Labels

Wednesday 15 February 2012

KUIN 5 UMNO atau REKTOR UMNO

Semalam sebahagian skuad mahasiswa prihatin telah tidak tersengaja tersembang dengan beberapa kakitangan KUIN. Mereka bertanyakan kepada kami " Faiz n the geng tu UMNO ke?" . Kami kehairanan tiba-tiba sahaja soalan itu diutarakan kepada kami. Kami bertanya kembali 'kenapa?'. Salah seorang kakitangan itu menjawab , " Kami dimaklumkan oleh Rektor KUIN  (Prof Dato Jamil) bahawa faiz n the geng tu UMNO , nak menjatuhkan Kerajaan Negeri, sebab itu mereka berdemonstrasi dan memfailkan di mahkamah."

Masya Allah, kalaulah pun pihak pentadbiran KUIN tersilap langkah dalam berhadapan anak muda pun, kemudian nak tutup kes atau nak cover agar tak nampak kelemahan pentadbiran jangan sampai menuduh KUIN 5 didalangi UMNO. Kalau di kalangan kakitangan KUIN pun boleh dibuat-buat cerita UMNO , tak mustahil Karpal Sigh jadi peguam KUIN pun disebabkan Rektor bagitau yang 5 budak budak ni orang UMNO.

Apabila pentadbiran sebuah institusi Universiti dan akademik sangat mendahului politik berbanding kerje profesional mereka sebagai pentadbir akademik maka tunggulah kehancuran.

Kami di peringkat mahasiswa  yakin  bahawa sebelum tarikh perbicaraan pada 12 Mac ini di Mahkamah Tinggi KL , KUIN akan dipaksa oleh PAS untuk tunduk dengan desakan mahasiswa, kerana TG Hadi Awang sudah mengeluarkan kenyataan yang dapat difahami bahawa KUIN akan tunduk kepada student Power.

Skuad Prihatin
16 Februari 2012

0 comments:

Post a Comment