Labels

Sunday 19 February 2012

HIMPUNAN 1902 :MAHASISWA DESAK REKTOR LETAK JAWATAN

Isu KUIN 5 yang dikenakan tindakan gantung masih tidak mencapai jalan penyelesaian walaupun ada pihak tertentu mengatakan akan ada usaha perdamaian. Keegoaan pihak pentadbiran KUIN untuk menarik balik kes dan mengisytiharkan KUIN bebas AUKU memaksa mahasiswa turun padang mengadakan himpunan aman di hadapan Wisma Darulaman mendesak agar Rektor KUIN meletak jawatan.

Slogan 'PECAT REKTOR KUIN " dan 'TOLAK AUKU KEDAH SEJAHTERA" yang dipaparkan menerusi banner panjang di pagar wisma melambangkan mahasiswa mendesak Rektor KUIN selaku dalang yang berselindung di sebalik MB Kedah hingga isu ini masuk tahun kedua belum ada sebarang penyelesaian. 



JIka kita melihat di negara barat apabila desakan meletak jawatan ini berlaku , pemimpin yang benar-benar ikhlas akan tunduk dengan desakan kerana menyedari kegagalan melaksanakan amanah, namun adakah rektor KUIN akan meletakkan jawatannya ? Adakah MB Kedah akan mempertahankan jawatan Rektor kepada Prof Dr Jamil? Atau adakah pimpinan Pas Pusat dan Pakatan rakyat juga akan turut mendedak MB Kedah memecat Rektor KUIN yang dengar khabarnya jawatannya akan tamat pada April ini? tetapi apa yang pasti mahasiswa KUIN mendesak Rektor KUIN mendesak agar Prof Dr Jamil meletak jawatan kerana gagal dalam menyelesaikan kemelut isu KUIN.

'SKUAD MAHASISWA PRIHATIN"
19 Februari 2012.

0 comments:

Post a Comment