Labels

Wednesday 15 February 2012

ISU KUIN YANG SEBENARNYA. SETPOL MB TAK MAHU SIASAT KER??

Kami mendapat email agar menyiarkan artikel daripada sebuah blog, setelah kami baca dan kami boleh membuat kesimpulan bahawa masalah dalaaman KUIN amat parah dan mangsanya ialah kita mahasiswa, mari baca artikel ini :

Isu KUIN sekarang menjadi 1 isu yang utama di kedah kerana ianya mendapat liputan meluas dari blog-blog, wartawan-wartawan dan juga pemerhati politik. Mungkin ramai yang tak tahu isu KUIN ini sebenarnya ialah 1 isu yang kecil sahaja dari KUIN itu sendiri.
KUIN sebenarnya memiliki lebih banyak isu yang tak diketahui oleh kebanyakkan dari kita. Wak berkesempatan berbual dengan beberapa kakitangan dan juga pelajar KUIN yang menyatakan masalah sebenar yang berlaku di KUIN itu sendiri. Mereka meluahkan isu kebajikan staf, bonus, gaji, penempatan pelajar, pengangkutan dan sebagainya. Ada juga yang menyentuh isu anak syarikat dan kroni yang berlaku di KUIN. Disini, Wak ingin menyenaraikan isu-isu yang dibangkitkan oleh kakitangan dan juga pelajar. Wak nak si setpol MB Kedah baca apa yang Wak tulis dan siasat. Jangan asyik salahkan UMNO atau orang lain. Belajar salahkan diri sendiri.

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KAKITANGAN KUIN

1)      1) Bonus tidak dibayar

-          Umum mengetahui bahawa penjawat awam telah menerima durian runtuh daripada kerajaan didalam bajet 2012 dimana bonus ½ gaji telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Ini bermaksud kakitangan Kerajaan menerima bonus 1 bulan gaji bagi tahun 2011( ½ sebelum raya puasa yang diumum lebih awal dan ½ lagi yang diumum didalam bajet 2012 ). Bagi kakitangan Kerajaan Negeri Kedah mereka juga mendapat jumlah yang sama kerana Menteri Besar juga mengumumkan jumlah yang sama.  Maka boleh dikatakan semua agensi dibawah Kerajaan Negeri juga membayar Bonus seperti yang diumum oleh Menteri Besar. Tetapi tidak bagi kakitangan yang berkhidmat di KUIN kerana mereka hanya menerima ½ bunus sahaja (yang dijanjikan sebelum hari raya puasa). Itu pun mereka mendapatnya lewat daripada tarikh yang dijanjikan. Mereka mendakwa sebelum ini (ketika BN memerintah) tak pernah berlaku masalah seperti ini. Maka pihak kerajaan negeri perlu peka terhadap masalah ini dan menjaga kebajikan mereka. Bagi Wak hak mereka para kakitangan perlu diberikan kepada mereka.



2)     2)  Gaji lambat masuk
-          Wak lampirkan contoh tarikh pembayaran gaji mengikut surat pekeliling yang diguna pakai oleh setiap jabatan dan agensi kerajaan.  

Tetapi di KUIN ianya tidak berlaku seperti ini. Kadangkala pada 25hb, kadangkala 29hb dan ada juga pernah mencecah tarikh 31hb. Jika ada tarikh 40hb mungkin KUIN juga akan membayarnya pada tarikh itu. Ianya menyukarkan para kakitangan merancang kewangan mereka kerana ada yang perlu membayar hutang kereta sebelum sesuatu tarikh dan jika terlambat kos/penalti akan dikenakan. Nampak seperti perkara remeh tetapi jika setiap bulan berlaku dan caj/penalti sebanyak RM 10, maka jika 1 tahun ianya bersamaan dengan RM 120. Kenapa perlu membebankan kakitangan? 




3)      3) Potongan Bank dan KWSP

-          Ramai dikalangan kakitangan KUIN mendakwa mereka mendapat surat atau panggilan telefon dari pihak bank yang menyatakan mereka mempunyai tunggakan bayaran ansuran untuk pinjaman mereka seperti pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan pinjaman pengajian (PTPTN) yang mana mereka melakukan potongan gaji terus dari majikan (KUIN). Ini bermakna pihak KUIN yang lambat membayar jumlah potongan itu ke pihak bank atau institusi berkaitan. Siapa yang akan menanggung kos pentadbiran, guaman, notis dari pihak bank? Sudah tentu pihak KUIN lepas tangan didalam isu ini. Masalah KWSP juga sama kerana jika melihat dari penyata mereka nampak seperti ada kecelaruan. Ini menunjukkan KUIN berada dibawah pentadbiran yang cukup lemah. Masalah ini juga bermula selepas kerajaan baru mengambil alih. Wak berharap pihak kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu seperti menghantar wakil dari jabatan audit negeri untuk menyiasat perkara ini dan laporannya dibentangkan kepada umum.




4)      4) Anugerah Cemerlang

-          Menurut beberapa kakitangan KUIN yang sempat Wak temui, sejak tahun 2008 sehingga kini tiada lagi Hari Anugerah Cemerlang di KUIN. (Mungkin semua kakitangan KUIN sudah tidak lagi cemerlang agaknya). Apa ceritanya ni. Hari Anugerah Cemerlang sepatutnya diadakan setiap tahun. Inilah cara bagi menghargai kakitangan yang berkerja menaikkan nama sesuatu jabatan dan organisasi. Bukannya melibatkan kos yang tinggi. 




5)      5) Kroni

-          Mula-mula si suami masuk kerja, kemudian bawa isterinya pula, anak menantu pun tak dilupa, Sepupu sepapat pun ada. Ini bukan nurkilan Wak tetapi nurkilan dari kakitangan KUIN yang kecewa dengan apa yang berlaku. Dikhabarkan pihak SPRM telah masuk untuk menyiasat isu ini. Si suami dan isteri berjawatan Dekan manakala menantu berjawatan Timbalan Dekan. Sepupu sepapat tu Wak tak pasti jawatannya sebab beliau berkhidmat di  anak syarikat KUIN tetapi tak salah Wak besar juga jawatannya ...................................
(baca lanjut di dalam  adikwak.blogspot.com)

0 comments:

Post a Comment