Dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT, diatas kurniaan nikmat iman dan islam yang masih lagi dikecapi sehingga hari ini dan kesempatan yang Allah SWT berikan kepada kita untuk berada dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.
Sedikit ulasan mengenai kesan dari pada himpunan aman mahasiswa PRIHATIN tempoh hari yang dianjurkan oleh Skuad PRIHATIN dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM). Walaupun himpunan aman tersebut tidak mendapat kelulusan dan kebenaran daripada pihak Hal Ehwah Pelajar (HEP), namun himpunan tersebut tetap berlangsung dalam keadaan aman seperti yang dijanjikan pihak penganjur. Ini membuktikan bahawa mahasiswa Kuin hari ini cakna dengan isu yang ada di sekitar kampus dan menunjukkan kematangan politik mahasiswa Kuin dalam menuntut hak dan pembelaan terhadap apa yang berlaku dalam suasana kehidupan di Kuin.
Memorandum yang mengandungi empat tuntutan iaitu (menuntut hukuman kepada 6 mahasiswa digugurkan, menuntut hak kebebasan bersuara mahasiswa, prihatin dan menyelesaikan kebajikan mahasiswa, kembalikan diploma tahfiz kepada pengurusan Kuin) Berjaya diserahkan kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Zakarian Bin Man yang mewakili pihak rektor.
Susulan dari pada himpunan aman PRIHATIN tersebut, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) telah dipanggil dalam satu perjumpaan bersama pihak pentadbiran yang diketuai oleh Prof. Zakaria Bin Man. Hasil perjumpaan tersebut mendapati beberapan jawapan yang diberikan oleh pihak pentadbiran, antaranya ialah :
I. Hukuman keatas 6 mahasiswa dikekalkan dan tidak ada sebarang pengurangan atas alasan kesalahan yang dilakukan oleh mereka berunsur fitnah dan bertujuan member pengajaran terhadap tindakan yang mereka lakukan.
II. Larangan penggunaan bahasa melayu dalam ‘sudut pidato’ dikekalkan dan berpidato mestilah dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
III. Isu ujian bahasa Arabic Placement Test (APT), dan English Placement Test (EPT), mahasiswa yang gagal dalam ujian tersebut perlu mengikuti kursus bahasa selama satu semester, kemudian menduduki semula ujian bahasa pada akhir semester kursus, dansekiranya lulus, mahasiswa terbabit tidak perlu lagi menduduki kursus bahasa tersebut dalam semester berbaki.
IV. Isu pengecualian kredit, yuran yang dikenakan kepada pelajar transfer RM100 untuk satu mata pelajaran atas alasan cas bayaran kepada panel yang dilantik untuk menyemak dan menilai mata pelajaran yang akan dikecualikan tersebut.
V. Diploma tahfiz akan kekal dibawah pengurusan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK).
Walaupun persoalan telah pun terjawab, namun masih ada keraguan terhadapa jawapan yang diberikan, sebagai badan yang mewakili mahasiswa dan pentadbiran, MPM merasakan jawapan yang diberikan masih belum memuaskan, khususnya isu 6 mahasiswa yang dikenakan hukuman tatatertib, dalam perjumpaan tersebut dimaklumkan bahawa mereka yang telibat dicas kerana memfitnah pengurusan kolej, tetapi apa yang kita maklum bahawa dalam surat dakwaan keatas mereka tidak ada yang menyatakan bahawa kesalaha yang dilakukan mereka berunsur fitnah.
Berucap disudut pidato mesti dalam dua bahasa, Arab dan English atas sebab sebagai medan latihan kepada mahasiswa untuk mempraktikkan bahasa tersebut yang diputuskan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar kolej. Persoalan yang ditimbulkan kenapa penggunaan bahasa tersebut hanya dikuatkuasakan untuk sudut pidato semata-mata?, kalau benar pihak pentadbiran kolej mahu menjadikan dua bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi kolej. Apakah mahasiswa Kuin sudah berada ditahap yang memuaskan untuk menerima keputusan ini?.
Selain itu, isu pengecualian kredit, apakah terlalu tinggi bayaran kepada panel sehingga yuran tersebut dikenakan RM100 kepada setiap satu mata pelajaran?, apakah benar adanya panel ini?, dan siapakah barisan panel yang dilantik untuk menguruskan urusan ini?. Inilah persoalan yang masih meragukan pihak MPM.
Mohd Firdaus Bin Bakar,
Timbalan Presiden 2,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti INSANIAH.
0 comments:
Post a Comment