Labels

Showing posts with label Stargate. Show all posts
Showing posts with label Stargate. Show all posts

Friday, 22 July 2011

Mimpi Ngeri Mahasiswa

 Bismillahirrahmanirrahim...
Sekilas pandang kelihatan cantik rupanya busuk mengecewakan. Inilah tamadun Insaniah yang hendak disumbangkan kepada mahasiswa antarabangsa. Hasil pantauan oleh skuad mistik kami memaparkan bagaimana keadaan asrama kampus Star Gate yang begitu mengecewakan mahasiswa di sana. Tong sampah atau plastik sampah tidak disediakan di bilik asrama. Pelajar dah mai jauh, makan tanggung sendiri, bayar yuran, akhirnya terpaksa menebus kepercayaan pada Insaniah dengan longgokan sampah yang tidak terurus.

 Mungkin sahaja kematangan mahasiswa itu perlu untuk menyusun selipar dan kasut seperti ini, tetapi sekurang-kurangnya rak kasut perlulah disediakan agar kelihatan lebih selesa. Malangnya, hampir sebulan asrama kampus ini beroperasi sedikit perhatian mengenai kemudahan asas asrama tidak diperhatikan. Ada pula pelajar muslimat mengadu air paip kotor dan menyebabkan penyakit kulit seperti gatal-gatal dan sebagainya. Ini sudah melampau. Tahap keselamatan pelajar asrama tidak terjamin. Ini bukan universiti! kata seorang pelajar antarabangsa dari Bangladesh.
Malang, andai ada mangsa terjatuh ke dalam longkang yang rosak ini. Pembangunan yang tidak memuaskan. Cuba anda wahai mahasiswa hitung yuran semester dan ukur sejauh mana rasionalnya yuran anda pada Insaniah. Adakah anda sedang berada di universiti? atau anda hanya dipergunakan untuk keuntungan sesetengah pihak. Iaitu pihak yang menggunakan wang anda. Kemudian hidup anda sebagai pelajar di kampus tertekan kerana kebajikan yang tidak memuaskan. So, adakah anda hanya melihat dan memendam? jangan risau, anda bukan keseorangan. Cuma sertai suara-suara mahasiswa yang bertanggungjawab terhadap isu ini.