


Ingatlah sahabatku, jangan kita ulangi perbuatan yang sama yang telah berlaku pada tahun ke 8 hijrah itu. Berapa ramai dalam kalangan kita yang menjadi penyokong dan pendokong melakukan sujud syukur selepas mendapat berita kemenangan ini??? Teruskanlah, dengan sujud syukur, teruskalah, dengan solat hajat dengan kejayaan yang telah Allah kurniakan kepada kita mahasiswa dalam melawan pentadbiran yang zalim ini. Bersatulah kita apabila kita sudah mengetahui dimana kebenarannya, jangan kita biarkan musuh mencelah di dalam perjuangan ini. Insyallah kemenangan sentiasa menjadi milik kita. – pesanan ini juga pesanan untuk diriku dan diminta sampaikan kepada semua.sebarkan kepada semua penyokong dan pendokong untuk laungan "Student Power" sehingga ke akhirnya bersama redha Allah. Wallahua’lam.

0 comments:

Post a Comment