Pages

Saturday, 21 January 2012

ISU AUKU :KENYATAAN MB KEDAH BERTENTANGAN DENGAN SUHAKAM

Sikap menyokong tindakan AUKU yang dikenakan KUIN kepada 6 orang mahasiswa yang lantang bersuara disifatkan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, adalah dikesalkan bahawa tindakan yang diambil oleh beberapa universiti tersebut bukan sahaja menyekat hak asasi para pelajar malah ia juga bertentangan dengan pindaan seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Pindaan itu, katanya, membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun dan ke atas menggunakan hak mereka berhubung kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun dan kebebasan berpersatuan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (the Universal Declaration of Human Rights).

Kesedaran terhadap hak ekonomi, sivil dan politik di kalangan pelajar universiti dan penglibatan mereka dalam perbincangan mengenai isu-isu berkaitan kepentingan nasional perlu dilihat secara positif bagi melengkap dan menambah pendidikan dan latihan formal yang diterima di universiti.

Sebarang sekatan yang tidak munasabah ke atas penggunaan hak dan pengalaman berkenaan akan menidakkan pendidikan dan pengalaman yang amat penting dalam perkembangan mereka sebagai pemimpin masa depan negara, katanya.

Sehubungan itu kami mahasiswa prihatin KUIN mendesak MB Kedah menarik balik kenyataan rasmi yang dibuat mengizinkan AUKU dilaksanakan di KUIN yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Kedah yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan MB adalah pengerusi KUIN.

Skuad prihatin.

21-01-2012

No comments:

Post a Comment