Assalamualaikum wrt wbt.
Salam prihatin kepada sahabat-sahabat yang bersama 5 okt .
Harapan bagi menyelesaikan kes 5 okt yang telah lama dipandang sepi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Namun syukur tatkala ini semua lapisan masyarakat membuka mata melihat dengan penuh prihatin terhadap 5 mahasiswa yang di zalimi dengan tindakan menggantung pengajian dari 1 hingga 2 semester dek hanya kerana bersuara menggunakan healer mengeluarkan kenyataan akhbar agar MB Kedah turun padang selesaikan kemelut KUIN dan berdemonstrasi mempertahankan hak bangunan tahfiz yang diambil untuk dijadikan Sekolah Insan Bestai milik anak syarikat Insaniah Holding.
Pada 22 Januari ini (Ahad) 5 okt menyahut seruan profesional idealisma mahasiswa untuk tampil turun padang dan bertemu Rektor Insnaiah untuk membuat penawaran khas bagi menyelesaikan kemelut yang ada iaitu isu KUIN dan AUKU.
Kami skuad prihatin amat dukacita dengan apa yang berlaku sebenarnya membunuh keberanian dan kepimpinan mahasiswa.Mahasiswa kini akan menjadi lebih lesu dan tidak beramaya lantaran tindakan AUKU menggantung 6 okt. Buktinya baru baru ini ramai siswa/wi ingin turut hadir dalam dialog anak muda namun ditakut dan digertak oleh pihak tertentu dengan tindakan yang mungkin diambil kepada sesiapa yang menghadiri dialog sama seperti tindakan yang telah dikenakan kepada 6 okt selain di gertak dengan kemungkinan polis juga akan bertindak pada malam tersebut.
Isu yang berlaku dikalangan mahaiswa mengenai kebajikan yang terabai di asrama stargate, isu zakat kedah yang tidak telus kepada pelajar, isu portal pelajar yang bermasalah, isu perubahan bayaran yang tiada makluman jelas, dan isu usroh dibekukan HEP pada semester lepas dan hingga kini usroh mahasiswa masih tidak dijalankan HEP kerana HEP tidak yakin denga Jabatan Nuqaba' yang sedia ada isu PTPTN dan lain lain isu berkaitan mahasiswa. Semua isu ini hanya terpaksa ditelan walaupun terlekat pada kerongkong kerana mahasiswa bimbang untuk bersuara takut takut dikenakan tindakan tatatertib dengan hanya bersuara.
Justeru itu skuad prihatin menyeru agar mahasiswa mengembalikan kehebatan dan kekuatan mahasiswa dalam mendepani cabaran negara pada masa akan datang dengan momentum intelektual yang bergagasan dan berwawasan menerusi nilai keberanian yang terikat dengan keindahan akhlak Islam dan tatsusila kehidupan .
Takut hanya pada Allah. Tunduk hanya pada yang Esa. Mudorat dan Manfaat hanya dengan izin Allah. Allah yang mentadbir dunia, Dia juga akan memberi rezeki kepada kita.
Kita adalah pemimpin dan menggantikan kepimpinan masa hadapan
Selamat berjuang dan salam prihatin.
20-01-2012
No comments:
Post a Comment