12 Mac - Karpal Sigh (peguam KUIN) dilihat tersepit dalam menjalankan tugas sebagai peguam KUIN bagi hadapi saman 5 pelajar yang digantung (5 OKT) ketika berhapan dengan peguam 5 OKT di Mahkamah Tinggi Jalan Duta baru-baru ini. Karpal jika menang dalam kes ini akan memberi tamparan hebat kepada beliau yang selalu memperjuangkan hak kebebasan rakyat tiba-tiba dilihat sebaliknya menyekat hak kebebasan bersuara mahasiswa KUIN selain bercanggah dengan Buku Jingga .
Jika Karpal kalah , karpal akan tercalar krebiliti beliau sebagai peguam pakatan rakyat yang dikatakan hebat yang juga kalah kepada peguam 5 OKT yang juga daripada pimpinan pakatan rakyat (Hanipah Maiden, AJK PAS Pusat).
Karpal menurut sumber telah ditegur oleh Anwar Ibrahim dalam kes 5 OKT. Karpal dilihat sangat-sangat mengharapkan agar kes 5 OKT dapat di selesaikan di luar mahkamah supaya beliau tidak tersepit. Dalam perbicaraan baru-baru ini karpal menjangkakan kes akan selesai namun tidak seperti yang disangka kerana KUIN ego tidak mahu menghapuskan rekod kes, dalam erti kata lain tarik kes 5 OKT iktiraf tanda mererka tidak bersalah. Menurut sumber pihak KUIN memang telah menghantar surat untuk selesai diluar mahkamah tetapi masih tidak mahu tarik rekod 5 OKT. KUIN memang Ego.

Skuad Prihatin akan terus berjuang. Sebagaimana desakan mahasiswa prihatin kepada HEP yang mengenepikan dan meminggirkan tarbiah Usrah , desakan demi desakan yang akhirnya HEP terpaksa akur sungkur juga desakan mahasiswa prihatin dengan menjalankan usrah di hujung senja semester selepas hampir setahun tarbiah dipinggirkan HEP. Dahulunya HEP memberi alasan sistem usrah, struktur jabatan Nuqaba’ dan lain-lain lagi sebagai alasan untuk hentikan usrah, tetapi nyata ia hanya alasan.

Untuk rekod 5 OKT yang dituduh bersalah kerana 3 orang daripadanya menyertai demo tuntut hak bangunan tahfiz daripada diberikan kepada sebuah sekolah swasta manakala 2 lagi hanya mengeluarkan kenyataan media agar MB Kedah turun padang selesai masalah KUIN , mereka digantung KUIN 1 hingg 2 semester . Setelah 5 OKT membuat rayuan, rayuan mereka ditolak mentah-mentah oleh KUIN tanpa pengurangan hukuman. Setelah Rektor KUIN dan MB Kedah enggan menerima rayuan maka 5 OKT memfailkan saman di Mahkamah Tinggi dan melantik Hanipa Maiden sebagai peguam mereka,
TUNGGULAH NATIJAH DESAKAN MAHASISWA PRIHATIN,
SAMA ADA MENDAPAT PERTOLONGAN DARI ALLAH ATAU SYAHID DIJALANNYA.
13 Mac 2012
0 comments:
Post a Comment