Labels

Wednesday 1 February 2012

TINDAKAN KEPADA KUIN 5 SAMA SEPERTI AUKU

Sehari dua ini beberapa pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Kedah  telah mendakwa bahawa tindakan yang dikenakan bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS).

Kami skuad mahasiswa prihatin amat mengetahui situasi sebenar kezaliman yang telah dilakukan oleh KUIN  kepada 5 orang sahabat kami . KUIN mengenakan tindakan menurut :

KAEDAH TATATERTIB PELAJAR 2007

1. Memberi ucapan menggunakan pembesar suara (healer)
2.Mengadakan kenyataan akhbar kepada orang ramai/awam
3.Dituduh menggangu ketenteraman awam (walaupun dalam demo dibuat dalam kawasan asrama tahfiz)
(Sila rujuk kepada surat hukuman yang dikenakan kepada  Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.)

Cuba kita rujuk kepada Akta AUKU perkara yang sama termaktub, iaitu :

Perkara yang sama juga termaktub dengan tindakan yang dikenakan (Klik di sini untuk keterengan lanjut)

0 comments:

Post a Comment