Labels

Saturday 3 March 2012

DOA MAHASISWA DIZALIMI : Dulu arahkan Diploma Tahfiz dikeluarkandaripada KUIN, Sekarang siapa pula yang akan dikeluarkan daripada Kerajaan Kedah

Bermula daripada tarikh kerama 1 April 2011 tercetusnya demonstrasi membantah wujudnya sekolah swasta di atas tapak bangunan Tahfiz dan sebahagian pelajar tahfiz terpaksa dikeluarkan dari asrama sehinggalah akhirnya:
- Us Idrus (Timbalan Dekan Tahfiz ) ketika itu diKELUARKAN (dilucutkan) daripada jawatan Timbalan dekan dan ;

- Juga mesyuarat yang dipengerusikan oleh pemimpin tertinggi kerajaan Kedah memutuskan untuk diKELUARKAN Diploma Tahfiz daripada KUIN dan diletakkan di bawah Yayasan Islam dan ;

- Juga MENGELUARKAN (hukuman dihalang pembelajaran) satu hingga dua semester kepada 5 orang mahasiswa pejuang kebenaran

Allah Tuhan akan sentiasa bersama hambanya yang dizalimi walaupun masyarakat melihat seolah-olah mahasiswa agak agresif dengan pendirian dalam demo tersebut 

Allah akan sentiasa mendengar rintihan hambanya walaupun manusia salah sangka pada kami

kadang kala Allah boleh tunjukkan kuasanya secara tunai di dunia apabila hambanya yang dizalimi sentiasa berdoa pada Allah.

kadang kala orang yang memecat akan merasa gagah dengan kuasanya, tetapi hebat lagi kuasa Allah yang boleh memecat juga orang yang memecat hambanya yang dizalimi.

Kini krisis dalam Negeri Kedah mungkin angkara kezaliman yang dilakukan kepada mahasiswa KUIN. Penyelesaian hanyalah satu.. permohonan maaf mesti dibuat kepada semua warga tahfiz dan mahasiswa yang dizalimi... selagi tiada permohonan maaf, turunlah pimpinan daripada Pusat atau lakukanlah apa sahaja agenda perdamaian antara dua pimpinan tertinggi Kedah ,  Allah pasti akan terus tunjukkan kekuasaanya.

0 comments:

Post a Comment