Penyertaan mahasiswa terhadap himpunan aman Mahasiswa PRIHATIN kali ini sekali lagi membuka mata pentadbiran kolej universiti Insaniah agar lebih peka dan prihatin dengan isu kebajikan mahasiswa Insaniah. Himpunan ini diadakan bagi mengangkat semula hak kebajikan mahasiswa yang dipandang sepi oleh pihak pentadbiran. Walaupun sebelum ini Himpunan Mega 11.1.11 telah diadakan, tetapi pihak pentadbiran masih bersikap sambil lewa dalam menangani kebajikan Mahasiswa malahan mahasiswa makin di bebankan dengan masalah kenaikan yuran berganda khususnya bagi pelajar yang ingin transfer subjek. Jika kita lihat dahulunya transfer 10 subjek hanya RM50 untuk satu borang tapi kini 1 subjek dicas RM100. Cuba kita bayangkan jika 10 subjek yang di ambil maka jumlahnya RM1000 terpaksa di bayar. Apakah ini dikatakan pentadbiran peka dengan kebajikan mahasiswa?
Semalam, sebelum bermulanya Himpunan Aman Mahasiswa Skuad PRIHATIN serta barisan MPM Insaniah mendapat tekanan dari pihak pentadbiran. Bermula dengan surat pekeliling yang berbaur ancaman untuk mengenakan tidakan tatatertib ke atas mahasiswa yang hadir himpunan aman,dan tidakan yang paling tidak professional pihak pentadbiran adalah dengan meminta ibu kepada Timbalan Presiden, Saudara Firdaus bin Bakar ke kampus sebagai umpan untuk melemahkan beliau selaku pemidato utama pada himpunan aman kali ini.
Tetapi, setelah bertemu dengan ibu beliau sendiri, ibu beliau kelihatan cukup yakin bahawa anaknya berada dipihak yang benar dan menyokong pendirian anaknya walaupun telah digula-gulakan oleh pentadbiran. Begitu kagum sekali saya lihat, pendirian dan keyakinan seorang ibu yang cukup mengenali anaknya.

Berkenan dengan kenyataan Ust Ghani Shamsuddin selepas Solat Zohor kelmarin, berkenan himpunan yang akan membahayakan kerajaan negeri, apabila himpunan ini di manipulasi oleh media untuk unsur-unsur politik. Skuad mahasiswa PRIHATIN dan Pihak MPM Insaniah amat menghormati dan meraikan pandangan beliau sebagai ulama, namun dengan rendah hati pihak kami tetap dengan pendirian untuk mengadakan himpunan ini kerana pihak pentadbiran telah memekakkan telinga untuk mendengar suara mahasiswa.
Malah himpunan ini tidak sedikit pun memberikan kesan kepada kerajaan negeri sekiranya kerajaan negeri bijak dan berhemah untuk berhadapan dengan suara-suara mahasiswa, malahan ini juga merupakan satu peluang untuk menunjukkan pada masyarakat luar kampus akan keadilan dan sikap berhemah Pakatan Rakyat dalam pemerintahan mereka. Kami berdiri di atas stand non partisan tanpa dipengaruhi mana-mana parti, hanya menyatakan suara mahasiswa kepada pentadbiran KUIN.

Berkenan dengan kenyataan media malaysiakini.com/news/171237 pula pada dua perenggan terakhir yang menyatakan
“Seorang jurucakap universiti tersebut, yang tidak mahu namanya disebut berkata, rektor telah menjemput wakil pelajar untuk membincangkan isu tersebut semalam, tetapi tiada seorang pun yang hadir.
Kenyataan ini sama sekali tidak benar. Mengapa? Kerana sebelum himpunan ini berlangsung, Prof Dato’ Wira Dr Jamil tidak berada di dalam kampus bahkan juga tidak ada jemputan dari dato' untuk berbincang mengenai isu yang berlaku.
Disini Skuad PRIHATIN bersama-sama barisan MPM Insaniah menegaskan setegas-tegasnya bahawa himpunan aman ini adalah perihal Pentadbiran Kuin dan Mahasiswa dan TIDAK ADA KAITAN dengan unsur politik, kerajaan pentadbiran negeri Kedah mahupun pengaruh pihak tertentu seperti mana yang didakwa oleh pihak media.

No comments:
Post a Comment