Sokongan peringkat nasional sama ada individu, ngo, politik dan agamawan terhadap 5 orang mahasiswa yang digantung (KUIN 5) amat meresahkan pihak pentadbiran KUIN terutamanya pihak HEP yang sentiasa menjadi benteng mempertahankan kesalahan dan penindasan yang dilakukan Rektor KUIN.
Pihak HEP terdesak lalu mempergunakan MPM, khususnya presiden dan beberapa individu yang ditaja sehingga menang dalam pilihanaraya kampus.
Presiden dan exco tertentu MPM dipergunakan dengan menganjurkan wacana intelek anak muda yang tak profesional, bahkan selepas pusingan pertama ramai mahasiswa/wi keluar dewan yang tak penuh pun.
Presiden dan exco tertentu MPM dipergunakan dengan membuat kain rentang "MAHASISWA MENENTANG BUDAYA IDEALISME " dan digantung kain tersebut depan pejabat MPM. TENGOK PADA KAIN RENTANG TAK ADA STIKER KELULUSAN HEP PUN.
Presiden dan exco tertentu MPM dipergunakan untuk tidak memaksimakan pengaruh exco tertentu yang tidak pro kepada HEP
Presiden dan exco tertentu MPM dipergunakan untuk tidak mendepani masalah kebajikan pelajar yang dirunguti pelajar KUIN.
mahasiswa prihatin
24 Februari 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment