Labels

Sunday 24 July 2011

Stanza PRIHATIN

Hiiiiidup Hiiiiidup, Mahasiswa....
Mahasiswa, sudah bangkit....
Studenttttt....? POWERRR!

Itulah laungan keramat mahasiswa Insaniah pada 11.1.11 yang lalu umpama tsunami kebangkitan mahasiswa mengulangi semangat tahun 70-an mengGEGARkan seluruh negara. Gelombang kebangkitan mahasiswa Insaniah ini berasaskan kesedaran yang terpendam  yang akhirnya dapat dizahirkan melalui himpunan mega tersebut. Dalam himpunan itu, mahasiswa menuntut supaya pihak pentadbiran mengambil perhatian serius berkenaan isu-isu kebajikan, PTPTN, bayaran dan caj tambahan, serta etika pemakaian staf seterusnya melaksanakan tindakan yang sewajarnya.

Simptom himpunan telah merebak hingga ke asrama Kuliyyah Tahfiz. Akhirnya, 1.4.11 telah berlaku demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah dirampas untuk pembangunan Sekolah Insan Bestari. Kronologi daripada kejadian ini menyaksikan seorang pensyarah dan enam orang mahasiswa mendapat tindakan pentadbiran.

Mahasiswa PRIHATIN kali ini memaparkan bagaimana zalimnya pihak pentadbiran membuat tindakan yang tidak rasional. OKT tersebut terpaksa menanggung tindakan tatatertib yang begitu jijik dan tidak bertamadun. Kebebasan bersuara dianggap keganasan. Idealisma mahasiswa dipenjarakan. Akibatnya mahasiswa umpama lembu. Ditarik-tarik dan diperhambakan. 

Sekalipun isu OKT ini sedang membahang, usaha PRIHATIN terhadap 6 orang OKT tetap diteruskan. Tabung sumbangan telah diedarkan melalui wakil-wakil mahasiswa yang PRIHATIN. Anda diminta menyediakan wang semampunya sepanjang masa. KePRIHATINan anda merupakan bukti membalas jasa baik mereka semasa mewakili mahasiswa menuntut hak di hadapan pentadbiran.

*****

Rupanya perjuangan ini tidak terhenti setakat itu. Tindakan primitif pentadbiran Insaniah menyebabkan perjuangan menuntut hak ini terus berpanjangan. 6 orang OKT menyebabkan puluhan malah ratusan yang bangkit menyahut agar pihak pentadbiran menggugurkan hukuman mereka serta merta. Tinjauan skuad MPM melaporkan hampir keseluruhan pelajar Insaniah menyokong agar OKT ini dibebaskan dari hukuman. Sehubungan dengan itu, timbul pula fenomena baru yang terpaksa dihadapi mahasiswa. Star Gate umpama alat percaturan pentadbiran untuk mempermainkan mahasiswa dalam konteks kebajikan, pendidikan dan kewangan. Manakan tidak! yuran dan kemudahan sangat jauh dari kewajaran yang ada. Mahasiswa di sana tidak berpuas hati dengan:

1  bilik asrama yang bertaraf sekolah menengah,
2 pintu asrama muslimat yang tidak menjamin keselamatan, 
3 tidak ada pusat sumber sebagai rujukan, 
4 ketiadaan bilik pensyarah, 
5 tidak ada wireless, 
6 tidak mendapat taklimat PTPTN, 
7 denda drop subjek yang membebankan (RM 50.00 setiap subjek),
8 pejabat pentadbiran yang masih dalam proses pembikinan membebankan mahasiswa kerana terpaksa    berulang-alik ke KUIN induk semasa berurusan. (10km dan banyak trafic light)

Perjuangn seorang pelajar bertaraf universiti. Kononnya sabar menuntut ilmu. Tetapi duitnya habis dibayar tanpa perkhidmatan yang sewajarnya. Andai kita mahasiswa sedar dan peka, kita tak akan diam membisu ditindas dan diperalatkan. Ibu bapa bersusah payah membelanjakan kita dengan ribuan ringgit demi perkhidmatan pengajian yang tidak memuaskan? adakah ini wajar? 

***ANDA MAMPU MENILAINYA***

                                                  you are not alone...


0 comments:

Post a Comment