Pesanan buat semua penyokong dan pendokong KUIN5.
Belajar dari sirah.
Syukur kita panjatkan
ke hadrat illahi dengan limpah kurnia dan rahmatnya, telah bergema kembali
gelombang perjuangan mahasiswa. Bermula dari Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, 10
Mei 2010, jam 5.05 petang, terus terbang laju ke utara semenanjung. Bertebaran
ucapan pujian buat Rabbul Jalil atas kemenagan ini. Tetapi “jangan terlalu
gembira dengan kemenangan yang kita kecapi hari ini, kemungkinan ada
perancangan pihak musuh yang kita belum ketahui”.
Seperti mana yang
telah berlaku pada bulan syawal tahun kelapan hijrah. Ketika pembukaan kota
mekkah. Rombongan 10 000 orang Islam bersama Rasulullah berarak masuk ke kota
makkah dengan laungan pujian kepada Allah.
Setelah itu ummat
Islam hidup dengan gembira, aman, damai dan selesa di dalam kota mekkah. Sehingga
ada di antara kaum quraish yang pernah memusuhi Baginda bertukar menjadi orang
yang menyebelahi baginda, disebabkan keadaan tersebut maka marahlah para
pembesar Huwazin dan Thaqif kepada Baginda dan orang Islam seluruhnya.
Para pembesar yang
diketuai oleh Malek b. Aus, telah mengumpulkan tentera kafir quraish dengan
tujuan untuk memerangi baginda Rasulullah dan orang islam di dalam Kota Makkah
di suatu Daerah yang bernama Daerah Hunain.
Peperangan Hunain.
Rasulullah yang
mengetahui perancangan itu telah keluar bersama 12 000 tentera Islam ke Daerah
Hunain bagi mempertahankan Kota Makkah. Di dalam perjalanan ke daerah tersebut
terpacul satu kata-kata dari salah seorang Islam dari kaum Ansar, “Pada ketika
ini, Allah pasti memenangkan Islam, kerana bilangan kita telah ramai”. Tanpa
dia sedar bahawa kemenangan itu adalah terletak kepada Allah, dan bukanlah
terletak pada bilangan tentera Islam yang ramai itu. Rasulullah yang mendengar
percakapan itu, menangis.
Sesampai di daerah
tersebut pada waktu pagi, dengan secara tiba-tiba mereka diserang hendap oleh
tentera musuh, dan telah menyebabkan mereka lari bertempiaran tanpa
menghiraukan antara satu sama lain. Mereka di hujani dengan lembing, anak panah
dan juga pedang dari segenap penjuru, sehingga mereka tidak boleh memikirkan
apa-apa melainkan dengan melarikan diri. Ia seperti kafarah yang Allah
lemparkan kepada mereka di atas ucapan mereka.
Ramai tentera yang
mati. Di dalam kekalutan itu, Rasulullah yang sedang menitiskan air mata akibat
kafarah yang diterima tentera muslimin itu, dan turunlah ayat alQuran yang
bermaksud “mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut
(ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah menolaknya, malah berkehendak
menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai”
Baginda lalu melutut,
dan mengenggam pasir, lalu dibacakan doa yang diilhamkan Allah pada ketika itu,
ditiup kepada pasir tersebut dan dileparkan ke muka tentera musuh. Dengan serta
merta keluarlah tentera Allah dari langit dan bumi bagi membantu tentera Islam.
Sebagaimana yang telah diceritakan oleh Allah di dalam surah at-Taubah.
Pesan2
No comments:
Post a Comment