Labels

Sunday 29 January 2012

JIKA BUKU JINGGA BUKAN AL QURAN, KENAPA GUNA AUKU YANG JUGA BUKAN AL QURAN


MB Kedah menyatakan pendiriannya tetap mempertahankan menyokong AUKU kerana persepakatan Pakatan Rakyat di dalam buku jingga bukanlah 'ALQURAN".

Jika Buku Jingga bukan Al Quran, adakah AUKU yang disokong MB Kedah Al Quran yang boleh dikenakan untuk menyelesaikan masalah pelajar ? AUKU Bukan Al Quran, pasti !!!. Jika AUKU bukan Al Quran kenapa MB masih mempertahankannya. AUKU zalim, Buku Jingga ada persefahaman untuk mebawa kepada kesejahteraan rakyat. Oleh itu mana yang lebih afdhol atau awlawiyat... sudah tentu buku jingga.

Saidina Omar ketika ditegur dengan pedang pun tidak mengenakan tindakan undang-undang kepada si penegur, mana perginya pemerintahan Kedah yang dahulunya dicanangkan ingin mencontohi Khalifah Saidina Omar, atau ia hanya retorik semata mata.

Penyelesaian isu adalah dengan MB kedah mengakui kesilapan yang dilakukan oleh pentadbiran HEP KUIN.

Friday 27 January 2012

ISU KUIN DAN AUKU : REKTOR KUIN PERLU JAWAB DI MEDIA

Kemelut 5 OKT KUIN semakin memperlihatkan kelemahan diplomasi dan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah terhadap mahasiswa di KUIN. Pihak KUIN masih tegar mempertahankan keputusan bagi mengenakan tindakan AUKU kepada pelajarnya walaupun mengahdapi tekanan sengit dan hebat daripada pihak blogger, media dan parti politik.Terbaru seorang tokoh disegani yang juga pakar undang undang dan perlembagaan Malaysia Prof Dr Aziz Bari lantang mengkritik tindakan MB Kedah menyokong AUKU , seolah olah MB Kedah menyokong BN (sila klik untuk lebih lanjut).

Sepatutnya pihak Rektor KUIN perlu memberikan penjelasan kenapa mereka harus dikenakan tindakan tatatertib mengikut kaedah peraturan pelajar KUIN 2007 supaya dapat menutup malu KUIN yang mula dihentam media. Jangan hanya dibiarkan MB Kedah diganyang media dan blogger, bahkan Rektor KUIN tidak mengeluarkan apa apa statement di dlam media untuk menjawab persoalan ini.

Bahkan "Surat Perdamaian" yang telah diberikan 5 OKT tidak diendahkan dan tidak dilayan. Skuad Prihatin amat mengarapkan agar pihak KUIN mengeluarkan kenyataan rasmi dimedia masssa bagi menjawab persoalan dan kecaman peringkat nasional  kepada KUIN.

Skuad Prihatin KUIN
28.01.2012

Monday 23 January 2012

PROF DR JAMIL WAJIB AKUR DAN TERIMA SURAT PERDAMAIAN

Menelusuri sejarah nasioanal dan antarabangsa  kuasa pelajar (student power) boleh mengangkat atau sebaliknya mennjatuhkan mana-mana institusi dan Kerajaan . Kerana ketakutan inilah pihak Kerajaan telah menggunakan Akta AUKU untuk menyekat mahasiswa agar tidak lantang bersuara mengkritik Kerajaan.

Berbalik kepada isu 5 orang mahasiswa KUIN yang telah dikenakan tindakan AUKU , adalah mangsa kezaliman penjajahan yang masih dikekalkan untuk diguna pakai oleh pemerintah pada hari ini, dan malangnya KUIN sebuah institusi agama masih menjadikannya sebagai undang undang yang ditinggalkan oleh penjajah, malah lebih malang lagi ia di aplikasikan kepada pelajar di era KUIN ditadbir sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Parti Islam Malaysia.

Oleh itu untuk menjaga nama dan kepentingan semua pihak agar isu ini dapat dijernihkan kembali Rektor KUIN perlu akur dengan kesilapan yang telah dilakukannya dengan mengenepikan perasaaan perasaaan yang boleh menidakkan proses penyelesaian isu ini dengan MENERIMA TAWARAN 'SURAT PERDAMAIAN' yang telah ditawarkan oleh 5 OKT sebagai alternatif penyelesaian isu di luar mahkamah. Syarat yang dikenakan hanyalah syarat yang ringan iaitu memohon maaf,membatal dan  menarik balik kes dan mengisytihar KUIN adalah zon bebas AUKU. Kesediaan anak muda KUIN mengendur untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan penawaran 'surat perdamaian' adalah satu tindakan profesional kerana mereka mengenepikan nasib mereka yang dinafikan hak pengajian selama satu semester. Walaupun sebenarnya mereka berhak menuntut ganti rugi selama satu semester namun mereka berlapang dada demi mencari penyelesaian dan mengembalikan kegemilangan mahasiswa di KUIN. Justeru wajar sangatlah KUIN menerima surat tersebut jika benar benar ikhlas dalam menyelesaiakan isu ini.

Skuad PRIHATIN

24.01.2012

Saturday 21 January 2012

MAHASISWA PROFESIONAL : 5 MANGSA AUKU KUIN SERAH SURAT PERDAMAIAN

Alhamdulillah. 5 okt telah selesai membuat penyerahan "surat perdamaian" kepada pihak KUIN. Pada mulanya 5 Okt yang ditemani sahabat-sahabat dari KUIN telah berjalan menuju ke pejabat Rektor bagi menyerahkan surat perdamain, namun malangnya Rektor KUIN tidak berada di pejabat ketika itu dan yang ada hanyalah setiausaha kepada Rektor. Kami hairan apabila kami hanya hendak menyerahkan surat perdamaian tersebut namun setiausaha Rektor (Puan Kamaliah) menolak untuk hanya menerima surat tersebut atas alasan tidak ada autoriti bagi menerima surat bagi pihak rektor. Kami KUIN 5 terus turun menuju ke pejabat  HEP untuk berjumpa dengan Ustaz  Baihaki bagi mewakilkan bagi pihak KUIN untuk menerima surat tersebut. Namun masa kami telah dilengah-lengahkan selama hampir setengah jam untuk menunggu berjumpa dengan phak wakil KUIN yang mungkin mengambil masa tidak lebih dari 5 minit sahaja sebenarnya. Kami pun tidak mahu membuang masa lama-lama lalu kami terus naik ke pejabat Timbalan Rektor Hel Ehwal Pelajar Prof. Dr. Wan Sulaiman,  namun malangnya juga, beliau bercuti dan akhirnya kami membuat keputusan menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Timbalan Rektor HEP  yang hanya mengambil masa tidak lebih dari 10 minit sahaja. Terima kasih Setiausaha Timbalan Rektor yang memberi layanan yang baik dan menerima surat kami.

Terima kasih KUIN


(Dipetik dari wall FB Muhamad Aiman Ab Razab) 

22-01-2012

ISU AUKU :KENYATAAN MB KEDAH BERTENTANGAN DENGAN SUHAKAM

Sikap menyokong tindakan AUKU yang dikenakan KUIN kepada 6 orang mahasiswa yang lantang bersuara disifatkan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, adalah dikesalkan bahawa tindakan yang diambil oleh beberapa universiti tersebut bukan sahaja menyekat hak asasi para pelajar malah ia juga bertentangan dengan pindaan seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Pindaan itu, katanya, membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun dan ke atas menggunakan hak mereka berhubung kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun dan kebebasan berpersatuan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (the Universal Declaration of Human Rights).

Kesedaran terhadap hak ekonomi, sivil dan politik di kalangan pelajar universiti dan penglibatan mereka dalam perbincangan mengenai isu-isu berkaitan kepentingan nasional perlu dilihat secara positif bagi melengkap dan menambah pendidikan dan latihan formal yang diterima di universiti.

Sebarang sekatan yang tidak munasabah ke atas penggunaan hak dan pengalaman berkenaan akan menidakkan pendidikan dan pengalaman yang amat penting dalam perkembangan mereka sebagai pemimpin masa depan negara, katanya.

Sehubungan itu kami mahasiswa prihatin KUIN mendesak MB Kedah menarik balik kenyataan rasmi yang dibuat mengizinkan AUKU dilaksanakan di KUIN yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Kedah yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan MB adalah pengerusi KUIN.

Skuad prihatin.

21-01-2012

Friday 20 January 2012

MAHASISWA KUIN BANTAH KENYATAAN AUKU DIGUNAKAN DI KUIN

Assalamualaikum wrt wbt.


Berat mata memandang berat lagi mahu memikulnya. Mahasiswa KUIN amat berdukacita dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh seorang kepimpinan tertinggi negeri Kedah yang juga merupakan nakhoda yang menggerakkan perjalanan KUIN apabila membuat kenyataan bahawa AUKU akan tetap dilaksanakan di KUIN. Kenyataan ini amatlah bertentangan dengan kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia apatahlagi ia ditujukan kepada mahasiswa yang sedang membangunkan daya kepimpinan di dalam diri masing masing.

Skuad Prihatin KUIN amat mengharapkan agar kenyataan ini ditarik balik demi kelangsungan idealisme mahasiswa.. Pemimpin negara masa kini adalah lahir daripada kehebatan mahasiswa mengkritik kerajaan pada ketika itu dan sekarang mereka memimpin negara. Justeru hak mahasiwa perlu dikembalikan demi kesejahteraan negara masa akan datang

Sekian wassalam.

20-01-2012

AUKU DAN KUIN 5

Assalamualaikum wrt wbt.

Salam prihatin kepada sahabat-sahabat yang bersama 5 okt .

Harapan bagi menyelesaikan kes 5 okt yang telah lama dipandang sepi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Namun syukur tatkala ini semua lapisan masyarakat membuka mata melihat dengan penuh prihatin terhadap 5 mahasiswa yang di zalimi dengan tindakan menggantung pengajian dari 1 hingga 2 semester dek hanya kerana bersuara menggunakan healer mengeluarkan kenyataan akhbar agar MB Kedah turun padang selesaikan kemelut KUIN  dan berdemonstrasi mempertahankan hak bangunan tahfiz yang diambil untuk dijadikan Sekolah Insan Bestai milik anak syarikat Insaniah Holding.

Pada 22 Januari ini (Ahad) 5 okt menyahut seruan profesional idealisma mahasiswa untuk tampil turun padang dan bertemu Rektor Insnaiah untuk membuat penawaran khas bagi menyelesaikan kemelut yang ada iaitu isu KUIN dan AUKU.

Kami skuad prihatin amat dukacita dengan apa yang berlaku sebenarnya membunuh keberanian dan kepimpinan mahasiswa.Mahasiswa kini akan menjadi lebih lesu dan tidak beramaya lantaran tindakan AUKU menggantung 6 okt. Buktinya baru baru ini ramai siswa/wi ingin turut hadir dalam dialog anak muda namun ditakut dan digertak oleh pihak tertentu dengan tindakan yang mungkin diambil kepada sesiapa yang menghadiri dialog sama seperti tindakan yang telah dikenakan kepada 6 okt selain di gertak dengan kemungkinan polis juga akan bertindak pada malam tersebut.

Isu yang berlaku dikalangan mahaiswa mengenai kebajikan yang terabai di asrama stargate, isu zakat kedah yang tidak telus kepada pelajar, isu portal pelajar yang bermasalah, isu perubahan bayaran yang tiada makluman jelas, dan isu usroh dibekukan HEP pada semester lepas dan hingga kini usroh mahasiswa masih tidak dijalankan HEP kerana HEP tidak yakin denga Jabatan Nuqaba' yang sedia ada isu PTPTN dan lain lain isu berkaitan mahasiswa. Semua isu ini hanya terpaksa ditelan walaupun terlekat pada kerongkong kerana mahasiswa bimbang untuk bersuara takut takut dikenakan tindakan tatatertib dengan hanya bersuara.

Justeru itu skuad prihatin menyeru agar mahasiswa mengembalikan kehebatan dan kekuatan mahasiswa dalam mendepani cabaran negara pada masa akan datang dengan momentum intelektual yang bergagasan dan berwawasan menerusi nilai keberanian yang terikat dengan keindahan akhlak Islam dan tatsusila kehidupan .

Takut hanya pada Allah. Tunduk hanya pada yang Esa. Mudorat dan Manfaat hanya dengan izin Allah. Allah yang mentadbir dunia, Dia juga akan memberi rezeki kepada kita.

Kita adalah pemimpin dan menggantikan kepimpinan masa hadapan

Selamat berjuang dan salam prihatin.

20-01-2012