Pages

Thursday, 23 February 2012

DOA ORANG DIZALIMI TIADA HIJAB

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud ,"Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab antara Allah dan orang yang dizalimi".
Bukan soal suka atau tidak,
Bukan soal sokong atau lawan,
Bukan soal menang atau kalah,
Bukan soal PAS atau UMNO.....

Soalnya sekarang mahasiswa KUIN ditindas dan dizalimi oleh pimpinan tertingi KUIN dan Kerajaan Negeri.

Mahasiswa  dizalimi dengan hanya bersuara menggunakan healer
Mahasiswa  dizalimi dengan hanya mengeluarkan kenyataan agar MB turun padang
Mahasiswa  dizalimi dengan hanya menyatakan perasaan kerana diusir dari asrama mereka
Mahasiswa  dizalimi dengan hanya menegur pihak pentadbiran KUIN

Pihak luar yang tidak memahami isu mungkin salah faham  dengan fakta,
Pihak luar yang tidak memahami isu mungkin terlampau mahu menjaga nama Kerajaan Pakatan Rakyat
Pihak luar yang tidak memahami isu mungkin ada hubungan dengan HEP lalu menyokong dengan tuli
Pihak dalam yang berkepentingan menjaga orang orang tertentu
Pihak dalam yang ada hubungan dengan orang orang politik tertentu
Pihak dalam yang harapkan pujian orang atasan tertentu


Lantas pihak pihak itu menyalahkan 5 orang mahasiswa yang digantung (KUIN 5) semata mata untuk menegakkan kepentingan masing masing. Apa yang pasti KUIN 5 dizalimi.

NAMUN ingat !!!!!! walaupun mahasiswa yang dizalimi tidak ada kuasa, tetapi kami ada kuasa luar biasa. Kuasa yang diberikan khusus daripada ALLAH iaitu kuasa DOA ORANG DIZALIMI. Hanya Allah sahaja tempat kami memohon.

Mereka yang menzalimi tidak akan berada dalam keadaan tenang;
Mereka yang menzalimi tidak akan dapat bertahan lama ;
Mereka yang menzalimi bakal tiada kuasa ;
Mereka yang menzalimi sentiasa gelisah;

Semua ini hanya kami menggunakan kuasa yang diberikan khas oleh Allah. Mungkin pentadbiran tertinggi KUIN dan Kerajaan Kedah tak sedar kami hampir setiap malam berdoa, sama ada kami ini individu, pelajar tahfiz, KUIN 5 dan para pembela yang kena zalim.

Kami berdoa kepada Allah Tuhan kepada Nabi Nuh yang dizalimi kaumnya, lantas banjir besar melanda
Kami berdoa kepada Allah Tuhan yang telah memusnahkan kaum A'ad
Kami berdoa kepada Allah Tuhan yang telah memusnahkan kaum Tsamud
Kami berdoa Allah Tuhan yang telah memusnahkanFiraun dan pengikutnya
Kami berdoa Allah Tuhan yang telah memusnahkan Raja Namrud

-Skuad Mahasiswa Prihatin-
24 Februari 2012

No comments:

Post a Comment