Setelah berlalu hampir setahun kes perbicaraan 5 pejuang mahasiswa KUIN (5 OKT) , bermula daripada prosiding tatatertib KUIN hinggalah dijatuhkan hukuman dan rayuan hukuman ditolak oleh MB Kedah dan Rektor KUIN, kemudian dibawa kemuka pengadilan mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dalam proses di Mahkamah Tinggi pelbagai ujian dihadapi oleh 5 OKT dan penyokong dan pendokong mereka, walaupun beberapa kali perbicaraan ditunda, walaupun 5 OKT menewarkan penyelesaian di luar mahkamah agar dapat meredakan isu, namun ditolak dengan ego oleh KUIN dengan alasan KUIN boleh menang kerana bersandarkan kepada ketokohan peguam Karpal Sigh. Penantian yang lama sepatutnya akan berakhir pada 4 Mei yang lalu namun atas faktor-faktor ketelitian hakim memohon untuk menangguhkan keputusan perbicaraan pada 10 Mei 2012 (Khamis).
Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kepada gerakan mahasiswa di sebuah IPT yang kononya mendokong kemuliaan agama dan perjuangan suci.
Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kerana jawapan kepada kezaliman pihak pentadbiran KUIN ke atas mahasiswa akan didedahkan. Kebenaran pasti akan menyinar
Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kerana itulah bukti kepada "STUDENT POWER" . Yang lemah akan menewaskan yang berkuasa.
Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kerana Allah akan memberi jawapan kepada kebenaran yang dinafikan pentadbiran KUIN.
Tarikh 10 Mei adalah tarikh keramat kerana perlu disambut setiap tahun memperingati perjuangan 5 OKT yang melakarkan sejarah memahat kebanggaan mahasiswa KUIN.
0 comments:
Post a Comment