Labels

Thursday 28 July 2011

Assalmualaikum Warahmatullah,

Dan Selamat Sejahtera,

Mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah mengizinkan Himpunan Aman Mahasiswa PRIHATIN  berjalan lancer dan jayanya. Allah menghimpunkan kita dibawah satu rahmat, himpunan yang penuh hikmah danberadab, tidak ada sebarang provokasi da ntindakan-tindakan yang mengganggu ketenteraman awam.


Jutaan tahniah diucapkan kepada semua sahabat-sahabat mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah kerana Berjaya hadir ke Himpunan Aman Mahasiswa PRIHANTIN, ini membuktikan bahawa mahasiswa Kuin hari ini celik dengan permasalahan yang berlaku dan membuktikan kepadapihak pentadbiran kolej bahawa mahasiswa Kuin hari ini adalah mahasiswa yang prihatin dan inginkan penyelesaian terhadap apa yang dituntut.
Himpunan semalammembuktikan kepada pihak pentadbiran kolej, bahawa mahasiswa Kuin hari ini matang dalam menyuarakan hasrat mereka. Walaupun himpunan aman semalam tidak mendapat kelulusan,  tetapi bagi kita mahasiswa, ini adalah hak kita, kita perlu menyatakan hasrat kita, apa bezanya himpunan Kuin dengan himpunan BERSIH dan sebagainya, BERSIH juga tidak mendapat kelulusan pihak polis, tetapi kenapa rakyat tetap bangkit menuntut hak mereka walaupun bakal berhadapan dengan gari dan penjara. Himpunan Aman Mahasiswa PRIHATIN juga begitu, tidak mendapat kelulusan bukan bermakna mahasiswa tidak boleh bersuara.Walaupun hukuman menanti dihadapan.Kita bukan mahasiswa yang pengecut dan mudah mengalah.

Paling mengecewakan semalam adalah sikap pentadbiran kolej yang tidak professional dalam menangani isu pelajar. Kenapa perlu menjemput dan melibatkan waris untuk berhadapan dengan isu ini. Dengan keadaan usia yang sudah mencapai umur  63 tahun, keadaan kesihatan yang tidak menentu, hidup sendirian tanpa orang yang disayangi disisi, boleh kita bayangkan apa yang ada dikotak fikiran ibu waktu itu. Bagi saya suatu tindakan kotor dan menjijikkan, kalau betul pentadbiran di pihak yang benar kenapa tidak tampil memberi penjelasan kepada pelajar.

Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian, di UniversitiSain Islam Malaysia (USIM), setiap bulan naib canselor USIM turun padang berhadapan denganpelajar-pelajar, dan mendengar permasalahan yang berlaku, inilah yang kita harapkan supaya wujud situasi seumpama ini di Kuin. Apa yang kita pasti pentadbiran Kuin takut untuk berhadapan dengan pelajar, kenapajadibegini? Sahabat-sahabat lebih bijak untuk menilai situasi ini.

Apa pun sayamengucapkan syabas kepada pihak penganjur Himpunan Aman Mahasiswa Prihatin (PRIHATIN,) dan MajlisPerwakilan Mahasiswa (MPM), serta seluruh mahasiswa yang tampil memberanikan diri hadir kehimpunan semalam. Saya berharap agar kita mengekalkan momentum ini dan terus bersama kami MPM untuk terus menuntut pembelaan terhadap 6 mahasiswa dan menuntut hak bersuara dan kebajikan kita.Kita sudah melangkah jauh kehadapan, jangan kita undur walau selangkah.
Timb.Presiden 2,

0 comments:

Post a Comment