Labels

Wednesday 27 July 2011

Siswa kuin tuntut gugur hukuman

NONE


27 Julai 2011 : Kira-kira 300 siswa mengadakan perhimpunan aman Mahasiswa PRIHATIN di perkarangan speaker corner berhadapan pejabat Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah kerana membantah penggantungan lima siswa sekaligus menuntut pihak pentadbiran menggugurkan hukaman tatatertib yang dikenakan keatas mhasiswa tersebut. 






Himpunan yang berjalan secara aman ini  di kendalikan oleh Skuad Prihatin mengemukankan 4 tuntutan utama kepada pihak pentadbiran Kolej antaranya ialah menuntut hukuman 6 mahasiswa digugurkan,menuntut hak kebebasan bersuara,menuntut agar pihak pentadbiran lebih prihatin dalam menyelesaikan masalah kebajikan dan menuntut agar Diploma Tahfiz dikembalikan kepada pentadbiran KUIN. Peserta perhimpunan hari ini - yang memakai ikatan merah di kepala dan membawa plakad yang menuntut pihak pengurusan KUIN menimbang semula hukuman penggantungan dan denda itu.




Menurut Timbalan Presiden Saudara Firdaus Bakar, Himpunan ini tidak mendapat keizinan diperingkat HEP walaupun pihak MPM telah menghantar surat memohon izin.Namun begitu, himpunan ini tetap diteruskan setelah perbincangan di buat diperingkat pimpinan MPM kerana melihat kepentingan utama dalam memperjuangan nasib mahasiswa yang tertindas tidak diberi perhatian oleh pihak pentadbiran.

Pekeliling Ancaman

Tindakan pihak HEP yang  mengeluarkan surat pekeliling mengharamkan himpunan dan memberi ancaman untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada mahasiswa yang berhimpun adalah satu tindakan yang menunjukkan sikap autokratik dan tidak professional dalam menghadapi mahasiswa yang ingin bersuara secara aman,menggunakan kuasa untuk menyekat hak-hak dan kebebasan bersuara.Apatah lagi,bila Timbalan Rektor Prof.Zakaria Bin Man bertindak memanggil ibu Timbalan Presiden saudara Firdaus  Bakar tanpa pengetahuan beliau sebagai langkah untuk menghalang Saudara Firdaus Bakar  menjadi Leader dalam menjayakan himpunan aman ini,menggunakan ibu sebagai umpan untuk menjatuhkan moral beliau.


Tindakan Prof Zakaria Man mendapat kecaman daripada barisan pimpinan MPM dan seluruh mahasiswa yang hadir.

 Penyerahan Memorandom kepada wakil Rektor

Himpunan ini bermula dengan laungan asma’ul husna dan lagu Negaraku,seterusnya ucapan alu-aluan oleh pengerusi dan ucapan muqaddimah oleh Dr.Ali Sayyid Ash-Shimiy yang menasihati mahasiswa agar tenang dan bersabar,kemudian disusuli dengan pidato berantai oleh barisan pimpinan MPM dan persatuan kuliah iaitu Saudari Khairunnisa’ Mohammed,Saudari Mariyam Sa’ari, Saudara Rozaili Baharudin dan Saudara Firdaus Bin Bakar seterusnya ditutup dengan doa oleh pensyarah dari kuliah Usuluddin dan kemudiaan berarak ke hadapan pejabat Rektor untuk menyerahkan memorandom 4 tuntutan prihatin kepada wakil Rektor yang ada.Himpunan berjalan dengan aman dan berdisiplin tanpa  sebarang kerosakan dan provokasi seperti yang di anggap oleh pihak pentadbiran.

0 comments:

Post a Comment