Labels

Thursday 31 May 2012

MAHASISWA PRIHATIN SANGKAL PEMBOHONGAN SETPOL MB KEDAH


KENYATAAN RASMI MENJAWAB PEMBOHONGAN DAN FITNAH
SANUSI MD NOR  SETPOL MB KEDAH

Di dalam Blog Sanusi Setpol MB Kedah, buat kali yang kesetrusnya Setpol MB terus membohongi rakyat Kedah di atas kepincangan Kerajaan Kedah mengawal pembangunan pelajar dan akademik di Insaniah.
Kami barisan mahasiswa prihatin yang bertanggungjawab dalam kezaliman yang dilakukan kepada 5 mahasiswa yang digantung sehingga kami membawa kes ke mahskamah apabila ditolak KUIN untuk kami cadangkan perdamaian di luar mahkamah. Alhamdulillah Allah bersama pihak yang benar, walaupun kami adalah orang kuat pakatan rakyat dan juga mendapat penganiyaan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat.

JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG PERTAMA

Beliau berkata  : “Tidak campurtangan dalam soal pentadbiran institusi/ jabatan yang mempunyai prosedur dan peraturan tetap yang selari dengan kehendak undang-undang yg sedang berkuatkuasa- termasuk dalam kes KUIN...ini juga sebahagian intisari Buku Jingga.”

Jawapannya:
-          Keputusan menjatuhkan hukuman kepada 6 orang mahasiswa ( 1orang didenda dan 5 orang digantung) dibuat keputusan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kedah  (Bukti – sila lihat lampiran 1)
Lampiran 1 : bukti MB campurtangan
-          Selepas berlaku demonstrasi , MB Kedah , juga dalam mesyuarat lembaga Pengarah yang dipengerusikannya  telah memutuskan supaya mengeluarkan Diploma Tahfiz Al Quran dari KUIN dan diletakkan di bawah Yayasan Islam Kedah.
-          Sanusi Setpol  MB sendiri memanggil kami dan wakil pelajar yang digantung ke wisma di Pejabat MB untuk menyelesaikan isu tindakan tatatertib KUIN. Tindakan memanggil oleh seorang yang berjawatan kanan dengan MB Kedah dan lokasi dilakukan di Pejabat MB Kedah membuktikan penglibatan kuasa MB Kedah
Ulasan
-          Ini hanya sebahagian penyataan yang membuktikan penglibatan MB Kedah dalam campurtangan dalam soal pentadbiran institusi/ jabatan yang mempunyai prosedur dan peraturan tetap yang selari dengan kehendak undang-undang yg sedang berkuatkuasa- termasuk dalam kes KUIN
-          Begitu juga apa yang sedang menjadi krisis kini masalah gaji dan kenaikan elaun staf KUIN  juga diputuskan oleh MB Kedah

JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG KEDUA

Beliau berkata  : “ Peraturan/ Akta yang terpakai di KUIN bukanlah AUKU yang dinyatakan dalam Bukun Jingga akan dihapuskan bila PR menjadi kerajaan, tetapi adalah undang-undang berikut
i.                    Private Higher Education Institutions Act 1996 (ammended 2009).
ii.                  Perlembagaan KUIN
iii.                Kaedah2 Tatatertib Pelajar 2007. Kesemua akta dan undang2 ini tidak tersenarai dalam undang2 yg akan di hapuskan bila PR menjadi kerajaan. Maka KUiN dan MB tidak menyalahi sebarang kehendak buku itu.”

JAWAPAN
-          Pakatan Rakyat melawan AUKU bukan kerana namanya  tetapi kerana intipatinya yang dapat menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara. Ini bercanggah dengan prinsip pakatan rakyat. Datanglah apa nama sekali pun walaupun bukan AUKU tetapi isinya sama dengan AUKU tetap menjadi suatu pertentangan dengan agenda pakatan rakyat.
-          Jika pun kalau dikatakan perkara (i), (ii) dan (iii) tidak boleh diubah dan ia diguna pakai di KUIN , semestinya budi bicara dalam menyelesaikan masalah boleh digunakan. Budi bicara ini bukan berti ikut sesuka hati tetapi  berdasarkan semangat dan ikatan janji pakatan rakyat memberikan peluang kepada anak muda menyuarakan pandangan .


JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG KETIGA

Beliau berkata :  Asas yang mencetuskan demontrasi pelajar di Masjid Sultanah dan asrama Al- Razi adalah satu tuduhan dan sangkaan yang tidak benar - Bathil- tidak ada sebarang arahan dan tindakan daripada pentadbiran KUIN supaya bangunan asama itu dikosongkan oleh pelajar tahiz untuk beri laluan kepada smart school. Sebaliknya bangunan itu dikosongkan oleh ITM kampus kota (city campus) yg berpindh ke lokasi lain.

JAWAPAN
-          Kenyataan Sanusi mengatakan tiada sebarang arahan dan tindakan daripada pentadbiran KUIN supaya bangunan asama itu dikosongkan oleh pelajar tahiz untuk beri laluan kepada smart school adalah suatu PEMBOHONGAN dan  PENDUSTAAN  secara terang oleh Sanusi dan ini hanya sebagai jarum politik untuk menutup kelemahan MB Kedah dalam mentadbir KUIN.
-          Buktinya Surat arahan  pentadbiran KUIN supaya bangunan asama itu dikosongkan oleh pelajar tahiz untuk beri laluan kepada smart school telah dikeluarkan pada 14 November 2010 , no rujukan surat 102/2006 (50) ditujukan kepada Pengetua Asrama dan ditandatangani oleh Abd Latif Bin Din, Bendahari KUIN. Tajuk surat tersebut ialah PENGOSONGAN BLOK A KOLEJ KEDIAMAN AL RAZIY. Isi kandungannya ialah pengosongan untuk digunakan oelh Sekolah Bersepadu Islam (Smart School).
(Sila lihat surat lamppiran 2)
Lampiran 2 : bukti KUIN usir pelajar untuk kegunaan Semart School
-          Tiada langsung bukti dan arahan pengosongan untuk tujuan kegunaan ITM Kampus Kota

JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG KEEMPAT

Beliau berkata  : Gangguan yang berterusan melalui beberapa siri demontrasi, penyalahgunaan spreaker corner, kenyataan media, dan memfitnah pihak pentadbiran dalam soal urusan urustadbir universiti tidak sewajrnya diangkat sebagai agenda perjuangn mahasiswa. Pelajar memohon masuk ke KUiN untuk menjadi pelajar, bukan sebagai pentadbir.

JAWAPAN
-          Kenyataan yang diberikan oelh Sanusi adalah kenyataan yang menggambarkan ketakutan sebuah Kerajaan berhadap denga suara mahasiswa , dan kenyataannya adalah persis kenyataan pimpinan BN yang takutkan mahasiswa.
-          Apa sahaja persoalan yang ditimbulkan mahasiswa walaupun sekecil mana pun , itulah suara rakyat dan tidak boleh dinafikan.
-          Pelajar KUIN masuk KUIN memanng untuk belajar , tetapi bukan hanya untuk mendapatkan segulung sijil. Ilmmu yang dipelajari perlu diterjemahkan dalam bentuk Islam yang hidup. Kebenaran tetap dinyatakan walaupun Sanusi dan KUIN merasa pedih.
-          Kenapa mahasiswa menolak BN dalam siri demonstrasi mendapat pujian pakatan rakyat , tetapi bila pakatan rakyat memerintah kenapa Bikin tak Serupa Cakap.

JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG KELIMA

Beliau berkata :Kes ini telah dibawa ke mahkamah, biar mahkamah memutuskan dalam semakan kehakiman yang dipohon dan di failkan oleh pelajar. Prosedur tindakan tatatertib telah dibuat selaras dengan kehendak akta dimulai dgn penubuhn jawatankuasa siasatan ( bg menentukan adanya prima facie kes) yg diketuai oleh Prof Dr Wan Sulaiman. Jawatankuasa Disiplin melaksanakan prosiding dengn betul di ketuai oleh Prof Dr Muslim dan Jawatankuasa rayuan (diketuai Prof Madya Dr Zakarian Man) telah mempertimbangkan rayuan. - hukuman kekal.
Tembalan Presien PAS menyokong KUIN 5, siapa Sanusi dengan Timb Presiden

JAWAPAN:
-          Prosiding yang dilakukan oleh Jawatan kuasa Disiplin yang diketuai oleh Dr Muslim dijalankan dengan tanpa menuruti garis panduan tatatertib yang sah:
o   Keputusan perbicaraan dibuat sejurus selepas perbicaraan dilakukan, tanpa membuat analisa dan kajian di atas perbicaraan. Mahkamah lain pun mengambil masa beberap hari untuk memastikan hukuman itu adil dan saksama, tetiba sahaja Mahkamah KUIN tak perlukan masa untuk mengambil keputusan.
o   Jawatankuasa tidak member peluang kepada 5 pelajar yang dituduh mendatang bukti dan saksi bagi tujuan pembelaan
o   Jawatankuasa disiplin bertindak mengelluarkan keputusan tanpa sebarang nota perbicaraan. Saudar Faiz telah menulis secara rasmi untuk mendapatkan nota perbicaraan namun gagal diberikan pihak KUIN kerana KUIN tak tulis pun . Setelah didesak oleh Faiz , hingga kini nota perbicaraan gagal diberikan oleh KUIN sedankan  di dalam Buku tatatertib KUINmembenarkan si yang dituduh atau waris mendapatkan salinan nota perbicaraan.

Sehubungan itu pihak Gerakan Mahasiswa Prihatin KUIN mengharapkan agar Sanusi tidak lagi membuat provokasi dan penipuan terhadap dakwaan yang berkaitan pelajar yang telah diberikankemenganan oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini. Ini adalah kerana berbohong itu berdosa , dan orang yang sentiasa melakukan dosa akan masuk neraka (Minta dijauhkan)

Yang benar,
Mahasiswa Prihatin

Wednesday 16 May 2012

DOA DAN DOKONGAN BUAT 5 OKT

Pesanan buat semua penyokong dan pendokong KUIN5.


 Belajar dari sirah.  
Syukur kita panjatkan ke hadrat illahi dengan limpah kurnia dan rahmatnya, telah bergema kembali gelombang perjuangan mahasiswa. Bermula dari Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, 10 Mei 2010, jam 5.05 petang, terus terbang laju ke utara semenanjung. Bertebaran ucapan pujian buat Rabbul Jalil atas kemenagan ini. Tetapi “jangan terlalu gembira dengan kemenangan yang kita kecapi hari ini, kemungkinan ada perancangan pihak musuh yang kita belum ketahui”.
Seperti mana yang telah berlaku pada bulan syawal tahun kelapan hijrah. Ketika pembukaan kota mekkah. Rombongan 10 000 orang Islam bersama Rasulullah berarak masuk ke kota makkah dengan laungan pujian kepada Allah.
Setelah itu ummat Islam hidup dengan gembira, aman, damai dan selesa di dalam kota mekkah. Sehingga ada di antara kaum quraish yang pernah memusuhi Baginda bertukar menjadi orang yang menyebelahi baginda, disebabkan keadaan tersebut maka marahlah para pembesar Huwazin dan Thaqif kepada Baginda dan orang Islam seluruhnya.

Para pembesar yang diketuai oleh Malek b. Aus, telah mengumpulkan tentera kafir quraish dengan tujuan untuk memerangi baginda Rasulullah dan orang islam di dalam Kota Makkah di suatu Daerah yang bernama Daerah Hunain.
Peperangan Hunain.
Rasulullah yang mengetahui perancangan itu telah keluar bersama 12 000 tentera Islam ke Daerah Hunain bagi mempertahankan Kota Makkah. Di dalam perjalanan ke daerah tersebut terpacul satu kata-kata dari salah seorang Islam dari kaum Ansar, “Pada ketika ini, Allah pasti memenangkan Islam, kerana bilangan kita telah ramai”. Tanpa dia sedar bahawa kemenangan itu adalah terletak kepada Allah, dan bukanlah terletak pada bilangan tentera Islam yang ramai itu. Rasulullah yang mendengar percakapan itu, menangis.
Sesampai di daerah tersebut pada waktu pagi, dengan secara tiba-tiba mereka diserang hendap oleh tentera musuh, dan telah menyebabkan mereka lari bertempiaran tanpa menghiraukan antara satu sama lain. Mereka di hujani dengan lembing, anak panah dan juga pedang dari segenap penjuru, sehingga mereka tidak boleh memikirkan apa-apa melainkan dengan melarikan diri. Ia seperti kafarah yang Allah lemparkan kepada mereka di atas ucapan mereka.
Ramai tentera yang mati. Di dalam kekalutan itu, Rasulullah yang sedang menitiskan air mata akibat kafarah yang diterima tentera muslimin itu, dan turunlah ayat alQuran yang bermaksud “mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah menolaknya, malah berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai”
Baginda lalu melutut, dan mengenggam pasir, lalu dibacakan doa yang diilhamkan Allah pada ketika itu, ditiup kepada pasir tersebut dan dileparkan ke muka tentera musuh. Dengan serta merta keluarlah tentera Allah dari langit dan bumi bagi membantu tentera Islam. Sebagaimana yang telah diceritakan oleh Allah di dalam surah at-Taubah.
Pesan2 


Ingatlah sahabatku, jangan kita ulangi perbuatan yang sama yang telah berlaku pada tahun ke 8 hijrah itu. Berapa ramai dalam kalangan kita yang menjadi penyokong dan pendokong melakukan sujud syukur selepas mendapat berita kemenangan ini??? Teruskanlah, dengan sujud syukur, teruskalah, dengan solat hajat dengan kejayaan yang telah Allah kurniakan kepada kita mahasiswa dalam melawan pentadbiran yang zalim ini. Bersatulah kita apabila kita sudah mengetahui dimana kebenarannya, jangan kita biarkan musuh mencelah di dalam perjuangan ini. Insyallah kemenangan sentiasa menjadi milik kita. – pesanan ini juga pesanan untuk diriku dan diminta sampaikan kepada semua.sebarkan kepada semua penyokong dan pendokong untuk laungan "Student Power" sehingga ke akhirnya bersama redha Allah. Wallahua’lam.

Tuesday 15 May 2012

KUIN 5 / 5 OKT : MAHASISWA MENANG KALI KEDUA LAWAN AUKU / AKTA 555


Muhammad Safwan Anang @ Talib,

Tanggal 10 Mei lalu telah menyaksikan bagaimana mahasiswa menang buat kali kedua bagi kes mahasiswa mencabar undang-undang drakonian iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mahkamah telah memutuskan kemenangan bagi pihak 5 orang mahasiswa daripada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) apabila mereka telah mencabar keputusan penggantungan 5 orang pelajar KUIN yang didakwa bersalah atas perbuatan melakukan demonstrasi di dalam kawasan kolej Mei 2011.

Kemenangan pertama mahasiswa adalah apabila mahkamah juga telah memutuskan kemenangan bagi pihak 4 orang mahasiswa daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah di dakwa melanggar AUKU kerana terlibat dengan kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Akhirnya mahkamah juga telah memutuskan kemenangan bagi pihak mahasiswa walaupun selepas itu kedengaran Perdana Menteri akan membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan pula.

Perkara ini sangat mendukacitakan kerana sebelum diputuskan kemenangan mahasiswa tersebut, kerajaan juga telah membuat pengumuman penting bahawa mahasiswa akan dibenarkan terlibat dengan politik setelah AUKU dipinda.  Mahasiswa masih ragu dengan perubahan yang bakal dilaksana oleh kerajaan melihat kepada senario yang melanda dalam kes 4 mahasiswa UKM ini.

Apa yang mahu saya tegaskan di sini, memandangkan kes 5 orang mahasiswa daripada KUIN ini adalah berbeza daripada apa yang berlaku di kampus-kampus IPT lain adalah berkenaan pentadbiran KUIN dibawah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah seharusnya menolak penggunaan sebarang undang-undang zalim seperti AUKU yang mencengkam kebebasan suara mahasiswa. Terbaru juga mengenai AUKU apabila saya dan 2 orang mahasiswa Universiti Malaya juga telah digantung pengajian dek kerana demonstrasi pemansuhan PTPTN. Inilah undang-undang yang membuatkan ramai kalangan mahasiswa tidak berani kehadapan sedangkan mereka adalah jurubicara rakyat!

Menjelang pilihanraya umum ke – 13 ini, amat besarlah hasrat mahasiswa untuk melihat perubahan dalam negara menuju Malaysia yang lebih sejahtera. Perubahan yang bakal terlaksana dalam negara terutama kami di peringkat mahasiswa mahu AUKU dimansuhkan dan bukan sekadar dipinda bagi kepentingan mana-mana parti politik sekalipun.

Universiti perlu dibebaskan sama sekali daripada pengaruh politik dan mahasiswa perlu diberikan kuasa autonomi seperti mana yang telah dituntut dalam Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik sebelum ini iaitu memansuhkan AUKU dan AKTA 174, membebaskan ilmuan berakademik, membebaskan mahasiswa bersuara, memberi hak mahasiswa mengurus pilihan raya kampus, membebaskan mahasiswa mengurus persatuan dan aktiviti dan memberi hak kepada mahasiswa berpartisipasi dalam politik sepenuhnya.

Kami merasakan pemansuhan AUKU ini akan memberikan banyak perubahan kepada mahasiswa di menara gading. Salah satu perkara yang ingin saya tegaskan juga kepada mahasiswa di luar sana, janganlah berfikiran tertutup dengan agenda pemansuhan AUKU ini. Kami sering dikaitkan dengan agenda pembangkang sekiranya tidak selari dengan kerajaan sedangkan agenda pemansuhan AUKU ini tiada kaitan langsung dalam memberi kepentingan kepada pembangkang mahupun kerajaan. Ianya adalah tuntutan hak mahasiswa dan ahli akademik supaya tidak dicengkam undang-undang zalim.

Kita tahu bahawa semua pihak ingin melihat mahasiswa maju tampil kehadapan dan bukan sekadar belajar di bilik kuliah tanpa mempedulikan keadaan sekeliling serta menyelesaikan permasalahan yang kian meruncing dalam negara termasuklah gejala-gejala negatif, membanteras rasuah, menolak politik tidak matang dan memimpin negara akan datang. Ayuh, bebaskan mahasiswa!

Muhammad Safwan ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia sesi 2012/2013

Thursday 10 May 2012

5 MAHASISWA KUIN MENANG : KEBANGKITAN MAHASISWA PRIHATIN 2.0

Ribuan mahasiswa menantikan GERAKAN PRIHATIN 2.0

Jom sem depan berdiri dan bantah kenaikan yuran bersama PRIHATIN 2.0
 
10 Mei 2012 memang tarikh penuh dramatik dan menempa sejaran gerakan mahasiswa khususnya di Utara. Setelah menanggung kesabaran di atas kezaliman yang dilakukan KUIN dan pihak Kerajaan Negeri yang menghukum dengan hukuman zalim menurut akta 555 yang selari dengan akta AUKU kini mereka telah berjaya membuktikan kepada mahasiswa bahawa :

MAHASISWA TIDAK BOLEH MENJADI PENGECUT DAN PENAKUT

MAHASISWA BERDIRI ATAS KEWARASAN PRINSIP BUKAN TAASUB MEMBUTA TULI

MAHASISWA AMAT PRIHATIN DENGAN SEMUA ISU PERSEKITARAN BUKAN HANYA ULAT BUKU

MAHASISWA BOLEH MENUMBANGKAN KERAJAAN JIKA BERLAKU ZALIM 

Hakim Mahkamah Tinggi, Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan keputusan KUIN menggantung 5 OKT adalah  melampaui kuasa dan pelajar terbabit boleh meneruskan pengajian mereka di KUIN.
"Perintah perisytiharan bahawa kaedah-kaedah Kojej Universiti Insaniah (Tatatertib Pelajar 2007) adalah ultra vires (BERCANGGAH DAN MELAMPAUI) di bawah Seksyen 46 (1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. "Perintah deklarasi/perisytiharan bahawa Kaedah-kaedah Kolej Universiti Insaniah (Tatatertib Pelajar) 2007 juga ultra vires," katanya.

Apa yang sangat menarik 5 OKT yang hanya diwakili peguam Azhana Mohd Khairudin  (peguam JUNIOR berumur 25 tahun) dapat MENGALAHKAN peguam  KUIN yang dikatakan sangat hebat iaitu Karpal Singh.Ini benar-benar memalukan KUIN dan Karpal yang sebelum dikatakan hero kebebasan rakyat namun dengan sebab menjadi wakil kepada KUIN yang menyekat kebebasan mahasiswa , kehebatannya tersungkkur ditangan mahasiswa dan peguam yang sangat junior.

5 OKT cabar Rektor letak jawatan gagal tangani krisis
Betapa profesionalnya 5 OKT iaitu  (Mohd Faiz Mohd Arshad, 29; Muhamad Aiman Che Ab Razab, 23;  Mohd Azlan Mat Zain, 32; Ahmad Remi Mohd Aras, 25 dan Zulkhilatif Marzukh.) langsung tidak menuntut ganti rugi masa dalam pergantungan kerana tanda sayangnya HERO MAHASISWA PRIHATIN kepada KUIN dan Kerajaan, namun ramai juga pengikut taasub politik dan 'kaki kaki bodek'  terutama di kalangan pak turut tuli pemuda menghentam 5 OKT dengan mengatakan 5 OKT nak malukan KUIN dan gilakan duit untuk menyaman KUIN. Tahniah 5 OKT kerana begitu profesional,

Persoalan pada hari ini dalam keadaan :
- Yuran KUIN yang diisytihar sendiri oleh MB akan naik
- Kebajikan pelajar yang diabaikan
- Isu PTPTN yang selalu tiada jalan penyelesaian
- Hak kebebasan mahasiswa yang sentiasa disekat.

Siapa pula yang mahu menjadi MOHD FAIZ 2.0. Adakah MPM tahun ini berani langtang memperjuangkan suara mahasiswa khususnya pimpinan tertinggi. Atau hanya sekadar mahu bincang..mahu bincang .. mahu bincang dengan HEP dan pentadbiran KUIN yang akhirnya tidak menyebelahi mahasiswa. Dalam laman sesawang dan Facebook pelbagai cemuhan kepada MPM 2012 yang terlampau menjadi pak turut pentadbiran KUIN , gagal bertindak melainkan..kita akan berbincang..kita akan berbincang... sehingga dah tak larat nak tunggu bila nak habis bincang.

KARPAL KALAH DENGAN MAHASISWA
Oleh itu SKUAD MAHASISWA PRIHATIN akan meneruskan kebangkitan pada semester hadapan. Walaupun yuran dikenakan dengan sangat mendadak kepada adik adik baru tetapi mereka tetap mahasiswa yang perlu dibela. 

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Telah terbukti suara mahasiswa KEBAL, ayuh kita semarakkan kebangkitan baru PRIHATIN 2.O pada semester hadapan.

Wednesday 9 May 2012

10 MEI TARIKH KERAMAT STUDENT POWER



Setelah berlalu hampir setahun kes perbicaraan 5 pejuang mahasiswa KUIN (5 OKT) , bermula daripada prosiding tatatertib KUIN hinggalah dijatuhkan hukuman dan rayuan hukuman ditolak oleh MB Kedah dan Rektor KUIN, kemudian dibawa kemuka pengadilan mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dalam proses di Mahkamah Tinggi pelbagai ujian dihadapi oleh 5 OKT dan penyokong dan pendokong mereka, walaupun beberapa kali perbicaraan ditunda, walaupun 5 OKT menewarkan penyelesaian di luar mahkamah agar dapat meredakan isu, namun ditolak dengan ego oleh KUIN dengan alasan KUIN boleh menang kerana bersandarkan kepada ketokohan peguam Karpal Sigh. Penantian yang lama sepatutnya akan berakhir pada 4 Mei yang lalu namun atas faktor-faktor ketelitian hakim memohon untuk menangguhkan keputusan perbicaraan pada 10 Mei 2012 (Khamis). 

Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kepada gerakan mahasiswa di sebuah IPT yang kononya mendokong kemuliaan agama dan perjuangan suci. 

Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kerana jawapan kepada kezaliman pihak pentadbiran KUIN ke atas mahasiswa akan didedahkan. Kebenaran pasti akan menyinar

Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kerana itulah bukti kepada "STUDENT POWER" . Yang lemah akan menewaskan yang berkuasa.

Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kerana Allah akan memberi jawapan kepada kebenaran yang dinafikan pentadbiran KUIN.

Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kerana perlu disambut setiap tahun memperingati perjuangan  5 OKT yang melakarkan sejarah memahat kebanggaan mahasiswa KUIN.