Ads 468x60px

Labels

Featured Posts

Tuesday, 30 July 2013

MASYARAKATPRIHATIN 3K ATAU KUALA KETILISME

Tahniah ler buat sahabat ku Rendy dan kawan-kawn yang berani kehadapan . Saya masih ingt lg dulu masa kita bangkit melawn kezaliiman Azizan sampai tahp kita berhimpun di hadapan wisma, Rendy dikutuk dan dicaci oleh geng pemuda PAS negeri Ahmad Yahya dan Salim. Bukan setakt tue jaaa, Ustazah Azlina pernah beremosi kata tak halalkan ilmu yang dia ajar pada kawan-kawan Rendy. Bebebrapa pegawai di HEP pun pernah bersekongkol dengan MPM dan 6 serangkai dengann dakwann demo yg dibuat Rendy n team adalah tak beradab..... tp say respect Rendy kerana berani berbanding geng murabbi yg hanya melaungkan slogan tarbiyyah tp bila dok dlm medann perang semua jadi pengecut dan takut .... gerakannnn apa macam tue.

Tapi bila dah terdesak geng murabi nie menggunakan Rendy sebagai perisai dihadapan, yh lain dok di belakang dan ada yg baling batu dari belakang....... perjuangannnn apa yg mcm nie ?

Tapi bila geng murabbii nie buat perang saraf n siasah, sebenarnya langsung tak menguntungkn mahasiswa dan idealisme mahasiswa..... 

Emmm nak tau sebab per :

- Yang korang dok bw org luar tue buat perrr, tak pernah dibuat dek org, Ini perjuangan mahasiswa , pelajar tak ramai tetiber jerrr org luar lebih ramai, nampak sgt korang punya planning dan perjuangan tak dpt sambutan mahasiswa. Korang kena tukar FB korang daripada mahasiswa prihatin 3k kepada MASYARAKATPRIHATIN 3K. Dh lh tue korang p angkut dengan terang-terang org politik , pas tue buat saraf kata semua tu bukan org politik tp waris pelajar...... Ek elehhhhhh.... Korang ingat masyarkt bodoh kerr, mana ada waris boleh datang ramai-ramai nak hentam Kerajaannnnnn.....planing tak rapi

- Sekarng nie sepatutnya korang kena tumpu untuk hidupkan balik idelisma mahasiswa...... Ap yg korang bbuat ajak orng kg nie tak betullll.... Ini bukan idelisma mahasiswa atau Mahasiswasme, ini dh jadi Kuala Ketilisme.

- Aku baca dlm korang punya FB, korang hantar memorandum kepada pentadbiran KUIN pada 25 Julai petang  (Hari Ahad), pastue aku baca pulak korang bagi masa sampai (28 Julai) Ahad untuk pentadbiran dan MB balas dan tunaikan tuntutan sedangkan hari Jumaat dan Sabtu cuti, dh lh korang bagi memo tue hari khamis dah lewat petang.Hari Isnain (29 Julai) korang nak berdemo ????? Aiiikkk tak tanya murabbi dulu ka? bagi tempoh sehari jerrr kat KUIN untuk tunaikn korang punya tunntutan, nak tunaikan cek pun 3 hari tauuuu!!... Patutnyer korang bagilah masa semingu atau dua minggu baru blh letup isuuu...Bila kkorang buat camnie nampak sgt lerr PAS dok belakang korang.... buat kerje tue kena pikiaq la sama.biar nampak mcm masiswalisme, jgn dikonkong oleh beberpa orang tertentu jerr

Kesimpulan saya buat rumusan , selagi ahli dan pimpinan jik dan gerakan nie lemah dan penakut selagi tulah perjuangan nieee tak kemana.

Demo semalam gagal

Thursday, 25 July 2013

DULU MPM KATA JUMLAH TAK MEWAKILI MAJORITI



Tak sampai 10 org pon student muamalat yg tak mau pindh
Pada 19 fEBRUARI 2012 , satu himpunan 1902 membantah Azizan dan Jamil menggunakan tindakan undang-undang ala AUKU kepada 5 OKT dan mendesak Jamil letak jawatan telah dilakukan dihadapan wisma Darulaman. Kehadiran ketika itu hamper 60 orang.



Ramai yang kritik himpunan tersebut dengan tohmahan , himpunan tersebut gagal kerana hanya segelintir aja  yang berhimpun depan wisma. Kononnya mereka dakwa pelajar semua berjumlah 6,000 orang tapi yang dok bantah Azizan hanya 50 orang jerrrr., bukan mewakili majority !!!!...

Nah , kali ni mereka pulak yg terjerat dgn statement dulu ….

Cuber tengok dan bilang berapa bilangan jerrr yg mai himpun depan wisma khamis baru ini (lihat gambar) ….lebiih korang  25 org jerrr….. itu pun hanya tak sampai 10 org pun student muamalat… yg lain pengajian Islam

Mana pergi nyerr org yg kritik kami dulu, napa tak kata pd diri sendiri yg bilangan tak ramai pon , langsung tak mewakili jumlah student muamalat.

Erhmmmm, nak kata camana, org yg dok komplen pun ada dlm  gambar tu jugak,tp tak berani kedepan…. Akhirnya kenalahh juga guna budak-budak yg dulu kata kat kami geng’ i “

Mana perginya geng 6 serangkai yang kini sebahagiannya ada dalam MPM…..Kenapa presiden tak keluar kenyataan MPM tolak

Mahasiswa tolak memburukkan KUIN depn wisma : kata  MPM
Presiden MPM pun dh pernh kata dlm Aman TV yg MPM tolak kegiatan memburukkan KUIN..... !@ Harapnya kenyataan ini kekal sampai bila-bila.

Aktiviti angkat banner panggil wartawan depan wisma pon dikategorikn memburukkan KUIN....!!! Harap dapat walak pd pemimpin anda MPM .

Monday, 22 July 2013

GERAKAN PRIHATIN CETAK ROMPAK TERKESAN DGN MAHASISWA PRIHATIN ORI

Siapa yang muncul dahulu....  cube lah check kiter punye history story , Mahasiswa Prihatin telah bangkit sejak 2011

Siaper erkkk yg guna dan ciplak logo dan nama mahasiswa prihatin..... pipi tak mancung pun tapi pipi jer yang tersorong-sorang....

Kiter nak tengok geng baru yang menciplak logo dan nama mahasiswa prihatin edisi baru di bawah pimpinan murabbi Us Redho sejauh mana beradabbbbbb...!!!

Kami team mahasiswa prihatin ori tak akan ganggu, but jgn lerr kater u all tu ori  sedang kan u ciplak. Kira baiklah kami tak ambil tindakan undang-undang menciplak and then nk tuduh kiter pulak yg tiru n ciplak... Ini bukan ajaran Us Redho krn gerakan baru ni , gerakan berakhlak.

Selamat berjuang !!


Friday, 19 July 2013

MAHASISWA KUIN JUARA FACEBOOK TAPI PENAKUT

 Penuh dalam facebook, dengan ayat provokasi, ayat menghentam dan menyindir

Tapi semua dalam facebook hero kampung saja . takut nak kedepan.

Dulu bila mahasiswa prihatin lead geng kuat hijau kata mahasiswa prihatin diserapi fikrah songsang. Sekaraang apa dah jadi... yang songsang inilah dipanggil untuk kedepan....!! yg pengkritik utama pergi kemana? Mana 6 serangkai yg msh ada dlm KUIN atau yg jadi dalang MPM dibelakang tabir ?

Kalau sekadar FB jer baik tak payah riuh sekampung habis dah kena gadai

MPM KUIN ALA 19 %

Pres MPM dan barisan exco yang ada kini nampak macam tak wujud. Isu mahasiswa now hanya jadi hiasan mata jer. Ye lahhhh dek kerana pemilihan yg keluar mengundi MPM  hanya 19 %.

Kesian....!!!@  Takut digantung ? Takut kena buang ? Takut nama buruk ? Takut tak ada pengaruh ?

Sama2 muhasabah diri.
Mesej Ketua Pemuda yang pernah halang himpunan pelajar, sekarang mereka pula nak jadi dalang ?














Mahasiswa prihatin dulu apabila mempertahankan hak mahasiswa maka dilebelkan sebagai :
- Tak beradab lah
- Tak berbincang lah
- Cepat sangat bertindak lah
- Geng "i" lahhh
- Geng SMM lah
- Tak ada tarbiah lah

Hmmmmm , sekarang  mana perginya
- Orang bersopan santun kerrr
- Yang suka berbincang kerr
- Yang slow bertindak kerr
- Geng "U Red**" kerr
- Yang jenuh tarbiah kerr

Ape cer ?

Mahasiswa prihatin pernah dihentam oleh Pres MPM mengatakan bukan suara rasmi, kenapa sekarang bila semua mahasiswa dan pemimpin pelajar takut , geng yang dulu dikatakan pemusnah dipanggil semula ? Apa cerrr ?

Dunia sentiasa berputar.

Hukum Allah pasti dibalas.

Renungkanlah

Saturday, 13 October 2012

HANYA 19 % MAHASISWA TURUN MENGUNDI PRK :HEP TENTU BANGGA DAPAT MANDOMKAN MAHASISWA



HEP pasti antara yang paling berbangga apabila mereka telah berjaya mengawal mahasiswa KUIN agar menjadi lembab dan tak ada proaktif dalam menentukan halatuju kepimpinan pelajar sekarang. Ini terbukti pada keputusan pilihanraya PRK KUIN yang mencatatkan peratusan keluar mengundi paling teruk.

Menjadi rekod dan catatan sejarah semenjak KUIN ditubuhkan peratus mahasiswa KUIN yang keluar mengundi semasa PRK baru-baru ini hanya 19 % sahaja

Inilah hadiah dan sumbangan Dekan dan timbalan-timbalan Dekan yang baru menerajui  Jabatan Pelajar KUIN. Walaupun mereka dikatakan ada pengalaman yang banyak di Al Azhar dan UIAM namun ia hanyalah kisah sejarah sahaja.

Bagi HEP mungkin sebagai suatu yang mencapai matlamat namun bagi mahasiswa ia adalah suatu musibah yang sedang melanda mahasiswa KUIN. Dengan cengkaman seperti mahasiswa kebudak budakkan pasti akan memberikan kelebihan kepada HEP untuk menyekat suara mahasiswa.

HEP mungkin takut dengan speaker corner dan demonstrasi di kalangan pelajar kerana HEP sedar bahawa banyak kebajikan mahasiswa digadaikan hanya kerana keperntingan periuk nasi dan jawatan . Mereka akan berusaha menaikkan secara terancang pelajar yang dapat memberikan kerjasama penuh kepada HEP.

Sunday, 7 October 2012

MARI VOTE "STUDENT UNTUK STUDENT" BUKAN "STUDENT UNTUK PENTADBIRAN KUIN"

MOHD NAIM : BENARKAH BELIAU CALON PENTADBIRAN ?
8 Oktober - STUDENT POWER... STUDENT SAKTI.... laungan keramat ini hampir hilang dalam dunia pelajar KUIN. Mari beramai-ramai semua mahasiswa KUIN turun vote calon yang tidak menyebelahi pihak HEP dan Pentadbiran 

Sangat pelik dan terancang Pilihanraya KUIN tahun ni.Cuba intai  apa yang berlaku di dalam KUIN. Adakah proses penamaan calon dan pembuangan undi PRK tahun 2012 ini adalah satu perancangan dari Pentadbiran KUIN ;
- Tiada promosi dibuat untuk menggalakkan pelajar KUIN berlumba-lumba untuk menjana karisma kepimpinan mereka. Yang ada hanyalah iklan yang ditampal pada papan iklan yang langsung tidak efektif.
- Jika aktiviti lain seperti majlis raya , berbuka puasa , pesta konvo ,pentadbiran boleh buat iklan banner besar digantung sana sini, kenapa kempen PRK KUIN tidak dibuat banner sedemikian.
-Pemakluman tentang PRK kepada pelajar lambat dan terhad seolah-olah macam sengaja tak mahu PRK dijadikan medium mahasiswa menentukan idealisme mahasiswa seperti di IPTA.

CALON PENTADBIRAN DALAM MPM 2013

Mahasiswa Prihatin setelah intipan dibuat mendapati calon Mohd Naim sengaja dinaikkan oleh HEP dengan terancang supaya beliau dilantik sebagai Presiden MPM yang baru bagi memudahkan kerja HEP mengawal kebangkitan pelajar . Ceritanya begini :
- Naim pada asalnya disuruh oleh rakan seperjuangannya untuk masuk bertanding , namun naim acuh tak acuk, sekejap menolak dan sekejap mahu dan akhirnya naim tidak masuk bertanding pada pencalonan  kali pertama.
- Tiba-tiba HEP membuka pula pencalonan kali kedua pada tahun ini apabila terdapat kerusi yang tak penuh. Kenapa pada tahun lalu terdapat kerusi kuliah yang masih ada kekosongan namun tak ada pun pencalonan kali kedua ? kenapa tahun ini tiba-tiba ada pula pencalonan kali kedua ?
- Inilah yang dikatakan perancangan dan strategi. Apabila dibuka kali kedua 'orang-orang' tertentu di dalam HEP telah mencaturkan untuk menaikkan naim sebagai presiden MPM bagi memudahkan tugasan mengawal gerakan pelajar KUIN. Orang-orang tertentu mencadangkan nama naim untuk bertanding sedangkan  sebelum ini naim pernah menolak permintaan rakannya yang meminta untuk naim bertanding.
- Persoalannya kenapa apabila rakan meminta untuk bertanding ditolak naim, namun bila HEP berikan dorongan dan sokongan untuk naim bertanding, terus naim mengisi borang dan menjadi calon PRK KUIN. 
- Kenapa naim dipillih HEP ? Kerana bermula episod isu 5 OKT , naim adalah pemberi maklumat dan banyak bekerjasama untuk menyekat gerakan dan kebangkitan mahasiswa yang ketika itu dipimpin oleh faiz , mantan presiden MPM yang pernah dihukum gantung semester pengajian.
- Jika pembaca tidak percaya , tunggulah keputusan pilihanraya ini. Jika namin menang , sudah barang pasti naim akan diangkat oleh HEP sebagai Presiden MPM yang baru. Inilah yang dikatakan perancangan yang terancang.


HAMBARNYA PRK MENGUNTUNGKAN HEP
Suasana PRK tahun ini amat hambar seolah-olah tiada PRK 2012/2013:
- hari penamaan calon tiada sambuutan hingga kerusi yang dipertandingkan banyak kosong dan calon diiystiharkan menang tanpa bertanding.
-Malam rapat umum , amat lengang seperti tiada apa-apa berlaku di KUIN
- Hari pengundian bilangan pelajar keluar mengundi merosot dan mereka terpaksa dipanggil untuk turun mengundi.

Pentadbiran perlu ingat , jika dahulu skuada prihatin turun berdemo dan membantah hal kebajikan pelajar yang di abaikan. 

Kini apa  yang berlaku adalah SILENT PROTEST tanda mahasiswa sudah muak dengan cara pentadbiran melayan pelajar. cengkaman pentadbiran kepada pelajar tidak membangunnkan pelajar bahkan hanya demi keuntungan pentadbiran sahaja. 

"BIAR PELAJAR MANDOM TIDAK MENGAPA ASAL JANGAN LAWAN DAN KRITIK PENTADBIRAN"