Sudah menjadi bualan mulut semua siswa siswi KUIN terhadap pendekatan yang digunakan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar KUIN, Ustazah Rohani Binti Desa, beliau dikritik hebat kerana dengan sengaja memberhentikan program tarbiah usrah yang sebelum ini kian lama rancak berjalan di kalangan penuntut KUIN.
Walaupun kehadiran beliau sebagai ustazah memang dinanti nantikan oleh penuntut KUIN yang menggantikan En Zul yang ditolak siswa siswi KUIN, namun keadaan menjadi lebih buruk lantaran tindakan Ustazah Rohani menghentikan program tarbiah usrah yang kononnya menjadi kubu kuat penyokong tegar 5 OKT KUIN.
Adhoc Training Course (ATC)
Bukan sekadar itu bahkan program Adhoc Training Course (ATC) juga beberapa kali dihalang oleh Dekan HEP apabila mengeluarkan surat arahan kepada pengawal agar tidak membenarkan dewan digunakan oleh ATC hanya kerana prejudisme sedangkan program ATC hanya ingin melatih melahirkan siswa yang mahir dalam bidang Pengacaraan Majlis, Protokol, Aplikasi Design dan Akademi Fasilatator.
Ustazah juga pernah menghalang hak ATC untuk mengadakan lawatan ke KL menggunakan bas KUIN dengan alasan pelajar baru menggunakannya walhal kami telah diberi maklum oleh Us Azki yang menjaga Bas, tidak ada masalah kerana hari Jumaat dan Sabtu pelajar sudah tamat Minggu Silaturahim.
Jabatan Nuqaba'
Ustazah terlalu prejudis dengan pembawakan Jabatan Nuqaba' seolah menentang HEP, sedangkan Jabatan Nuaqaba' sebelum ini banyak membantu KUIN dalam aspek pembinaan akhlak dan sahsiah. Hingga kini USRAH BELUM DILAKSANAKAN DAN BELUM BEROPERASI semenjak ustazah Rohani menjadi Dekan HEP.USRAH DIHENTIKAN. Seluruh siswa siswi KUIN menjadi mangsa terbantut tarbiah. Pelbagai alasan diberi antaranya nak buat sistem ICMS yang baru bagi pelaksanaan usrah, silibus nak disemak semula, Ingin memilih Nuqaba' dan lain lain, namun hingga kini hampir SETAHUN USRAH TERGENDALA dan langsung tidak berjalan.Pelajar KUIN menjadi lebih parah kerana tiada tarbiah. Bila masalah sosial berleluasa , adakah seratus peratus hendak disalahkan kepada pelajar atau persatuan pelajar?
Triple T Training
Program latihan remaja Islam yang menggunakan aplikasi teknologi dan media mendapat sambutan hangat di kalangan penuntut KUIN , memberi nafas baru kepada kaedah usrah sesuai dengan remaja semua peringkat namun kini terkubur kerana apabila kertas kerja dibawa untuk melaksanakannya kepad HEP maka ia ditolak dengan beberapa alasan.Ramai alumni Triple T Training bertanya bila nak buat tahap dua ? kami terpaksa memberitahu hal sebenar yang berlaku, walaupun agak mendukacitakan...
Hinggakan poster SOLEHAH MARIYAM SA'ARI yang digantung bagi mengucapkan tahniah kerana mengharumkan nama KUIN di dalam TV al Hijrah pun dirampas HEP atas alasan tidak ada kebenaran. Setahu kami sebelum ini langsung tidak pernah pun mana mana banner program pelajar diberikan kebenaran. Atau kalau nak laksanakan peraturan baru seharusnya HEP bijak mengeluarkan notis terlebih dahuhlu agar mudah difahami pelajar.
Namun kami tetap mendoakan agar Allah terus memberi kekuatan dan hidayah kepada semua warga HEP supaya lebih mesra pelajar. Yang penting kami berharap Ustazah dapat SEGERA melaksanakan usrah yang sudah lama tergendala. please...Tolonglah ustazah, jika marahkan kepada kami skuad prihatin pun jangan sampai adik adik kami terbantut usrah. Kami harap perbuatan menghentikan beberapa gerak tarbiah di atas bukanlah dikategorikan dalam dosa tetapi adalah malapetaka besar menimpa warga KUIN. Jika dosa maka lebih besar musibahnya berbanding malapetaka.
Terima kasih dan mohon maaf atas segalanya.
Skuad Prihatin.
2 Februari 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment