Menelusuri sejarah nasioanal dan antarabangsa kuasa pelajar (student power) boleh mengangkat atau sebaliknya mennjatuhkan mana-mana institusi dan Kerajaan . Kerana ketakutan inilah pihak Kerajaan telah menggunakan Akta AUKU untuk menyekat mahasiswa agar tidak lantang bersuara mengkritik Kerajaan.
Berbalik kepada isu 5 orang mahasiswa KUIN yang telah dikenakan tindakan AUKU , adalah mangsa kezaliman penjajahan yang masih dikekalkan untuk diguna pakai oleh pemerintah pada hari ini, dan malangnya KUIN sebuah institusi agama masih menjadikannya sebagai undang undang yang ditinggalkan oleh penjajah, malah lebih malang lagi ia di aplikasikan kepada pelajar di era KUIN ditadbir sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Parti Islam Malaysia.
Oleh itu untuk menjaga nama dan kepentingan semua pihak agar isu ini dapat dijernihkan kembali Rektor KUIN perlu akur dengan kesilapan yang telah dilakukannya dengan mengenepikan perasaaan perasaaan yang boleh menidakkan proses penyelesaian isu ini dengan MENERIMA TAWARAN 'SURAT PERDAMAIAN' yang telah ditawarkan oleh 5 OKT sebagai alternatif penyelesaian isu di luar mahkamah. Syarat yang dikenakan hanyalah syarat yang ringan iaitu memohon maaf,membatal dan menarik balik kes dan mengisytihar KUIN adalah zon bebas AUKU. Kesediaan anak muda KUIN mengendur untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan penawaran 'surat perdamaian' adalah satu tindakan profesional kerana mereka mengenepikan nasib mereka yang dinafikan hak pengajian selama satu semester. Walaupun sebenarnya mereka berhak menuntut ganti rugi selama satu semester namun mereka berlapang dada demi mencari penyelesaian dan mengembalikan kegemilangan mahasiswa di KUIN. Justeru wajar sangatlah KUIN menerima surat tersebut jika benar benar ikhlas dalam menyelesaiakan isu ini.
Skuad PRIHATIN
24.01.2012
No comments:
Post a Comment