Labels

Tuesday 19 July 2011

Buatmu Mahasiswa



Mahasiswa dari kota tanah air,
Bangunlah!
Angkat matamu dari buku lampaui dinding lampaui tembok semua,
Menunggu mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota.
Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini sebaris dengan kami
Para buruh  dan petani di jalan sungai besi,
Sederap belajar dari hidup berani.
Lepaskan tangan halus kekasih di tasik,
atau bersamanya berjalan ke parlimen, 
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara!

Usman Awang, September 1961

0 comments:

Post a Comment