Labels

Monday 27 February 2012

HEP DOUBLE STANDARD : JANGAN BERSELINDUNG DISEBALIK MPM

HEP dinasihatkan jangan memperkudakan MPM KUIN sesi ini untuk kepentingan HEP. kalau ya lah pun HEP nak memperkudakan MPM jangnlah sampai nampak sangat tak ikut prosuder. Jika sebelum ini banyak banner dan streames aktiviti pelajar diturunkan kerana hanya tidak mendapat stiker kelulusan HEP , kenapa banner MPM yang dalam gambar ini TIADA LANGSUNG STIKER KELULUSAN dari HEP. Atau HEP yang buat banner ini atau suruh presiden MPM buat dan keluar kenyataan rasmi.

Jika HEP profesional , HEP mesti turunkan banner tersebut dengan segera , jika tidak sah lah HEP memperkudakan MPM atau HEP buat kerja guna nama MPM.

28 Februari 2012

Saturday 25 February 2012

DOA MAHASISWA DIZALIMI : Isu KUIN: Rektor vs AUKU ... Isu Negeri: MB Kedah vs 2 exco

Kontrak Jalan Kepada "Musuh" Pas : Exco Kedah Mahu Azizan Dipecat

Post Pic
SHAH ALAM, 24 FEB : Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak oleh Exco Kedah dan kalangan pemimpin parti itu untuk memecat Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan serta merta.

Desakan itu semakin lantang susulan tindakan Azizan meluluskan pemberian kontrak penyenggaran jalan bernilai berpuluh juta ringgit kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang pemimpin Umno Kedah.

“Pemberian kontrak itu adalah kemuncak rasa tidak puas hati Exco-exco Kedah terhadap Azizan dan di kalangan pemimpin PAS serta Pakatan Rakyat sendiri,” kata sumber-sumber rapat dengan parti itu kepada Antarapos.com.

Adalah difahamkan pimpinan Pas telah diberikan bukti-bukti dan dokumen berkaitan yang menunjukkan kerajaan negeri memberikan kontrak itu kepada syarikat berkenaan.

Akhbar The Star hari ini mengesahkan bahawa dua Exco Kerajaan Negeri daripada Pas iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh telah memaklumkan kepada Hadi keputusan mereka tidak mahu dilantik semula sebagai Exco jika Azizan dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Dua lagi Exco Kedah yang dijangka mengambil langkah sama adalah Datuk Taulan Mat Rasul dan Dr Hamdan Mohamad Khalib.

“Saya amat bimbang tentang apa yang sedang berlaku namun biarlah kita tunggu dan lihat apa keputusan presiden parti (Hadi). Segalanya bergantung kepada presiden,” kata Taulan.
Bagaimanapun Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi menafikan ada menerima sebarang laporan berhubung isu itu.

“saya tiada terima laporan apa-apa lagi hal itu. Itu khabar angin saja, kita tidak boleh percaya khabar angin,” beliau dipetik sebagai berkata.

Hadi, menurut Sinar Harian, menegaskan bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mempunyai kuasa melantik atau menggugurkan mana-mana exco.

Selain pemberian kontrak kepada syarikat yang dianggap “musuh” Pas, Azizan juga dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati dengan gaya kepimpinan yang dilihat autokratik dan membelakangkan kepentingan Pakatan Rakyat.

Azizan memberitahu akhbar The Star bahawa beliau tetap Menteri Besar namun tidak menjangka exco-exco berkenaan akan bertindak demikian.

“Kecewa bukanlah perkataan sesuai. Saya amat tidak puas hati. Saya tidak pernah bayangkan orang dalam parti saya sendiri akan bertindak sedemikian terhadap saya,” kata Azizan.

“Sudah ada banyak cubaan sebelum ini untuk menjatuhkan saya namun saya sentiasa yakin. Saya tidak panik. Saya sentiasa ‘cool’,” tambah beliau.

Berbeza dengan negeri lain, ahli Exco di Kedah dilantik secara kontrak yang diperbaharui setiap tahun mengikut budi bicara Menteri Besar.

Senarai baru lantikan Exco sepatutnya dipersembahkan untuk perkenan Sultan Kedah minggu lalu. Bagaimanapun majlis angkat sumpah exco baru akan diadakan 28 Februari ini.

Barisan Exco Kedah merangkumi tujuh wakil daripada Pas dan tiga daripada Parti Keadilan Rakyat.

Adalah difahamkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri melahirkan kebimbangan dengan kemelut di Kedah dan kesannya ke atas peluang Pakatan Rakyat di negeri itu pada pilihanraya umum akan datang.


 (SUMBER KEDAHLANIE)

25 Februari 2012

Thursday 23 February 2012

HEP TERDESAK : JANGAN PERGUNAKAN MPM

Sokongan peringkat nasional  sama ada individu, ngo, politik dan agamawan  terhadap 5 orang mahasiswa yang digantung (KUIN 5) amat meresahkan pihak pentadbiran KUIN terutamanya pihak HEP yang sentiasa menjadi benteng mempertahankan kesalahan dan penindasan yang dilakukan Rektor KUIN.

Pihak HEP terdesak lalu mempergunakan MPM, khususnya presiden dan beberapa individu yang ditaja sehingga menang dalam pilihanaraya kampus.

Presiden dan exco tertentu MPM dipergunakan dengan menganjurkan wacana intelek anak muda yang tak profesional, bahkan selepas pusingan pertama ramai mahasiswa/wi keluar dewan yang tak penuh pun.

Presiden dan exco tertentu MPM dipergunakan dengan membuat kain rentang "MAHASISWA MENENTANG BUDAYA IDEALISME " dan digantung kain tersebut depan pejabat MPM. TENGOK PADA KAIN RENTANG TAK ADA STIKER KELULUSAN HEP PUN.

Presiden dan exco tertentu MPM dipergunakan untuk tidak memaksimakan pengaruh exco tertentu yang tidak pro kepada HEP

Presiden dan exco tertentu MPM dipergunakan untuk tidak mendepani masalah kebajikan pelajar yang dirunguti pelajar KUIN.

mahasiswa prihatin
24 Februari 2012

DOA ORANG DIZALIMI TIADA HIJAB

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud ,"Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab antara Allah dan orang yang dizalimi".
Bukan soal suka atau tidak,
Bukan soal sokong atau lawan,
Bukan soal menang atau kalah,
Bukan soal PAS atau UMNO.....

Soalnya sekarang mahasiswa KUIN ditindas dan dizalimi oleh pimpinan tertingi KUIN dan Kerajaan Negeri.

Mahasiswa  dizalimi dengan hanya bersuara menggunakan healer
Mahasiswa  dizalimi dengan hanya mengeluarkan kenyataan agar MB turun padang
Mahasiswa  dizalimi dengan hanya menyatakan perasaan kerana diusir dari asrama mereka
Mahasiswa  dizalimi dengan hanya menegur pihak pentadbiran KUIN

Pihak luar yang tidak memahami isu mungkin salah faham  dengan fakta,
Pihak luar yang tidak memahami isu mungkin terlampau mahu menjaga nama Kerajaan Pakatan Rakyat
Pihak luar yang tidak memahami isu mungkin ada hubungan dengan HEP lalu menyokong dengan tuli
Pihak dalam yang berkepentingan menjaga orang orang tertentu
Pihak dalam yang ada hubungan dengan orang orang politik tertentu
Pihak dalam yang harapkan pujian orang atasan tertentu


Lantas pihak pihak itu menyalahkan 5 orang mahasiswa yang digantung (KUIN 5) semata mata untuk menegakkan kepentingan masing masing. Apa yang pasti KUIN 5 dizalimi.

NAMUN ingat !!!!!! walaupun mahasiswa yang dizalimi tidak ada kuasa, tetapi kami ada kuasa luar biasa. Kuasa yang diberikan khusus daripada ALLAH iaitu kuasa DOA ORANG DIZALIMI. Hanya Allah sahaja tempat kami memohon.

Mereka yang menzalimi tidak akan berada dalam keadaan tenang;
Mereka yang menzalimi tidak akan dapat bertahan lama ;
Mereka yang menzalimi bakal tiada kuasa ;
Mereka yang menzalimi sentiasa gelisah;

Semua ini hanya kami menggunakan kuasa yang diberikan khas oleh Allah. Mungkin pentadbiran tertinggi KUIN dan Kerajaan Kedah tak sedar kami hampir setiap malam berdoa, sama ada kami ini individu, pelajar tahfiz, KUIN 5 dan para pembela yang kena zalim.

Kami berdoa kepada Allah Tuhan kepada Nabi Nuh yang dizalimi kaumnya, lantas banjir besar melanda
Kami berdoa kepada Allah Tuhan yang telah memusnahkan kaum A'ad
Kami berdoa kepada Allah Tuhan yang telah memusnahkan kaum Tsamud
Kami berdoa Allah Tuhan yang telah memusnahkanFiraun dan pengikutnya
Kami berdoa Allah Tuhan yang telah memusnahkan Raja Namrud

-Skuad Mahasiswa Prihatin-
24 Februari 2012

Sunday 19 February 2012

HIMPUNAN 1902 :MAHASISWA DESAK REKTOR LETAK JAWATAN

Isu KUIN 5 yang dikenakan tindakan gantung masih tidak mencapai jalan penyelesaian walaupun ada pihak tertentu mengatakan akan ada usaha perdamaian. Keegoaan pihak pentadbiran KUIN untuk menarik balik kes dan mengisytiharkan KUIN bebas AUKU memaksa mahasiswa turun padang mengadakan himpunan aman di hadapan Wisma Darulaman mendesak agar Rektor KUIN meletak jawatan.

Slogan 'PECAT REKTOR KUIN " dan 'TOLAK AUKU KEDAH SEJAHTERA" yang dipaparkan menerusi banner panjang di pagar wisma melambangkan mahasiswa mendesak Rektor KUIN selaku dalang yang berselindung di sebalik MB Kedah hingga isu ini masuk tahun kedua belum ada sebarang penyelesaian. 



JIka kita melihat di negara barat apabila desakan meletak jawatan ini berlaku , pemimpin yang benar-benar ikhlas akan tunduk dengan desakan kerana menyedari kegagalan melaksanakan amanah, namun adakah rektor KUIN akan meletakkan jawatannya ? Adakah MB Kedah akan mempertahankan jawatan Rektor kepada Prof Dr Jamil? Atau adakah pimpinan Pas Pusat dan Pakatan rakyat juga akan turut mendedak MB Kedah memecat Rektor KUIN yang dengar khabarnya jawatannya akan tamat pada April ini? tetapi apa yang pasti mahasiswa KUIN mendesak Rektor KUIN mendesak agar Prof Dr Jamil meletak jawatan kerana gagal dalam menyelesaikan kemelut isu KUIN.

'SKUAD MAHASISWA PRIHATIN"
19 Februari 2012.

Wednesday 15 February 2012

PENDEDAHAN PENGLIBATAN MB KEDAH DAN REKTOR DALAM KUIN 5

Satu lagi blog yang baru di search dari google yang mendedahkan kemelut dalaman KUIN serta bukti penglibatan MB Kedah dan Rektor sehingga :
1. Membuat keputusan tindakan menggantung KUIN 5
2. Memecat Timbalan dekan Kuliah Al Quran
3. Mengeluarkan Kuliah Al Quran Diploma daripada KUIN

Baca dan kaji   http://maharajasuntzu.blogspot.com/

ISU KUIN YANG SEBENARNYA. SETPOL MB TAK MAHU SIASAT KER??

Kami mendapat email agar menyiarkan artikel daripada sebuah blog, setelah kami baca dan kami boleh membuat kesimpulan bahawa masalah dalaaman KUIN amat parah dan mangsanya ialah kita mahasiswa, mari baca artikel ini :

Isu KUIN sekarang menjadi 1 isu yang utama di kedah kerana ianya mendapat liputan meluas dari blog-blog, wartawan-wartawan dan juga pemerhati politik. Mungkin ramai yang tak tahu isu KUIN ini sebenarnya ialah 1 isu yang kecil sahaja dari KUIN itu sendiri.
KUIN sebenarnya memiliki lebih banyak isu yang tak diketahui oleh kebanyakkan dari kita. Wak berkesempatan berbual dengan beberapa kakitangan dan juga pelajar KUIN yang menyatakan masalah sebenar yang berlaku di KUIN itu sendiri. Mereka meluahkan isu kebajikan staf, bonus, gaji, penempatan pelajar, pengangkutan dan sebagainya. Ada juga yang menyentuh isu anak syarikat dan kroni yang berlaku di KUIN. Disini, Wak ingin menyenaraikan isu-isu yang dibangkitkan oleh kakitangan dan juga pelajar. Wak nak si setpol MB Kedah baca apa yang Wak tulis dan siasat. Jangan asyik salahkan UMNO atau orang lain. Belajar salahkan diri sendiri.

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KAKITANGAN KUIN

1)      1) Bonus tidak dibayar

-          Umum mengetahui bahawa penjawat awam telah menerima durian runtuh daripada kerajaan didalam bajet 2012 dimana bonus ½ gaji telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Ini bermaksud kakitangan Kerajaan menerima bonus 1 bulan gaji bagi tahun 2011( ½ sebelum raya puasa yang diumum lebih awal dan ½ lagi yang diumum didalam bajet 2012 ). Bagi kakitangan Kerajaan Negeri Kedah mereka juga mendapat jumlah yang sama kerana Menteri Besar juga mengumumkan jumlah yang sama.  Maka boleh dikatakan semua agensi dibawah Kerajaan Negeri juga membayar Bonus seperti yang diumum oleh Menteri Besar. Tetapi tidak bagi kakitangan yang berkhidmat di KUIN kerana mereka hanya menerima ½ bunus sahaja (yang dijanjikan sebelum hari raya puasa). Itu pun mereka mendapatnya lewat daripada tarikh yang dijanjikan. Mereka mendakwa sebelum ini (ketika BN memerintah) tak pernah berlaku masalah seperti ini. Maka pihak kerajaan negeri perlu peka terhadap masalah ini dan menjaga kebajikan mereka. Bagi Wak hak mereka para kakitangan perlu diberikan kepada mereka.



2)     2)  Gaji lambat masuk
-          Wak lampirkan contoh tarikh pembayaran gaji mengikut surat pekeliling yang diguna pakai oleh setiap jabatan dan agensi kerajaan.  

Tetapi di KUIN ianya tidak berlaku seperti ini. Kadangkala pada 25hb, kadangkala 29hb dan ada juga pernah mencecah tarikh 31hb. Jika ada tarikh 40hb mungkin KUIN juga akan membayarnya pada tarikh itu. Ianya menyukarkan para kakitangan merancang kewangan mereka kerana ada yang perlu membayar hutang kereta sebelum sesuatu tarikh dan jika terlambat kos/penalti akan dikenakan. Nampak seperti perkara remeh tetapi jika setiap bulan berlaku dan caj/penalti sebanyak RM 10, maka jika 1 tahun ianya bersamaan dengan RM 120. Kenapa perlu membebankan kakitangan? 




3)      3) Potongan Bank dan KWSP

-          Ramai dikalangan kakitangan KUIN mendakwa mereka mendapat surat atau panggilan telefon dari pihak bank yang menyatakan mereka mempunyai tunggakan bayaran ansuran untuk pinjaman mereka seperti pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan pinjaman pengajian (PTPTN) yang mana mereka melakukan potongan gaji terus dari majikan (KUIN). Ini bermakna pihak KUIN yang lambat membayar jumlah potongan itu ke pihak bank atau institusi berkaitan. Siapa yang akan menanggung kos pentadbiran, guaman, notis dari pihak bank? Sudah tentu pihak KUIN lepas tangan didalam isu ini. Masalah KWSP juga sama kerana jika melihat dari penyata mereka nampak seperti ada kecelaruan. Ini menunjukkan KUIN berada dibawah pentadbiran yang cukup lemah. Masalah ini juga bermula selepas kerajaan baru mengambil alih. Wak berharap pihak kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu seperti menghantar wakil dari jabatan audit negeri untuk menyiasat perkara ini dan laporannya dibentangkan kepada umum.




4)      4) Anugerah Cemerlang

-          Menurut beberapa kakitangan KUIN yang sempat Wak temui, sejak tahun 2008 sehingga kini tiada lagi Hari Anugerah Cemerlang di KUIN. (Mungkin semua kakitangan KUIN sudah tidak lagi cemerlang agaknya). Apa ceritanya ni. Hari Anugerah Cemerlang sepatutnya diadakan setiap tahun. Inilah cara bagi menghargai kakitangan yang berkerja menaikkan nama sesuatu jabatan dan organisasi. Bukannya melibatkan kos yang tinggi. 




5)      5) Kroni

-          Mula-mula si suami masuk kerja, kemudian bawa isterinya pula, anak menantu pun tak dilupa, Sepupu sepapat pun ada. Ini bukan nurkilan Wak tetapi nurkilan dari kakitangan KUIN yang kecewa dengan apa yang berlaku. Dikhabarkan pihak SPRM telah masuk untuk menyiasat isu ini. Si suami dan isteri berjawatan Dekan manakala menantu berjawatan Timbalan Dekan. Sepupu sepapat tu Wak tak pasti jawatannya sebab beliau berkhidmat di  anak syarikat KUIN tetapi tak salah Wak besar juga jawatannya ...................................
(baca lanjut di dalam  adikwak.blogspot.com)

KUIN 5 UMNO atau REKTOR UMNO

Semalam sebahagian skuad mahasiswa prihatin telah tidak tersengaja tersembang dengan beberapa kakitangan KUIN. Mereka bertanyakan kepada kami " Faiz n the geng tu UMNO ke?" . Kami kehairanan tiba-tiba sahaja soalan itu diutarakan kepada kami. Kami bertanya kembali 'kenapa?'. Salah seorang kakitangan itu menjawab , " Kami dimaklumkan oleh Rektor KUIN  (Prof Dato Jamil) bahawa faiz n the geng tu UMNO , nak menjatuhkan Kerajaan Negeri, sebab itu mereka berdemonstrasi dan memfailkan di mahkamah."

Masya Allah, kalaulah pun pihak pentadbiran KUIN tersilap langkah dalam berhadapan anak muda pun, kemudian nak tutup kes atau nak cover agar tak nampak kelemahan pentadbiran jangan sampai menuduh KUIN 5 didalangi UMNO. Kalau di kalangan kakitangan KUIN pun boleh dibuat-buat cerita UMNO , tak mustahil Karpal Sigh jadi peguam KUIN pun disebabkan Rektor bagitau yang 5 budak budak ni orang UMNO.

Apabila pentadbiran sebuah institusi Universiti dan akademik sangat mendahului politik berbanding kerje profesional mereka sebagai pentadbir akademik maka tunggulah kehancuran.

Kami di peringkat mahasiswa  yakin  bahawa sebelum tarikh perbicaraan pada 12 Mac ini di Mahkamah Tinggi KL , KUIN akan dipaksa oleh PAS untuk tunduk dengan desakan mahasiswa, kerana TG Hadi Awang sudah mengeluarkan kenyataan yang dapat difahami bahawa KUIN akan tunduk kepada student Power.

Skuad Prihatin
16 Februari 2012

Sunday 12 February 2012

STUDENT POWER HAMPIRI KUIN 5 : KUIN BAKAL TUNDUK DESAKAN MAHASISWA

KUIN tiada pilihan melainkan terpaksa akur dan mengalah dengan kuasa mahasiswa. Walaupun Dato Rektor KUIN beberapa kali didesak untuk memberikan kenyataan rasminya namun masih menutup mulut. Perjuangan mahasiswa KUIN melalui 5 OKT yang dikenakan tindakan gantung ini bakal menyaksikan pihak KUIN terpaksa akur dengan tekanan yang sangat dahsyat daripada pelbagai pihak khususnya daripada bloger, media, rakan politik, ngo daripada pakatan rakyat sendiri.

Antara faktor yang mengundang KUIN akan tunduk dengan desakan kembalikan hak mahasiswa KUIN 5 adlah seperti berikut :
1. KUIN amat takut apabila demo besar besaran telah diumumkan oleh mahasiswa nasional yang akan berlangsung pada 19 Februari ini.
2. KUIN terpaksa akur dengan tekanan politik pakatan rakyat khususnya PAS yang sudah terang menyalahi konsep persefahaman yang disepakati di dalam buku jingga untuk menghapuskan AUKU.
3. Beberapa blog telah mendedahkan maklumat mengenai skandal dan isu isu pentadbiran yang mengheret mahaasiswa yang mendedahkan kelemahan Rektor KUIN Dato Jamil. (FB : gpms kuin, selamatkan Insaniah dan lain lain)
4. KUIN amat takut akan kalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kemaluan ini akan menjejaskan reputasi KUIN.
5. KUIN bimbang jika tidak akur dengan desakan mahasawa ini , banyak lagi masalah dalaman membabitkan student akan dibongkarkan.
6. KUIN bimbang masyarakat keseluruhannya akan tahu bahawa majoriti pelajar dan seluruh KUIN tidak suka dengan pentadbiran yang diterajui pada hari ini.
8. Sokokngan pelbagai pihak kepada KUIN 5 akan memberi kesan buruk kepada Negeri Kedah khususnya hampirnya PRU ke 13.
9. Prof Dato Rektor KUIN yang dengar khabar jawatan akan tamat pada bulan 4 ini bimbang jika kemelut KUIN dan AUKU tidak selesai akan memberi kesan kepada jawatan Rektor.
10.KUIN amat gusar akan ada gelombang kebangkitan kali kedua dalam memperjuangkan suara mahasiswa.

'Skuad Prihatin KUIN'
"Mahasiswa bersuara KUIN sejahtera"

Friday 3 February 2012

MB Kedah diarah 'tutup mulut': Tiba masa Rektor KUIN buka mulut

Setelah MB Kedah diarah oleh Lujnah Politik PAS Pusatr untuk menutup mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan media mengenai kes 5 OKT, skuad mahasiswa prihatin yakin inilah masa yang tepat untuk mendesak kepimpinan tertinggi KUIN membuka mulut menjawab semua persoalan yang berlaku.

Sejak sekian lama pentadbiran KUIN sunyi sepi daripada menjawab sebarang persoalan dan hanya bersembunyi di sebalik kekebalan MB Kedah bagi menutup kelemahan yang ada. Skuad Mahasiswa Prihatin akan mendesak agar pihak KUIN mengeluarkan kenyataan rasmi dalam isu ini agar masyarakat tidak hanya melihat ianya satu musibah kepada MB Kedah sahaja tetapi keputusan pergantungan pelajar dibuat oleh pihak pentadbiran KUIN.

Skuad Mahasiswa Prihatin
4 Februari 2012

Thursday 2 February 2012

SURAT TERBUKA BUAT DEKAN HEP : TARBIAH USRAH DIABAIKAN

Sudah menjadi bualan mulut semua siswa siswi KUIN terhadap pendekatan yang digunakan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar KUIN, Ustazah Rohani Binti Desa, beliau dikritik hebat kerana dengan sengaja memberhentikan program tarbiah usrah yang sebelum ini kian lama rancak berjalan di kalangan penuntut KUIN.

Walaupun kehadiran beliau sebagai ustazah memang dinanti nantikan oleh penuntut KUIN yang menggantikan En Zul yang ditolak siswa siswi KUIN, namun keadaan menjadi lebih buruk lantaran tindakan Ustazah Rohani menghentikan program tarbiah usrah yang kononnya menjadi kubu kuat penyokong tegar 5 OKT KUIN.

Adhoc Training Course (ATC)
Bukan sekadar itu bahkan program Adhoc Training Course (ATC) juga beberapa kali dihalang oleh Dekan HEP apabila mengeluarkan surat arahan kepada pengawal agar tidak membenarkan dewan digunakan oleh ATC hanya kerana prejudisme sedangkan program ATC hanya ingin melatih melahirkan siswa yang mahir dalam bidang Pengacaraan  Majlis, Protokol, Aplikasi Design dan Akademi Fasilatator.

Ustazah juga pernah menghalang hak ATC untuk mengadakan  lawatan ke KL menggunakan bas KUIN dengan alasan pelajar baru menggunakannya walhal kami telah diberi maklum oleh Us Azki yang menjaga Bas, tidak ada masalah kerana hari Jumaat dan Sabtu pelajar sudah tamat Minggu Silaturahim.


Jabatan Nuqaba'
Ustazah terlalu prejudis dengan pembawakan Jabatan Nuqaba' seolah menentang HEP, sedangkan Jabatan Nuaqaba' sebelum ini banyak membantu KUIN dalam aspek pembinaan akhlak dan sahsiah. Hingga kini USRAH BELUM DILAKSANAKAN DAN BELUM BEROPERASI semenjak ustazah Rohani menjadi Dekan HEP.USRAH DIHENTIKAN. Seluruh siswa siswi KUIN menjadi mangsa terbantut tarbiah. Pelbagai alasan diberi antaranya nak buat sistem ICMS yang baru bagi pelaksanaan usrah, silibus nak disemak semula, Ingin memilih Nuqaba' dan lain lain, namun hingga kini hampir SETAHUN USRAH TERGENDALA dan langsung tidak berjalan.Pelajar KUIN menjadi lebih parah kerana tiada tarbiah. Bila masalah sosial berleluasa , adakah seratus peratus hendak disalahkan kepada pelajar atau persatuan pelajar?

Triple T Training
Program latihan remaja Islam yang menggunakan aplikasi teknologi dan media mendapat sambutan hangat di kalangan penuntut KUIN , memberi nafas baru kepada kaedah usrah sesuai dengan remaja semua peringkat namun kini terkubur kerana apabila kertas kerja dibawa untuk melaksanakannya kepad HEP maka ia ditolak dengan beberapa alasan.Ramai alumni Triple T Training bertanya bila nak buat tahap dua ? kami terpaksa memberitahu hal sebenar yang berlaku, walaupun agak mendukacitakan...

Hinggakan poster SOLEHAH MARIYAM SA'ARI yang digantung bagi mengucapkan tahniah kerana mengharumkan nama KUIN di dalam TV al Hijrah pun dirampas HEP atas alasan tidak ada kebenaran. Setahu kami sebelum ini langsung tidak pernah pun mana mana banner program pelajar diberikan kebenaran. Atau kalau nak laksanakan peraturan baru seharusnya HEP bijak mengeluarkan notis terlebih dahuhlu agar mudah difahami pelajar.


Namun kami tetap mendoakan agar Allah terus memberi kekuatan dan hidayah kepada semua warga HEP supaya lebih mesra pelajar. Yang penting kami berharap Ustazah dapat SEGERA melaksanakan usrah yang sudah lama tergendala. please...Tolonglah ustazah, jika marahkan kepada kami skuad prihatin pun jangan sampai adik adik kami terbantut usrah. Kami harap perbuatan menghentikan beberapa gerak tarbiah di atas bukanlah dikategorikan dalam dosa tetapi adalah malapetaka besar menimpa warga KUIN. Jika dosa maka lebih besar musibahnya berbanding malapetaka.

Terima kasih dan mohon maaf atas segalanya.

Skuad Prihatin.
2 Februari 2012

Wednesday 1 February 2012

TINDAKAN KEPADA KUIN 5 SAMA SEPERTI AUKU

Sehari dua ini beberapa pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Kedah  telah mendakwa bahawa tindakan yang dikenakan bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS).

Kami skuad mahasiswa prihatin amat mengetahui situasi sebenar kezaliman yang telah dilakukan oleh KUIN  kepada 5 orang sahabat kami . KUIN mengenakan tindakan menurut :

KAEDAH TATATERTIB PELAJAR 2007

1. Memberi ucapan menggunakan pembesar suara (healer)
2.Mengadakan kenyataan akhbar kepada orang ramai/awam
3.Dituduh menggangu ketenteraman awam (walaupun dalam demo dibuat dalam kawasan asrama tahfiz)
(Sila rujuk kepada surat hukuman yang dikenakan kepada  Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.)

Cuba kita rujuk kepada Akta AUKU perkara yang sama termaktub, iaitu :

Perkara yang sama juga termaktub dengan tindakan yang dikenakan (Klik di sini untuk keterengan lanjut)