Labels

Friday 3 February 2012

MB Kedah diarah 'tutup mulut': Tiba masa Rektor KUIN buka mulut

Setelah MB Kedah diarah oleh Lujnah Politik PAS Pusatr untuk menutup mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan media mengenai kes 5 OKT, skuad mahasiswa prihatin yakin inilah masa yang tepat untuk mendesak kepimpinan tertinggi KUIN membuka mulut menjawab semua persoalan yang berlaku.

Sejak sekian lama pentadbiran KUIN sunyi sepi daripada menjawab sebarang persoalan dan hanya bersembunyi di sebalik kekebalan MB Kedah bagi menutup kelemahan yang ada. Skuad Mahasiswa Prihatin akan mendesak agar pihak KUIN mengeluarkan kenyataan rasmi dalam isu ini agar masyarakat tidak hanya melihat ianya satu musibah kepada MB Kedah sahaja tetapi keputusan pergantungan pelajar dibuat oleh pihak pentadbiran KUIN.

Skuad Mahasiswa Prihatin
4 Februari 2012

0 comments:

Post a Comment